Festival tahunan Els Enfarinats disambut dengan perang tepung dan telur. Els Enfarinats disambut di bandar Ibi di Alicante, Sepanyol pada tarikh 28 Disember sebagai sebahagian daripada perayaan yang berkaitan dengan Day of the Innocents.
Festival yang diadakan sepanjang hari ini diikuti oleh para peserta yang kelihatan mengenakan pakaian ala-ala tentera . Mereka pun berpura-pura melakukan rampasan kuasa untuk mengambil alih bandar.
Peserta yang cuba menentang rampasan kuasa itu akan terkena lemparan tepung dan telur yang bertubi-tubi. Asal-usul tradisi ini tidak beberapa jelas.
Tradisi ini diyakini telah bermula dari Fiesta de los Locos, festival yang menjadi sebahagian daripada festival Romawi kuno, Saturnalia. Tradisi itu telah dilakukan lebih dari 200 tahun.
sumber