Awal minggu ini kita semua dikejutkan oleh berita yang
dilaporkan daripada Wall Street Journal mengatakan bahawa pihak lembaga
pengarah Yahoo! Inc. telah meluluskan peruntukan $1.1 bilion untuk
mengambil alih sebuah syarikat micro-blogging, Tumblr.
Setelah banyak spekulasi berkenaan dengan pengambil alihan ini, akhirnya pihak Yahoo! Inc. telah membuat pengumuman rasmi berkenaan dengan pengambil alihan tersebut. Ia merupakan antara pengambil alihan yang terbesar selepas Facebook mengambil alih Instagram pada tahun lepas.
Tumblr yang diasaskan pada Februari 2007 oleh CEO syarikatnya David Carp, merupakan sebuah platform micro-blogging yang terbesar di internet. Menggunakan tagline “Blogging made easy” pada awal kemunculannya, kini Tumblr menerima lebih 300 juta pelawat unik dan mempunyai lebih 108 juta blog di bawahnya.
Ingin tahu apakah rahsia kejayaan Tumblr sehingga berjaya mencapai nilai $1.1 Billion?
Baru dua minggu dilancarkan di internet pada tahun 2007, lebih 75,000 pengguna telah mendaftar di Tumblr, ia antara satu kejayaan yang besar. Berikut merupakan 5 kunci kejayaan Tumblr yang menjadikan mereka sangat diminati dan bernilai tinggi:
Tidak semua pengguna internet berminat untuk menulis artikel dan tidak semua pengguna internet dapat berkongsi serta menunjukkan apa jua yang mahu diluahkan di Twitter mahupun Facebook. Mereka memerlukan sebuah platform yang mudah untuk berkongsi apa yang mahukan di internet tanpa memeningkan kepala.
Maka dengan itu Tumblr dibangunkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna internet kerana ia telah berjaya menyelesaikan masalah mereka yang mahu sebuah platform micro-blogging untuk meluahkan idea serta berkongsi perasaan dengan pengguna lain dengan lebih mudah.
Kebiasaannya untuk menulis blog, kita perlu mengisi tajuk dan ruangan content artikel, memasukkan gambar, video dan sebagainya. Di Tumblr, anda cuma perlu lakukan beberapa langkah mudah sahaja tanpa perlu menulis artikel panjang yang kadangkala membantutkan niat seseorang untuk berkongsi di blog.
Anda juga tidak perlu pening kepala mengetahui fungsi-fungsi dalaman dashboard blog anda seperti anda menggunakan wordpress. Tumblr sangat mudah digunakan oleh semua golongan. Cuma beberapa klik, anda sudah mampu berkongsi sesuatu kepada pengguna internet yang lain. Tumblr juga memudahkan pengguna membuat duit dengan menjual theme premium kepada pengguna Tumblr yang lain.
Ya, Facebook mungkin antara platform yang mungkin terlintas di fikiran anda untuk berkongsi segalanya di internet tetapi untuk pengguna internet yang lain, mereka memerlukan ruang yang lebih khusus untuk serlahkan diri serta minat mereka dan berkongsi kepada pengguna internet yang lain tanpa had.
Tumblr membolehkan anda berkongsi apa juga medium dalam satu platform dengan lebih mudah tanpa memeningkan kepala. Tumblr membenarkan anda memuat naik serta berkongsi text, gambar, quotes, link, dialog, audio serta video dengan mudah hanya dengan satu butang sahaja di dashboard anda dan ia akan dipaparkan kepada pengguna internet yang lain dengan mudah.
Ramai selebriti serta orang-orang berpengaruh menggunakan Tumblr untuk berkongsi perasaan, pengalaman, projek terkini dan banyak lagi kepada pengguna internet yang lain dengan lebih pantas dan berkesan. Perkongsian sebegini bukan sekadar berkongsi cerita, ia juga dapat memotivasikan orang lain.
Antara orang berpengaruh yang turut menggunakan Tumblr untuk berkomunikasi ialah Presiden Amerika, Barrack Obama yang menggunakan platform ini untuk berkempen serta berhubung dengan rakyatnya. Selain itu selebriti seperti John Mayer, Josh Groban, Anthony Bourdain dan ramai lagi turut menggunakan Tumblr.
Para peminat serta pengguna sesuatu jenama seperti baju dan beg tangan boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan fesyen baju terkini serta keluaran beg tangan terkini yang akan dikeluarkan oleh sesebuah syarikat. Tumblr mampu merapatkan lagi komuniti berasaskan minat pengguna Tumblr yang lain.
Tumblr juga turut mempunyai fungsi mudah butang “Reblog” di mana pengguna Tumblr boleh berkongsi artikel yang mereka minati terus ke blog mereka hanya dengan satu klik sahaja. Ia boleh dijadikan sebagai pemasaran viral paling mudah walaupun anda bukanlah seorang bintang di Youtube.
Disaat ramai yang memasang impian untuk bergelar jutawan, pengambil
alihan ini telah mengubah impian pengasas dan CEO Tumblr menjadi satu
realiti. Beliau dianggarkan menerima lebih $250 juta tunai beserta
sedikit pegangan saham di Yahoo Inc. Bermula daripada syarikat startup
kecil, kini menjadi syarikat yang bernilai tinggi. Ia umpama mimpi
sempurna dan kepuasan tertinggi untuk seorang usahawan.
Aplikasi web dan aplikasi mobile merupakan antara idea yang mampu menarik pelabur atau syarikat besar mengambil alih syarikat kita selaras dengan kebangkitan zaman gajet mudah alih pada hari ini. Jadi adakah syarikat anda serta aplikasi web atau mobile anda bakal menjadi sejarah baru selepas Tumblr ini?
(Sumber gambar: Decoded Fashion, Fidelramos, Ayolucas)
Setelah banyak spekulasi berkenaan dengan pengambil alihan ini, akhirnya pihak Yahoo! Inc. telah membuat pengumuman rasmi berkenaan dengan pengambil alihan tersebut. Ia merupakan antara pengambil alihan yang terbesar selepas Facebook mengambil alih Instagram pada tahun lepas.
Tumblr yang diasaskan pada Februari 2007 oleh CEO syarikatnya David Carp, merupakan sebuah platform micro-blogging yang terbesar di internet. Menggunakan tagline “Blogging made easy” pada awal kemunculannya, kini Tumblr menerima lebih 300 juta pelawat unik dan mempunyai lebih 108 juta blog di bawahnya.
Statistik Terkini Tumblr:Jika Facebook merupakan rangkaian sosial untuk menghubungkan manusia dan Twitter pula digunakan untuk berkomunikasi secara mudah, Tumblr pula berbeza kerana ia mengetengahkan self-expression. Tumblr merupakan platform untuk blogging dengan cara yang paling mudah tanpa terikat dengan penulisan panjang.
- Menerima lebih 120,000 pendaftaran baru setiap hari.
- Lebih 900 updated dibaca dalam setiap saat.
- Lebih 24 bilion minit dihabiskan di Tumblr setiap bulan.
Baru dua minggu dilancarkan di internet pada tahun 2007, lebih 75,000 pengguna telah mendaftar di Tumblr, ia antara satu kejayaan yang besar. Berikut merupakan 5 kunci kejayaan Tumblr yang menjadikan mereka sangat diminati dan bernilai tinggi:
#1 Memberikan Solusi Pantas
Tahukah anda idea micro-blogging Tumblr sebenarnya diinspirasikan daripada masalah pengasasnya sendiri yang mahu berkongsi sesuatu di internet dengan lebih mudah tanpa perlu menaip artikel yang panjang seperti di blog wordpress atau blogger?Tidak semua pengguna internet berminat untuk menulis artikel dan tidak semua pengguna internet dapat berkongsi serta menunjukkan apa jua yang mahu diluahkan di Twitter mahupun Facebook. Mereka memerlukan sebuah platform yang mudah untuk berkongsi apa yang mahukan di internet tanpa memeningkan kepala.
Maka dengan itu Tumblr dibangunkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna internet kerana ia telah berjaya menyelesaikan masalah mereka yang mahu sebuah platform micro-blogging untuk meluahkan idea serta berkongsi perasaan dengan pengguna lain dengan lebih mudah.
#2 Memudahkan Pengguna
Selain daripada memberikan penyelesaian pantas kepada pengguna, ciri penting seperti simplicity dan mesra pengguna juga turut memainkan peranan penting untuk menarik pengguna internet. Ciri ini merupakan perkara yang diberikan perhatian oleh Tumblr.Kebiasaannya untuk menulis blog, kita perlu mengisi tajuk dan ruangan content artikel, memasukkan gambar, video dan sebagainya. Di Tumblr, anda cuma perlu lakukan beberapa langkah mudah sahaja tanpa perlu menulis artikel panjang yang kadangkala membantutkan niat seseorang untuk berkongsi di blog.
Anda juga tidak perlu pening kepala mengetahui fungsi-fungsi dalaman dashboard blog anda seperti anda menggunakan wordpress. Tumblr sangat mudah digunakan oleh semua golongan. Cuma beberapa klik, anda sudah mampu berkongsi sesuatu kepada pengguna internet yang lain. Tumblr juga memudahkan pengguna membuat duit dengan menjual theme premium kepada pengguna Tumblr yang lain.
#3 Mempelbagaikan Penggunaan
Mungkin pada hari ini kita semua menggunakan Twitter untuk berkomunikasi pantas, Youtube untuk berkongsi video serta Flickr dan Instagram untuk berkongsi gambar. Pengguna internet mempunyai keinginan untuk memiliki satu tapak atau tempat untuk berkongsi segalanya kepada umum melalui blog.Ya, Facebook mungkin antara platform yang mungkin terlintas di fikiran anda untuk berkongsi segalanya di internet tetapi untuk pengguna internet yang lain, mereka memerlukan ruang yang lebih khusus untuk serlahkan diri serta minat mereka dan berkongsi kepada pengguna internet yang lain tanpa had.
Tumblr membolehkan anda berkongsi apa juga medium dalam satu platform dengan lebih mudah tanpa memeningkan kepala. Tumblr membenarkan anda memuat naik serta berkongsi text, gambar, quotes, link, dialog, audio serta video dengan mudah hanya dengan satu butang sahaja di dashboard anda dan ia akan dipaparkan kepada pengguna internet yang lain dengan mudah.
#4 Mempunyai Daya Tarikan Selebriti
Para selebriti dan golongan berpengaruh memainkan peranan penting dalam menarik lebih ramai pengguna internet menggunakan sesuatu platform tersebut. Ini kerana manusia akan mencontohi apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang mereka kagumi.Ramai selebriti serta orang-orang berpengaruh menggunakan Tumblr untuk berkongsi perasaan, pengalaman, projek terkini dan banyak lagi kepada pengguna internet yang lain dengan lebih pantas dan berkesan. Perkongsian sebegini bukan sekadar berkongsi cerita, ia juga dapat memotivasikan orang lain.
Antara orang berpengaruh yang turut menggunakan Tumblr untuk berkomunikasi ialah Presiden Amerika, Barrack Obama yang menggunakan platform ini untuk berkempen serta berhubung dengan rakyatnya. Selain itu selebriti seperti John Mayer, Josh Groban, Anthony Bourdain dan ramai lagi turut menggunakan Tumblr.
#5 Membentuk Komuniti Sosial
Selain daripada golongan selebriti dan orang berpengaruh, ramai juga golongan kreatif turut menggunakan Tumblr untuk berkongsi gambar atau design terkini mereka kepada para peminat mereka. Antara yang menggunakan Tumblr termasuklah para pereka fesyen antarabangsa yang terkenal.Para peminat serta pengguna sesuatu jenama seperti baju dan beg tangan boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan fesyen baju terkini serta keluaran beg tangan terkini yang akan dikeluarkan oleh sesebuah syarikat. Tumblr mampu merapatkan lagi komuniti berasaskan minat pengguna Tumblr yang lain.