-->

Natasha Hudson telah memperkenalkan bayi keduanya


 
KUALA LUMPUR, 29 APRIL 2013: Pelakon cantik, Natasha Hudson telah memperkenalkan bayi keduanya yang diberi nama Naeema Taqiyyah menerusi akaun Instagram peribadi miliknya pagi ini.
Pelakon Cermin berkenaan telah berkongsi lima foto eksklusif bayi kesayangannya daripada lima sudut serta posisi berbeza sempena pemberian nama bayi itu selepas tujuh hari bayi itu dilahirkan pada 22 April lalu.
Ini termasuklah gambar sebelum rambut permata hatinya itu di cukur pada acara potong jambul dan juga gambar mesra antara anak pertamanya Nessa Helena berada di sisi Naeema Taqiyyah.
Menerusi keterangan yang ditulis Natasha Hudson di Instagram miliknya itu, Naeema membawa erti keselesaan, rahmat dan tenang. Manakala Taqiyyah pula membawa makna warak dan membuat sesuatu dengan betul atau bermoral.
Natasha telah dimasukan ke wad bersalin pada 22 April, jam 4 petang dan selamat melahirkan bayi pada pukul 5.45 petang. Isteri kepada Carleed Khaza itu bersalin secara normal tanpa sebarang suntikan 'epidural' mahupun 'induction'.
Natasha dan Carleed atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, berkahwin pada April tahun lalu di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Menerusi perkahwinannya sebelum ini, Natasha mempunyai seorang anak perempuan, Nessa Helena yang kini berusia lima tahun.
Teks oleh Haswari Ali
Emaiil: ayie@astro.com.my


 
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar