-->

NASI KERABU

NASI KERABU


NASI KERABU

BAHAN-BAHAN UNTUK NASI 

3 cawan beras biasa / basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan

25 kuntum bunga telang, cuci, tos dan tumbuk lumat* dan 2 camca besar air suam*(*disatukan dan perah untuk jusnya, tapis)

4 1/3 cawan air + jus bunga telang tadi

1 helai daun pandan, disimpul


BAHAN-BAHAN SAMBAL SOTONG 

500 gram sotong 

2 camca besar sos cili

1 camca besar gula merah

1 biji bawang besar*

3 ulas bawang putih*

3 biji cili merah (*dikisar halus)

Garam secukup rasa


BAHAN-BAHAN SAMBAL BUDU 

350 ml pati santan

10 - 12 tangkai cili kering, hiris dan rendam hingga lembut*

6 biji bawang merah*

2 ulas bawang putih*

1 1/2 cm halia*(*dikisar halus)

1 keping asam gelugor

4 camca besar 'budu'

1 camca besar gula


BAHAN-BAHAN SAMBAL KELAPA 

1/2 biji kelapa, diparut putih (kurang lebih 1 1/4 cawan)

1 ekor ikan kembong, dibakar, ambil isinya dan tumbuk

5 biji bawang merah*

2 batang serai, hiris*

1/2 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk lumat)

Garam dan gula secukup rasa


BAHAN-BAHAN ULAM 

Hirisan daun selom, secukupnya

Hirisan pucuk ulam raja, secukupnya

Hirisan kacang panjang, secukupnya

Hirisan kacang botor, secukupnya

Hirisan halus bunga kantan

Hirisan daun kesom, secukupnya

Hirisan kobis, secukupnya

Hirisan halus serai (bahagian putih sahaja) secukupnya

Hirisan halus timun, secukupnya

Hirisan halus daun kunyit, secukupnya

Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN 

Ikan kembong goreng celop tepung

Telur asin

Belahan limau nipis

Keropok keping 

CARA MEMBUATNYA 

UNTUK NASI :- Masukkan beras dalam periuk nasi elektrik, tuang air + jus bunga telang dan masukkan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga nasi tanak, biar betul2 masak dan boleh gemburkan dengan chopstick (kalau anda nak guna beras siam, sukatan air 1 nisbah 1, atau 1 bahagian beras : 1 bahagian air).

UNTUK SAMBAL SOTONG :- Celur sotong kembang sekejap dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan sos cili dan gula merah. Masak hingga terbit minyak. Masukkan sotong, perasakan dengan garam secukupnya. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matika api.

UNTUK SAMBAL 'BUDU' :- 
Masak santan kelapa dengan api sederhana hingga keluar minyak, kacau selalu. Masukkan bahan kisar halus, budu dan asam gelugor. Tambah gula dan masak hingga pekat. Matikan api.

UNTUK SAMBAL KELAPA :- 
Goreng kelapa parut putih hingga wangi dan perang sedikit. Kemudian gaul dengan bahan2 tumbuk halus. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

UNTUK NASI KERABU :- 
Senduk nasi secukupnya ke dalam pinggan sesuai. Letakkan semua ulam2 tadi dalam kuantiti yang secukupnya (jangan banyak sangat). Letak bahan sampingan dan hidangkan bersama sambal kelapa, sambal budu dan sambal sotong. Sedap dimakan dengan sambal sotong sejurus anda gaulkan nasi tadi dengan ulam2man, sambal kelapa dan sambal bulu...

CATATAN :- 
Untuk sambal budu tu, mat guna 10 biji cili padi merah thai dan 2 camca besar cili kisar. Anda boleh guna apa2 saja ulaman yang anda rasa nak letak, tapi pastikan ulam2 tadi dicuci, kasi tos kering2..dan baru dihiris halus. Untuk ikan pula, cm guna ikan kembong saiz kecil atau ikan kembong batu...

Selamat mencuba!!!

#resepimudah
#resepisimple
#Koleksiresepi
#resepiharian
#nasikerabu


Visit: Wansite
Kredit : mek gebu
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar