-->

Cara beli tiket kapal terbang cara online

Cara beli tiket kapal terbang cara online-cara dia mudah saja jom baca dibawah :-)

1. Masuk ke laman web airline.

Screen Shot 2015-09-02 at 23.52.48
2. Pilih destinasi dari mana kita hendak berlepas (origin).

Screen Shot 2015-09-02 at 23.53.38
3. Pilih destinasi ke mana kita hendak pergi (destination).
Senarai yang muncul ini adalah destinasi yang boleh kita pergi dari KLIA2 sahaja. Sekiranya kita pilih origin dari Penang, misalnya, maka senarai yang muncul sedikit berbeza. Maksudnya, tidak semua destinasi yang boleh kita pergi dari KLIA2 itu, boleh juga kita pergi dari Penang.

Screen Shot 2015-09-02 at 23.55.04
4. Pilih perjalanan dan tarikhnya.

Screen Shot 2015-09-02 at 23.55.46

Klik Return untuk penerbangan pergi-balik.
Klik One way untuk penerbangan satu hala sahaja.
Klik Multi-city untuk penerbangan open jaw. Open jaw bermaksud, kita pergi ke destinasi lain, balik dari destinasi lain. Contohnya, kita pergi dari Kuala Lumpur ke Adelaide. Kemudian, kita terbang dari Perth ke Shanghai. Seterusnya, dari Xian barulah kita pulang ke Kuala Lumpur. Multi-city hanya dibolehkan untuk penerbangan AirAsiaX sahaja.

Screen Shot 2015-09-03 at 09.46.53
5. Pilih jumlah orang yang akan terbang bersama kita.

Screen Shot 2015-09-02 at 23.56.02
6. Pilih waktu penerbangan pergi (depart) dan pulang (return).
Lihat skrin ini. Ada beberapa pilihan tarikh diberikan. Sekiranya kita perlu terbang pada tarikh yang tetap, kita terus saja pilih tarikh itu. Namun, sekiranya kita bebas memilih tarikh dan mahu cari tarikh yang harga lebih murah, maka kita boleh klik pada tarikh cadangan yang diberikan.
Screen Shot 2015-09-02 at 23.57.07
Pilihan Tarikh Depart

Screen Shot 2015-09-02 at 23.57.32
Pilihan Tarikh Return
Sambil itu, perhatikan juga ruang di sebelah kanan yang menunjukkan harga tiket semasa mengikut apa yang kita sudah pilih.
Selepas selesai memilih tarikh, klik butang Continue.
7.  Login.
Sekiranya kita tidak mahu mendaftar, boleh juga. Klik pada Continue as guest. Saya akan tunjukkan langkah seterusnya sebagai pengguna berdaftar dengan AirAsia.

Screen Shot 2015-09-02 at 23.58.18
8. Masukkan butiran peribadi penumpang.
PENTING: Pastikan EJAAN nama TEPAT dan masukkan tarikh lahir dengan BETUL.
Sekiranya kita tidak teliti dan tersilap taip nama / tarikh lahir, akan berlaku masalah semasa check-in dan imigresen. Pembetulan pula akan dikenakan penalti.
Screen Shot 2015-09-03 at 00.00.03
9. Add-ons: Bagasi (masuk ke kargo).
Lihat di ruang sebelah kanan, nampak harga tiket tiba-tiba sudah bertambah banyak?
Screen Shot 2015-09-03 at 00.00.46
Ya, ini disebabkan sistem telah secara automatik memasukkan harga bagasi iaitu RM89.00 untuk bagasi 20kg bagi satu perjalanan.
Rileks, jangan marah-marah. Kita takkan dicaj dengan harga ini kecuali kita memang mahukan bagasi 20kg itu. Ramai orang rasa tertipu oleh caj bagasi ini, sedangkan yang berlaku sebenarnya ialah mereka cuai semasa membeli tiket. Mereka tidak baca dengan teliti semua perkara yang tertera di skrin.
Jika kita mengembara tanpa bagasi – kita hanya bawa satu beg seberat 7kg yang dibenarkan masuk ke dalam kabin, tidak perlulah kita beli bagasi ini. Jadi, klik sahaja di No, Thanks. Ataupun pilih No checked baggage.
Screen Shot 2015-09-03 at 00.01.26
Lihat ruang di sebelah kanan, harga sudah turun semula.
Untuk penerbangan balik juga kita boleh pilih yang serupa.
Screen Shot 2015-09-03 at 00.01.48
Tengok, harga sudah turun lagi. Disebabkan kita tidak dicaj kerana tidak beli bagasi untuk dimasukkan ke kargo.
Walau bagaimanapun, sekiranya kita memang perlu masukkan bagasi ke kargo, belilah bagasi ini berdasarkan berat yang kita perlukan. Jangan tunggu bayar di kaunter check-in baru mahu beli bagasi, kerana belian secara online adalah lebih menjimatkan.

10. Add-ons
Ada beberapa lagi add-ons yang kita boleh pilih sama ada mahu beli ataupun tidak. Kebanyakan penerbangan tambang murah menawarkan yang serupa seperti makanan dan pilihan seat. Berbeza dengan premium airlines – makanan, seat, dan comfort diberi percuma (sebenarnya sudah termasuk dalam harga tiket yang mahal itu).
Screen Shot 2015-09-03 at 00.02.13
11. Add-ons: Makanan
Sekiranya kita dalam penerbangan melebihi 3 jam dan risau tidak mampu menahan lapar, maka boleh sahaja kita tempah siap-siap makanan dalam penerbangan.
Screen Shot 2015-09-03 at 00.03.53
Ada banyak pilihan disediakan oleh AirAsia. Pilihan paling popular dan memang lazat ialah Nasi Lemak Pak Nasser. Selalunya saya pesan nasi lemak ini untuk penerbangan pulang ke tanah air – sebab sudah lama tak jumpa di negara orang. Saya juga suka Uncle Chin’s Chicken Rice.
Setiap tempahan makanan secara online akan diberikan satu minuman percuma, biasanya satu botol kecil air mineral. Kita juga boleh pilih Maximise my meal untuk tambahan satu air kotak dan roti.
Walau bagaimanapun, tidak semua penerbangan menyediakan menu yang sama. Selalunya AirAsiaX menyediakan lebih banyak daripada AirAsia lain. Mungkin kerana tempoh penerbangan yang lama.
Perhatikan, harga di ruang kanan bertambah kerana kita memilih untuk memesan makanan.
Sekiranya kita tidak mahu pesan siap-siap, dan hanya mahu beli semasa dalam penerbangan, harga makanan lebih mahal dan hanya bergantung pada stok yang ada. Ini disebabkan mereka akan mengutamakan beri makanan kepada penumpang yang sudah siap-siap tempah semasa membeli tiket online.
Perlu diingat, kita hanya boleh bawa makanan kering dari luar ke dalam kabin, seperti biskut dan roti. Makanan basah seperti nasi, mi, dan lauk-pauk tidak dibenarkan. Air minuman juga tidak dibenarkan dibawa dari luar. 
12. Add-ons: Tempat duduk (seat) berbayar.
Screen Shot 2015-09-03 at 00.04.30
Apabila kita mahu pilih seat yang kita suka, kita perlu tambah bayaran. Bayaran untuk seat pula berbeza-beza mengikut jenisnya.
Screen Shot 2015-09-03 at 00.04.41
Boleh lihat contoh Quiet Zone Standard Seat yang berharga RM69.00 bagi penerbangan AirAsiaX ini. Ini namanya window seat. Window seat kebiasaannya lebih mahal daripada seat tengah. Quiet Zone pula bermaksud kedudukan seat dalam satu ruang khas seperti ruang business class jika dalam penerbangan premium, dan jauh daripada seat yang ada bayi.

Screen Shot 2015-09-03 at 00.05.28
Jika kita inginkan seat 10A itu, klik padanya dan ikon orang seperti ini akan muncul:
Screen Shot 2015-09-03 at 00.05.45
Mari kita lihat seat yang lebih murah.

Screen Shot 2015-09-03 at 00.06.36 

Seat ini hanya RM39.00 kerana terletak di tengah-tengah dan bukan dalam Quiet Zone.
Ada nampak ikon bayi di seat warna merah? Letaknya di bahagian paling depan.
Itu namanya Hot Seat. RM129.00 harganya.

Screen Shot 2015-09-03 at 00.06.54
Mengapa Hot Seat begitu mahal???
Ini disebabkan, kedudukan seat itu lebih lapang di bahagian kaki – boleh melunjur dengan selesa. Sekiranya kita bawa bayi pula, hanya di situlah boleh diletakkan bassinet – bekas seperti besen untuk membaringkan bayi dengan selesa.
Untuk ibu bapa yang mahukan bassinet seat dalam penerbangan premium, boleh buat permohonan di kaunter semasa check-in. Sebaiknya datang awal untuk check-in, kerana jika ada ramai bayi, boleh jadi berebut pula. Maksimum umur bayi yang boleh diletakkan dalam bassinet ialah 10 bulan, dan berat tidak melebihi 10kg.
Sekarang, selepas memilih seat, lihat semula harga yang sudah berubah dan butirannya.

Screen Shot 2015-09-03 at 00.07.09 

Mengapa harga seat mahal-mahal belaka? Kata penerbangan murah!
Rileks, tak perlu marah-marah. Jika tidak mahu bayar lebih untuk pilih seat, tak payah pilih dan terima saja mana-mana seat yang diberikan oleh sistem semasa check-in nanti dengan hati yang terbuka.
13. Add-ons: Inflight Comfort.
Screen Shot 2015-09-03 at 00.07.52
Ini juga pilihan. Jika mahu, silakan beli. Jika ada sendiri punya, tak perlu beli. Bawa saja. Mudah.
14. Insurans
Dalam penerbangan tambang murah, insurans tidak termasuk dalam harga tiket. Jadi, kita punya pilihan untuk membelinya ataupun tidak.
Boleh lihat apa yang dilindungi dalam AirAsia Travel Protection:

Screen Shot 2015-09-03 at 00.08.12
Secara peribadi, saya akan membeli insurans ini untuk penerbangan jarak jauh dan juga penerbangan ke destinasi yang terkenal dengan scam.
15. Add-ons: Skybus airport shuttle.
Ini hanya ditawarkan untuk penerbangan AirAsia, dan yang datang dari KL Sentral ataupun 1Utama ke KLIA2, dan dari mana-mana hotel di Johor Bahru ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.
Screen Shot 2015-09-03 at 00.09.01
16. Semak butiran, dan buat pembayaran.
Screen Shot 2015-09-03 at 00.11.46
Semak di ruang sebelah kanan, apa-apa add-ons yang kita beli. Semuanya dijumlahkan di bawah. Kemudian, klik Purchase.
Mengapa jumlah jadi jauh lebih mahal daripada harga mula-mula tadi???
Saya harap tidak ada yang bertanya soalan ini.
Semua Add-ons termasuk insurans adalah pilihan. Sekiranya kita tidak perlukan bagasi, makanan, insurans, seat tertentu, dan Skybus, tidak perlu tick dan beli. Bayar sahaja tiket kosong dengan harga mula-mula yang kita dapat tadi.
Tip ekstra: Seandainya kita hanya cukup duit untuk beli tiket kosong, maka beli sahaja dulu tiket itu kerana yang penting kita dapat harga murah. Harga tiket kapal terbang ini tidak menentu turun dan naiknya. Yang penting kita dapat tiket itu dahulu, kerana kita boleh tambah Add-ons selepas membuat pembelian dan sebelum menaiki pesawat. Hanya pesanan makanan yang tidak boleh dibuat lagi selepas 24 jam sebelum waktu penerbangan.
17. Pembayaran.
17.1 Pastikan semua butiran dan pilihan kita betul dan tepat.

Screen Shot 2015-09-03 at 00.09.25
17.2 Masukkan butiran perhubungan penumpang.
Jika tiket itu kita sendiri yang punya, letakkan sahaja nama dan nombor telefon kita. Namun, sekiranya kita belikan tiket untuk ibu bapa / orang lain yang tidak mahir menguruskan bab ini dan bergantung pada kita sepenuhnya, maka tuliskan nama dan nombor telefon kita supaya mudah untuk berurusan dengan airline. Tujuannya adalah untuk penghantaran itinerari penerbangan melalui emel dan makluman pertukaran waktu penerbangan dll jika ada. Jadi, ini memang memerlukan butiran perhubungan orang yang tahu menguruskannya.

Screen Shot 2015-09-03 at 00.10.08
17.3 Masukkan butiran perhubungan kecemasan.
Ini supaya pihak airline dapat memberitahu waris kita sekiranya kita tidak dapat dihubungi ataupun jika ada apa-apa yang tidak baik berlaku. Nauzubillahi min zalik.
Screen Shot 2015-09-03 at 00.10.23 

17.4 Pilihan cara pembayaran.
Ada dua pilihan.
17.4.1 Menggunakan kad kredit / kad debit. Caj dikenakan: RM24.00.
Screen Shot 2015-09-03 at 00.10.38
17.4.2 Melalui online banking. Caj dikenakan: RM4.00.
Screen Shot 2015-09-03 at 00.11.16
18. Itinerari penerbangan.
Selesai pembayaran dibuat, kita akan diberikan nombor booking. Manakala itinerari penerbangan dihantar melalui emel.
Screen Shot 2015-09-03 at 00.15.51
(Jangan salah faham. Yang point 1-18 pembelian tiket KL – Taipei tadi hanya simulasi kerana saya mahu tunjuk langkah demi langkah – saya tidak beli betul-betul. Yang butiran di atas ini pula, adalah butiran penerbangan sebenar yang saya beli, untuk menunjukkan rupa skrin selepas pembayaran diterima.)

19. Mengubah itinerari.
Screen Shot 2015-09-03 at 00.16.04
Ya, sebagaimana saya beritahu tip ekstra dalam point no. 16, kita memang boleh tambah Add-ons selepas tiket dibeli, sebelum tiba tarikh penerbangan. Ini mudah dilakukan apabila kita mendaftar dengan laman web AirAsia.com. Tambah sahaja apa yang kita mahu. Manalah tahu, mula-mula, rasa tak ada bagasi lebih 7kg. Last minute, sudah sumbat bekalan makanan, jadi 15kg. Memang tak boleh bawa masuk ke dalam kabin.
Ataupun, boleh juga jika penerbangan pergi tidak beli bagasi. Penerbangan balik sahaja perlukan bagasi. Maklumlah, beg terberanak.
20. Web check-in.
Screen Shot 2015-09-03 at 16.44.54
Kita boleh check-in di laman web beberapa hari sebelum tarikh penerbangan. Untuk AirAsia, 14 hari sebelum. Ada sesetengah penerbangan lain, 7 hari sebelum.
Caranya mudah sahaja. Masuk ke laman web airline, cari Web Check-In / Online Check-In, dan masukkan butiran yang diperlukan termasuk nombor dan tarikh mati pasport. Ikut sahaja arahan, dan akhir sekali simpan boarding pass untuk ditunjukkan semasa di airport nanti.

Baiklah. Mudah-mudahan, entri ini membantu tuan puan yang masih baru dan belum biasa membeli tiket penerbangan secara online dan dapat menyelamatkan wang daripada terbazir.

Selamat terbang!

------------------

BACA JUGA : Cara Paling Cepat nak Kurus...
Berkesan Buang Lemak Degil & Berat Badan Turun cepat
Berkesan Sepantas 7 Hari sesuai untuk wanita & Lelaki

KETAHUI LEBIH LANJUT KLIK >> SINI <<

------------------

sumber : http://azuzafu.com

Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar