-->

Kisah Umar Al-Khattab dengan Wanita Miskin

Hari ini admin nak kongsi benda manfaat untuk kite jer .. :)

MARI kita sama2 ambil iktibar dengan cerita ini.Memang susah nak buat benda baik kan ??

hmmm jom kita baca perkongsian ini..




Umar Al-Khattab Merayu Pada Wanita Miskin Agar Jangan Dirinya Didakwa Di Akhirat Kelak~
Kita telah biasa membaca kisah Saidina Umar bin Al-Khattab r.a ketika menjadi khalifah (pemimpin negara) dengan seorang ibu miskin yang hanya memasak batu kerana anaknya kelaparan.

Tetapi pernahkah kita (yang menjadi pemimpin) ambil pengajaran dari kisah tersebut?

Saidina Umar r.a seorang yang bekerja keras dan teliti kerana beliau seorang hamba Allah yang sejati.

Seorang khalifah (pemimpin negara) mestilah mengambil berat tentang umat Islam di dalam negaranya, seperti seorang ayah yang mengambil berat tentang anak-anaknya.

Saidina Umar r.a. cuba sedaya upaya untuk berbuat demikian.

Di waktu siang pula beliau biasanya bekerja di rumah.

Di waktu malam pula beliau sering keluar melakukan rondaan ke bandar Madinah dan kawasan persekitaran untuk melakukan siasatan sendiri

Beliau ingin mengetahui keadaan sebenar rakyat jelata dibawah kerajaan pimpinannya serta membantu setiap orang yang memerlukan bantuan.

Pada suatu malam, Umar r.a dan pembantunya Aslam telah keluar menyamar dan membuat rondaan ke suatu tempat bernama Harrah.

Tiba di satu tempat di sebuah rumah kecil yang usang di pinggir desa, Umar dan Aslam mendapati ada seorang wanita dan beberapa orang anak yang sedang menangis kelaparan

Kelihatan seorang ibu yang dikelilingi anak-anaknya sedang memasak sesuatu di dalam periuk....

Wanita itu kelihatan sangat sedih manakala anak-anaknya kelihatan sangat lapar.

Sadina Umar r.a melihat terdapat sebuah periuk yang sedang menyala api di bawahnya.

Fikirnya tentu ada makanan di dalam periuk itu dan sudah tentu wanita itu akan menghidangkannya dan anak-anak itu akan berhenti menangis.

Walau bagaimanapun, setiap kali anaknya menangis, si ibu akan berkata “Tunggulah sebentar,.... makanan ini sedang ibu masak...”

Saidina Umar memerhati dari jauh dan berasa hairan kerana ucapan tersebut diulangi beberapa kali...

walaupun si ibu telah memasak untuk tempoh masa yang agak lama.....

Sadina Umar r.a. melihat dan menunggu sementara isi di dalam periuk itu terus mendidih tetapi wanita itu masih tidak memberikan anak-anaknya makan.

Akhirnya beliau menjadi hairan.

Wanita tersebut telah mengungkit-ungkit rasa tidak puas hati kepada Pemimpin Negara (Umar r.a) kerana tidak membantunya.

Saidina Umar memberanikan diri untuk menyiasat perkara tersebut,...

Beliau memberi salam dan meminta izin untuk memasuki rumah itu....

Lalu dia bertanya kepada ibu tua itu, “ Mengapa anak-anak ibu tidak berhenti menangis ?..”

Dia memberitahu Saidina Umar r.a. yang mereka menangis kerana lapar.

“Mengapa tidak diberikan makanan yang ibu masak dari awal tadi ? ” ...Umar r.a. bertanya

'Tidakkah makanan dalam periuk itu sudah masak?' tanya Saidina Umar r.a.lagi

Wanita tersebut menerangkan bahawa dia tiada makanan untuk memberi makan pada anak-anaknya.

Wanita itu menghampiri Saidina Umar r.a dan berbisik ke telinganya,

"Jangan beritahu mereka yang tidak ada makanan pun di dalam periuk itu, kerana saya tidak mempunyai wang untuk membelinya.

“Sebenarnya tidak ada makanan di dalam periuk itu....

Periuk itu hanya berisi batu untuk mendiamkan anak-anak saya....

tetapi anak-anak saya fikir tentu ada makanan di dalam periuk.

Mereka sekarang kelaparan tetapi saya terus menunggu hingga mereka letih, mereka tentu akan tertidur.

Kemudian mereka akan terlupa rasa lapar.

Biarlah mereka fikir bahawa saya sedang memasak makanan...dan saya berharap supaya mereka akan berhenti menangis kerana keletihan dan tertidur....

ulangi ibu tua itu sekali lagi

Hanya dengan merebus batu dalam air dapat menenangkan anak-anaknya, dengan harapan agar nanti dapat makan apa yang dimasak oleh ibunya.

Sehinggalah anak-anak itu tertidur.

Setelah anak-anaknya tidur, wanita itu menerangkan kepada Saidina Umar r.a yang suaminya baru sahaja meninggal dunia.

Itulah sebabnya dia tidak mempunyai duit untuk membeli makanan.

Malangnya orang yang menguruskan Baitul Mal tidak tahu akan kesusahan yang ditanggung oleh wanita itu.

Jika mereka tahu, tentunya mereka akan menolong.

“Apakah ibu sering berbuat begini ?” Tanya Umar ingin tahu.

“ Benar,... Saya hidup sebatang kara.... tidak memiliki saudara-mara dan suami tempat bergantung.” Jawab ibu tadi dengan nada kesal sambil berusaha menyembunyikan keperitan hidupnya.

Kemudian,Saidina Umar r.a, yang merasa kasihan dengan wanita miskin itu berkata: "Kenapa ibu tidak adukan perkara ini kepada khalifah?

Bukankah beliau boleh membantu dengan memberikan wang dari Baitulmal ?... dengan cara itu akan dapat membantu meringankan kehidupan ibu dan anak-anak.” nasihat Umar...

"Aku seorang perempuan" jawab wanita itu.

“ Khalifah telah berbuat zalim pada kami anak-beranak…” kata si ibu lagi

Terkejut Saidina Umar mendengarkan ucapan Ibu tua itu tadi,

“ Bagaimana khalifah telah berbuat zalim pada ibu ?...terangkan kepada saya.. ” Saidina Umar ingin tahu.

“ Saya sangat kesal dengan pemerintahannya.... Beliau seharusnya melihat keadaan rakyatnya dalam kehidupan nyata,..... terdapat ramai lagi orang yang senasib dengan saya...”

Umar langsung menangis teresak esak mendengar keluhan wanita tersebut sehingga airmata beliau membasahi jubahnya

Selesai mendengar cerita sedih wanita tersebuat, beliau terus bingkas bangun keluar daripada rumah wanita miskin tersebut dan berlari ke Baitul Mal dan memasukkan tepung, daging dan gula ke dalam sebuah karung.

Sebaik sahaja beliau hendak membawanya balik kepada wanita itu, salah seorang suruhannya menawarkan diri untuk membawakan karung itu.

"Biar aku sendiri yang membawa karung ini." kata Saidina Umar r.a.

"Adakah engkau sanggup memikul dosa2 ku di akhirat kelak?"

"Di hari pengadilan nanti engkau tidak akan dapat memikul bebanan-bebanan aku, jadi tidak ada sebab kenapa engkau mesti membawanya hari ini."sambungnya lagi.

Khalifah memikul karung yang sarat berisi makanan itu ke rumah wanita tersebut.

Bila beliau sampai, beliau sendiri yang memasakkan makanan untuk anak-anak itu dan malah beliaulah yang memberi mereka makan.

Ibu tua tersebut menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Saidina Umar r.a.

Sebaik sahaja beliau hendak meninggalkan rumah itu, wanita itu berkata kepadanya,

"Engkaulah yang sepatutnya menjadi khalifah, bukannya Umar r.a.. Engkau baik, murah hati dan faham perasaan orang. Itulah sepatutnya yang ada pada seorang khalifah (pemimpin negara)."

Dia tidak tahu bahawa yang menolongnya itu adalah Khalifah Umar.

Keesokannya Saidina Umar telah memanggil Ibu tua itu untuk datang menghadapnya...

Alangkah terkejutnya Ibu tua itu apabila melihat Khalifah zalim yang disangkakan-nya itu adalah sebenarnya Lelaki yang datang membantunya pada malam tadi.....

"Puan", kata khalifah, "Akulah Umar .

Adalah kesalahan aku kerana tidak mengetahui kesusahan engkau.

Tetapi sekarang anak-anakmu telahpun makan dan dapat tidur dengan sukacita.

Aku juga telah mengatur mulai hari ini, Baitul Mal akan memberi sumbangan kepada engkau supaya engkau dapat menyara mereka secara sempurna sehinggalah mereka dewasa."

Khalifah Umar telah menghadiahkannya wang serta segala keperluan hidup, dan merayu kepadanya supaya berjanji untuk tidak MENDAKWANYA di hadapan Allah Azza wa Jalla di akhirat kelak.


Semoaga ia berfaedah :)
sumber



 
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar