-->

Ning Baizura cukup bahagia




Wajah pemilik vokal soprano, Ning Baizura cukup berseri-seri. Senyuman tidak lekang daripada bibirnya, apatah lagi apabila ramai yang 'geram' dan 'cemburu' melihat kehadiran permata hidupnya, Ryan Sky Dalton, tiga bulan.
Hari itu adalah hari pertama Ryan Sky diperkenalkan kepada media dan umum. Ning dan suaminya, Omar Sharif Christopher Layton punya alasan tersendiri mengapa cahaya mata sulung mereka itu 'disembunyikan' selama tiga bulan. Ia juga umpama mengulang semula tindakan Ning sewaktu hamil yang juga menyembunyikan berita kehamilannya sewaktu fasa awal dia hamil.
Beritahu Ning: "Kami bukan sengaja mahu menyembunyikan Ryan Sky selama tiga bulan ini. Bagaimanapun, tindakan tersebut kami ambil kerana mengikut nasihat dan menghormati permintaan ibu saya, Stella, yang mahu Ryan Sky mendapat persekitaran tumbesaran tanpa gangguan.
"Maklum, bayi yang baru lahir memerlukan banyak masa untuk berehat dan mengalami proses tumbesaran, jadi kerana itu kami membuat keputusan, selepas tiga bulan baru Ryan Sky akan diperkenalkan kepada umum."
Ning yang kelihatan cukup bahagia kemudian memanjangkan cerita tentang pengalaman pertama bergelar ibu. Biar memegang status sebagai penghibur terkenal, namun apabila mula menjadi seorang ibu, Ning melepaskan 'dunia popular'nya untuk memberi fokus terhadap Ryan Sky.
Isteri kepada Omar Sharif itu mengaku, tidak mudah menjadi seorang ibu. Dia menyifatkan, menjadi seorang ibu merupakan satu tanggungjawab yang cukup besar buat dirinya.
"Tanggungjawab menjaga anak sangat besar bagi saya dan suami. Persiapan untuk mendapat anak sangat berbeza. Walaupun selepas ini saya dan suami sibuk, kami tetap akan menjaga Ryan Sky sendiri dengan bantuan ibu saya. Bagi saya, didikan daripada ibu bapa sendiri amat penting." katanya ketika mengadakan sidang akhbar yang diadakan di Restoran Neo Tamarind, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Malah, Ning mempunyai pengalaman tersendiri membesarkan Ryan Sky. Ini kerana bayi seberat 3.47 kilo gram tersebut telah mengalami demam kuning, dan dia telah merawat Ryan Sky sendiri di rumah bersama suami dan ibunya.
Ning telah menyewa mesin fototerapi dan dibawa ke rumahnya bagi merawat anak lelakinya itu kerana berasa lebih selesa dan senang untuk dirinya sebagai ibu memantau keadaan Ryan Sky sendiri.
Menyelak semula perjalanan kehidupan awalnya sebagai seorang ibu, Ning memberitahu transformasi kehidupan yang dilaluinya banyak telah berubah. Mujur, dia memiliki seorang suami yang cukup memahami dan banyak menyokong dirinya, selain ibu yang sentiasa berada di sisi.
Malah, biar nampak cukup moden, Ning sebenarnya telah menjalani tempoh berpantang secara tradisional dengan berpantang selama 100 hari. Dalam tempoh itu juga, akui Ning, dia tidak tidur bersama suaminya, sebaliknya proses berpantang tersebut diisi dengan menumpukan perhatian terhadap anak dan kesihatan dirinya sendiri.
"Mujur sepanjang proses berpantang ibu sentiasa ada di sisi. Lagipun, Omar banyak ke luar negara atas urusan kerja," ujar Ning yang melahirkan anaknya secara pembedahan pada 31 Januari lalu.


NING mengaku mahu memiliki cahaya mata lagi pada masa akan datang.


Ryan Sky Dalton
Sebaik khalayak mengetahui nama anak Ning, banyak yang berpendapat nama tersebut tidak berunsur Islamik. Banyak yang mengecam terhadap pemilihan nama tersebut, namun Ning dan Omar Sharif tidak cepat melatah kerana mereka tahu, mereka berada di tempat yang benar.
Nama Ryan Sky Dalton yang dipilih sendiri oleh mereka berdua sebenarnya diambil daripada beberapa bahasa. Misalnya, Rayann adalah perkataan daripada bahasa Parsi dan Arab. Ray dalam bahasa Parsi bermaksud bijaksana atau arif dan ia juga merujuk kepada haruman herba.
Jika dalam bahasa Arab, perkataan Rayhaan boleh didapati dalam surah Rahman, ayat 12 dan surah Waqi'ah, ayat 89. Rayan atau Rayyan merupakan salah satu daripada pintu syurga.
"Begitu juga dengan perkataan Sky. Setiap kali kita memandang Sky (langit) pasti kita akan ingat kekuasaan Allah," jelas Ning tentang makna di sebalik nama anaknya itu.
Malah beritahu Ning, nama tersebut juga sebenarnya telah dipilih oleh dua orang kakak tiri Ryan Sky yang berada di Ireland.
"Nama Ryan Sky ini dipilih oleh kakak-kakaknya sendiri sewaktu Omar pulang ke Ireland untuk bertemu mereka saat saya hamil tiga bulan.
"Sebaik mereka menyebut mahu menamakan bakal adik mereka dengan nama Ryan, kami terkejut kerana nama Ryan itu juga telah lama kami fikirkan sebelum ini. Ia macam satu keajaiban," ujar Ning yang merancang untuk pulang ke Ireland bertemu keluarga Omar dan anak-anak tirinya bersama suami dan Ryan Sky sekitar Julai atau Ogos ini.
Pelangi Untukmu
Selain menjadi ibu sepenuh masa, Ning yang kini mengikat kontrak sebagai artis residen Universal Music Malaysia sudah mula sibuk dengan beberapa agenda.
Ini termasuklah dengan perancangan untuk melahirkan album kanak-kanak serta giat mengumpul material bersama Aylwin Santiago untuk album terkininya sebelum hujung tahun 2013.
Pada majlis yang sama, Ning turut mengambil kesempatan melancarkan klip video dan single Pelangi Untukmu yang ditujukan khas buat buah hati sulungnya itu. Lagu tersebut merupakan lagu asal daripada The Wizard of Oz Cast iaitu Somewhere over the Rainbow.
Menurut penyanyi kelahiran Kajang, Selangor itu, dia mendapat ilham menulis lagu Pelangi Untukmu hanya dalam masa satu jam. Ia kemudian telah dirakamkan semasa usia kandungannya enam bulan, sementara klip videonya telah menjalani pembikinan sewaktu Ryan Sky berusia dua bulan.
sumber : http://www.kosmo.com.my
 
 
 
 
 
 
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar