-->

Gadis umur 16 tahun hamil akibat bercinta dengan suami orang

Gara-gara bercinta dengan lelaki berusia 41 tahun dan sudah berumah tangga, seorang remaja berusia 16 tahun yang sudah tidak bersekolah membuat laporan polis kerana mendapati dia hamil.


Menurut mangsa, dia berkedudukan dengan suspek sejak beberapa bulan di rumah kedai di sebuah taman perumahan di sini dan apabila mendapati dirinya hamil, mangsa mengambil keputusan untuk balik ke rumah ibunya di Perak.

Ibu mangsa yang terkejut dengan kejadian menimpa terhadap anaknya membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan.

Dalam keterangan dibuat mangsa, dia membuat laporan polis supaya suspek tidak bersikap lepas tangan dan mahu lelaki itu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini banyak kes rogol berlaku dan jumlah mereka terlibat semakin meningkat.

Menurutnya, dari laporan dibuat, kebanyakan mangsa terlibat terdiri dari remaja perempuan bawah umur dan tidak berpendidikan. “Selain itu faktor kehidupan harian juga memainkan peranan.

Kebanyakan mangsa terlibat datang dari keluarga yang berpendapatan rendah. Dalam kes ini, ibu mangsa sebelum ini menikahi seorang lelaki warga asing bagaimanapun setelah tamat tempoh bekerja di negara ini, suaminya meninggalkan mangsa bersama ibunya.

"Apabila berlaku permasalahan keluarga, anak akan mengambil jalan singkat dan mula bergaul bebas. Dalam usia muda mereka mudah terjebak dalam pelbagai kegiatan sosial,” katanya. Katanya, polis memandang serius terhadap permasalahan ini dan suspek akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol walaupun kekasihnya itu membenarkannya.
-Sinar Harian  
Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.



NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar