Ketahui pokok raja kayu -Ia adalah antara yang menjadi dambaan lantaran kesukaran untuk menemuinya apatah lagi memilikinya.
Diberi gelaran ‘Raja Segala Kayu’
oleh orang tua-tua, nilai mistik kayu yang memiliki diameter sekitar 12
sentimeter (sm) ini dikatakan mujarab sebagai pendinding, penunduk,
pelaris, pengasih dan berbagai lagi.
Walaupun sukar didapati dan mungkin dijual pada harga mahal, bagi orang yang obses, wang bukanlah penghalang.
“Banyak orang membeli raja kayu putih ini. Ia dijadikan loket, mata cincin atau disimpan di dalam dompet. Mereka mendakwa ia berkesan sebagai penawar, pendinding dan penunduk.
“Sehebat nama
yang diberikan kepadanya, pemilik kayu ini akan dilihat sebagai seorang
yang disegani dan berwibawa. Sebab itulah ia dikatakan mempunyai kuasa
penunduk.
“Selain penggemar barangan mistik dan ahli perniagaan, artis dan ahli politik juga ada yang datang berkehendakkan kayu ini, terutama menjelang pilihan raya,”.
Pokok raja kayu putih dikatakan hanya tumbuh di kawasan pergunungan seperti Gunung Ledang di Johor.
Ada pendapat
mengatakan apabila pokok raja kayu putih hendak tumbuh, pokok di
sekelilingnya akan mati. Bila pokok tersebut sebesar pokok getah, pokok
di sekelilingnya akan tunduk kepadanya.
Raja segala penawar
Dek kerana khasiat dan kehebatannya, untuk mencari raja kayu putih tidak mudah. Bukan calang-calang orang boleh mengambilnya.
Jika yang mengambil kayu itu orang biasa, ada yang tidak berjumpa jalan pulang, bertemu dengan haiwan yang digeruni dan tidak kurang pula diganggu makhluk alam ghaib.
“Sungguhpun raja kayu putih dikatakan kayu paling hebat khasiatnya, tetapi ia tetap ada kelemahan iaitu api.
“Menurut cerita orang yang ahli dalam bidang ini, kayu ini mampu memberi aura panas kepada pemakainya.
“Sebab itu, ramai pendekar zaman dulu menjadikan kayu ini hulu senjata kerana percaya ia dapat menaikkan semangat bertempur dan menggerunkan pihak lawan apatah lagi jika dicampurkan dengan teras kayu kemuning hitam,” jelasnya.
Memiliki daun
yang tidak bertulang dan berurat, kayu yang mampu ditembusi cahaya lampu
suluh pada ketebalan 2 sm itu lebih nyata khasiatnya dari sudut
perubatan.
Kayu yang amat bermutu itu telah terbukti boleh mengubati luka-luka luaran, sakit kulit, gout, sengal dan melancarkan perjalanan darah.
Damar minyak
Malah debu kayu itu, jika digosok pada kulit, ia juga mampu meresap ke dalam tubuh. Kepingan kayu yang telah dipotong-potong turut dapat membantu mengeringkan darah pada luka terbuka.
Sementara itu, damar putih yang terhasil daripada kulit kayu itu berupaya mengubati bisa-bisa kecil seperti gigitan lipan.
Air rebusan teras raja kayu putih jika diberi minum kepada orang yang degil, insya-Allah hatinya akan lembut.
“Jika seseorang itu ketagihan alkohol, perokok atau penghidap batuk berdarah, mereka juga boleh dirawat dengan meminum air rebusan kayu itu,”
Mahu menjelaskan kepada umum mengenai empunya status ‘Raja Kayu’, terdapat dua jenis raja kayu iaitu raja kayu merah dan raja kayu putih. Kayu yang dikatakan lebih berkhasiat ialah raja kayu putih manakala raja kayu merah sering menjadi kekeliruan umum.
“Raja kayu merah dan pokok damar minyak mempunyai banyak persamaan dari segi warna dan damar yang dihasilkan.
“Namun, bagi kayu damar minyak, ia akan mengeluarkan minyak atau damar berwarna kehitaman dan keras disertai bau kemenyan.
“Tetapi bagi
‘Raja Kayu’, damarnya tidak keras dan berbau lebih lembut seakan-akan
minyak angin kayu putih tanpa perlu dibakar,”.
Artikel
Visit: Wansite
Kredit
Pokoknya yang berdiri tegak, ranting yang menjulur keatas..sememangnya jolokkan Raja Kayu kena dengannya..Pokok disekelilingnya juga agak condong menunduk padanya. |
Walaupun sukar didapati dan mungkin dijual pada harga mahal, bagi orang yang obses, wang bukanlah penghalang.
“Banyak orang membeli raja kayu putih ini. Ia dijadikan loket, mata cincin atau disimpan di dalam dompet. Mereka mendakwa ia berkesan sebagai penawar, pendinding dan penunduk.
Ciri - ciri raja kayu ialah sejenis kayu yang sangat keras dan tumpat. |
“Selain penggemar barangan mistik dan ahli perniagaan, artis dan ahli politik juga ada yang datang berkehendakkan kayu ini, terutama menjelang pilihan raya,”.
Gunung Ledang |
Keadaan sekelilingnya juga tiada pokok-pokok yang besar, tetapi selang beberapa rantai, barulah terdapat pokok-pokok yang besar... |
Raja segala penawar
Raja Kayu ini merupakan sejenis kayu yang mampu menembusi cahaya. |
Jika yang mengambil kayu itu orang biasa, ada yang tidak berjumpa jalan pulang, bertemu dengan haiwan yang digeruni dan tidak kurang pula diganggu makhluk alam ghaib.
“Sungguhpun raja kayu putih dikatakan kayu paling hebat khasiatnya, tetapi ia tetap ada kelemahan iaitu api.
“Menurut cerita orang yang ahli dalam bidang ini, kayu ini mampu memberi aura panas kepada pemakainya.
“Sebab itu, ramai pendekar zaman dulu menjadikan kayu ini hulu senjata kerana percaya ia dapat menaikkan semangat bertempur dan menggerunkan pihak lawan apatah lagi jika dicampurkan dengan teras kayu kemuning hitam,” jelasnya.
Daun ini tidak mempunyai tulang tengah seperti daun-daun biasa. |
Kayu yang amat bermutu itu telah terbukti boleh mengubati luka-luka luaran, sakit kulit, gout, sengal dan melancarkan perjalanan darah.
Damar minyak
Malah debu kayu itu, jika digosok pada kulit, ia juga mampu meresap ke dalam tubuh. Kepingan kayu yang telah dipotong-potong turut dapat membantu mengeringkan darah pada luka terbuka.
Sementara itu, damar putih yang terhasil daripada kulit kayu itu berupaya mengubati bisa-bisa kecil seperti gigitan lipan.
Air rebusan teras raja kayu putih jika diberi minum kepada orang yang degil, insya-Allah hatinya akan lembut.
“Jika seseorang itu ketagihan alkohol, perokok atau penghidap batuk berdarah, mereka juga boleh dirawat dengan meminum air rebusan kayu itu,”
Mahu menjelaskan kepada umum mengenai empunya status ‘Raja Kayu’, terdapat dua jenis raja kayu iaitu raja kayu merah dan raja kayu putih. Kayu yang dikatakan lebih berkhasiat ialah raja kayu putih manakala raja kayu merah sering menjadi kekeliruan umum.
“Raja kayu merah dan pokok damar minyak mempunyai banyak persamaan dari segi warna dan damar yang dihasilkan.
“Namun, bagi kayu damar minyak, ia akan mengeluarkan minyak atau damar berwarna kehitaman dan keras disertai bau kemenyan.
KULIT kayu yang dibakar akan mengeluarkan aroma lembut dan mengasyikkan. |
Artikel
Kredit