Cara hilang kabus pada cermin kereta tanpa guna ubat


Cara hilang kabus pada cermin kereta tanpa guna ubat
Cara hilang kabus pada cermin kereta tanpa guna ubat -  inilah 4 Langkah Yang 90% Pemandu Tak TAHU​​

▪️Picit sedikit ubat gigi dan sapukan sama rata di bahagian dalam cermin kereta anda. Ini akan dapat membantu mengecah wap air dari mengaburkan cermin anda.

▪️Krim pencukur juga boleh digunakan namun mungkin ramai yang tidak menggunakannya. Begitu juga sabun buku.

▪️ubi kentang. Kaedah ini mudah akan membantu cermin anda agar bebas-kabus. Penunggang motosikal juga boleh menggunakan kaedah ini untuh menyahkabus visor helmet anda.

​Cara²nya :​

📝 ​1 -​ Potong kentang mentah kepada 2 bahagian. Pastikan untuk menggunakan kentang yang bersih, atau cucikan ia jika bersalut tanah.

📝 ​2 -​ Gosok bahagian dalam kentang yang dipotong tadi pada cermin. Ini akan membersihkan cermin dan meninggalkan lapisan yang akan mencegah pemeluwapan pada tingkap.

📝 ​3 -​ Gunakan separuh lagi jika diperlukan. Anda juga boleh memotong kentang tadi untuk membuang bahagian yang telah kotor kerana digosok tadi, dan terus menggunakannya lagi jika mahu.

📝 ​4 -​ Biarkan kering tanpa menyentuh cermin. Setelah kering, lapkan saki baki kentang jika ada pada cermin dengan tisu kering.


Visit: Wansite

Cara rawat sembelit tanpa guna ubat


Cara rawat sembelit tanpa guna ubat
Cara rawat sembelit tanpa guna ubat -berikut adalah cara yang perlu anda ikut :

1) Minyak Zaitun (Olive Oil)

Minyak zaitun membantu merangsang sistem penghadaman. Kalau selalu amalkan boleh mencegah sembelit juga tau. Minum 1 sudu besar minyak zaitun setiap pagi. Paling bagus ambil ketika perut kosong.

2) Jus lemon

Asid sitrik di dalam jus lemon sangat bagus untuk sistem penghadaman. Jus lemon juga membantu membuang toksin di dalam badan. Setiap hari amalkan perahan jus lemon yang dicampurkan dengan air suam. Bukan sahaja dapat merawat sembelit tapi dapat detoks jugak tau.

3) Lakukan senaman ringan

Berjalan-jalan selama 20 minit sehari sangat bagus untuk sistem penghadaman. Senaman ringan atau berjalan-jalan dapat meningkatkan pergerakan usus sekaligus dapat merawat dan mencegah sembelit

4) Minum banyak air

Pastikan minum lebih daripada 8 gelas air sehari. Mestilah air kosong paling bagus. Elakkan mengambil minuman berkaffein. Minuman yang mempunyai kaffein menyebabkan dehidrasi mudah berlaku. Keadaan ini akan menerukkan lagi sembelit.

5) Tingkatkan pengambilan fiber dalam diet seharian

Ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Antara buah-buahan yang sangat berkesan untuk mengatasi sembelit seperti betik dan prune. Prune mengandungi sorbitol yang boleh melembutkan najis.

6) Guna tandas cangkung

Jangan pandang remeh tau benda ni. Tandas cangkung lagi bagus dari tandas duduk untuk mereka yang selalu mengalami masalah sembelit.


Visit: Wansite

PETUA LUKA IBU BERSALIN


PETUA LUKA IBU BERSALIN

PETUA LUKA IBU BERSALIN -Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :

👉Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.

👉Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.

👉Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

👉Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.

👉Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.



Visit: Wansite








ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com
[ Pingler ] [ Pingoat ] [ Ohbelog ] [ Kartikel ]
Google Ping [ - ] [ Reader ]
  • Printfriendly

  • Total Pageviews