-->

Fouziah Gous bakal bertunang dengan Md Zhafran




Pelakon Fouziah Gous, 30, akhirnya mengakui bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Md Zhafran Md Yusof pada 1 Jun ini, Malah, dalam laporan akhbar Berita Harian semalam, Fouziah Gous memberitahu dia tidak mahu bercinta lama dengan kekasihnya itu lalu memilih September ini untuk disatukan dengan ikatan yang sah.

"Zhaf kenal perangai saya. Dia tahu saya jenis yang tidak suka membuang masa ketika bercinta. Saya lebih percaya kepada percintaan selepas berkahwin. Disebabkan itu, dia melamar walaupun baru beberapa bulan kami bercinta.
"Sekurang-kurangnya ikatan ini dapat mengelak kami daripada difitnah. Kami membuat keputusan tidak mahu mengikat tali pertunangan terlalu lama kerana kami juga adalah rakan kongsi perniagaan.
" Apabila adanya ikatan yang sah, lebih mudah untuk kami menguruskan perniagaan bersama-sama. Jadi tidaklah menjadi buah mulut orang jika mereka sering melihat kami bersama-sama," katanya. Majlis pertunangan dijangka berlangsung pada sebelah malam itu diadakan secara sederhana untuk keluarga kedua-dua belah pihak
. Mengenai lokasi pertunangannya pula, kata Fouziah, dia dalam dilema berikutan kemungkinan mereka perlu menukar tempat lain selepas sepakat memilih suatu lokasi istimewa sebelum ini.
Fouziah dan Zhaf berkenalan menerusi adik kepada kakak ipar Fouziah yang juga rakan rapatnya lebih setahun lalu. Jejaka lulusan Ijazah Perakaunan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) itu memiliki syarikat keselamatan Arrow Guard dan menjadi perunding kewangan.
sumber

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar