-->

KES GADIS MENGANDUNG LUAR NIKAH RAMAI DI SARAWAK


PANAS!! KES GADIS MENGANDUNG TANPA NIKAH PALING TINGGI DI SARAWAK 

PANAS!! KES GADIS MENGANDUNG TANPA NIKAH PALING TINGGI DI SARAWAK-Jumlah wanita mengandung tanpa berkahwin di Sarawak meningkat lebih 35 peratus dalam tempoh empat tahun lepas dengan 1,658 orang dicatat tahun lepas dan 1,223 pada 2009.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri, Datuk Fatimah Abdullah hari ini berkata, daripada jumlah itu, yang diperoleh daripada tiga hospital utama di Sarawak, mencerminkan wujudnya arah aliran yang membimbangkan dan perlu diberi perhatian serius.
“Kesan yang dialami para ibu tanpa berkahwin ini bukan saja berkaitan kesihatan mereka kerana terlalu muda untuk melahirkan anak.
“..sesetengahnya hanya baru berusia 13 tahun, tetapi juga stigma sosial yang terpaksa mereka alami,” katanya pada perhimpunan Hari Ibu anjuran Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (Pitsa), di sini.
Beliau berkata, generasi muda perlu diberi bimbingan sewajarnya tentang batas pergaulan antara jantina yang berbeza.

PANAS!! KES GADIS MENGANDUNG TANPA NIKAH PALING TINGGI DI SARAWAK
 
“Saya sedar, ini bukan suatu tugas mudah, lebih-lebih lagi bagi ibu tunggal. “Walaupun kerajaan mewujudkan skim khas untuk membantu mereka, namun masyarakat juga mempunyai peranan penting untuk membantu mereka,” katanya.
Menyentuh isu berasingan, Fatimah mencadangkan agar keluarga yang mempunyai ibu tunggal yang sudah lanjut usia supaya mewujudkan sebuah tabung khas.
Katanya tabung yang lebih kurang sama fungsinya dengan tabung bagi pendidikan anak-anak ini boleh digunakan untuk menyara ibu mereka, di samping sebagai penghargaan terhadap ibu masing-masing.
“Hasil daripada pemakanan dan kemudahan perubatan yang semakin baik di negara kita, purata jangka hayat wanita juga meningkat dan dengan itu, jumlah ibu tunggal yang lanjut usia juga akan bertambah,” katanya.
sumber-http://terbakor.com
sumber-http://www.myinfo4u.net







NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar