-->

Eira Syazira kehilangan ibu tercinta

Eira Syazira reda pemergian ibu tercinta kerana barah  
Eira Syazira
 
Kepulangan ibu tercinta, Che Ruhani Che Hassan, 60, ke rahmatullah pagi semalam meninggalkan kesan mendalam pada pelakon, Eira Syazira, menjelang Ramadan dan Syawal.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Hospital Putrajaya, kira-kira 7.20 pagi akibat barah payudara yang dihidapi sejak 2010.
Kehilangan ibu yang dianggap sumber kekuatan mereka sekeluarga lebih menyentuh hati Eira apabila arwah tidak dapat menatap wajah cucunya, Amarra Sofea Rose. buat kali terakhir.


“Mummy umpama superwoman bagi kami kerana dalam keadaan dia menderita sakit, dia tidak tunjuk yang dia menderita, sebaliknya sibuk melakukan rutin harian menguruskan gerai makan di Alamanda.

“Sebelum ini Eira memang tahu dia menghidap barah dan kami adik-beradik sarankan dia melakukan pemeriksaan lanjut. Tetapi, dua tahun lalu baru dia betul-betul buat pemeriksaan. Ketika itu doktor beritahu, barah yang dihidapi sudah pada tahap empat,” katanya.

Sempat jaga arwah ketika sakit

Eira berkata, ibunya yang dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu sepatutnya menjalani rawatan radio terapi dan memasukkan besi ke kakinya semalam.
“Barah yang dihadapi merebak sehingga ke tulang, menyebabkan tulang kakinya retak. Tetapi, Allah lebih sayangkan dia dan kami sekeluarga reda dengan pemergiannya.

“Kami bersyukur kerana dia tidak perlu menderita terlalu lama dan dia pergi dengan tenang. Cuma, agak terkilan kerana dia nak sangat tengok anak Eira, tetapi tidak kesampaian sebab kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan melawat. Namun, Eira tetap bawa Amarra tatap wajah jenazah buat kali terakhir.

“Kami sekeluarga juga tidak terkilan sebab ketika dia sakit, kami adik-beradik bergilir-gilir menjaganya di rumah dan di hospital,” katanya yang menyifatkan ibunya seorang yang ceria tetapi tegas.

Jenazah Allahyarhamah Che Ruhani sebelum itu dibawa ke Masjid Sultan Mizan, Putrajaya, untuk disembahyangkan dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 sebelum solat Zuhur.

sumber-http://www.bharian.com.my

 
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar