-->

Pengurangan harga kereta


Pengurangan harga kereta dilaksana berperingkat

KUALA LUMPUR - Kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, bersandarkan manifesto kerajaan yang telah dibuat pada pilihan raya umum lalu, kerajaan telah berjanji akan mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun.

"Malah, sejak Oktober tahun lepas, harga 10 model kereta popular di negara ini telah menurun secara purata 7.3 peratus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian dan agensi-agensi di bawahnya di sini hari ini.

Perhimpunan bulanan ini merupakan perhimpunan pertama diadakan bersama pucuk pimpinan baharu selepas pelantikan Kabinet 2013.

Beliau berkata pengurangan harga itu adalah hasil proses pasaran yang mana terdapat peningkatan kecekapan dan persaingan di kalangan pemain industri automotif.

Menurutnya, usaha pengurangan harga kereta haruslah dilaksanakan secara berhemah dan tersusun supaya ia tidak menjejaskan pertumbuhan industri dan peluang pekerjaan yang sedia ada bagi sektor industri terbabit dan berkaitan.

"Oleh itu, kami juga telah melakukan perbincangan dengan syarikat-syarikat pembuat kereta dan mereka juga sedar tentang Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA yang bakal dilaksanakan serta faedah-faedah yang akan diperkenal kepada pengguna," katanya.

Mustapa berkata pemain industri kini perlu bersedia meningkatkan daya saing dan pengeluaran mereka, sesuai dengan iklim persaingan yang semakin hebat di Malaysia dan luar negara.

Beliau turut menjelaskan bahawa selain usaha menurunkan harga kereta di pasaran tempatan, kerajaan juga melihat keseimbangan lain seperti mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan inisiatif pembinaan pengangkutan awam yang lebih cekap. - Bernama
 
 
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar