-->

Mak nyah boleh kahwin di hong kong

Hong Kong: Seorang wanita transeksual (mak nyah) menang rayuan di mahkamah Hong Kong semalam yang membenarkannya berkahwin dengan teman lelakinya.



Keputusan itu memaksa kerajaan untuk merangka semula undang-undang perkahwinan di Hong Kong.
Dalam rayuan terakhirnya, mahkamah menerima hujah mak nyah berusia 30-an itu dirujuk sebagai ‘W’ untuk membatalkan perintah sebelum ini yang menetapkan perkahwinan hanya dibenarkan antara pasangan berbeza jantina.


‘W’ yang menjalani pembedahan menukar jantina lebih lima tahun lalu percaya jantinanya selepas pembedahan diiktiraf undang-undang dan perintah sebelum ini disifatkan melanggar haknya mengikut perlembagaan.

Pembedahan subsidi

Dia juga mendakwa, pembedahan menukar jantina itu diberi subsidi kerajaan.

Pendaftar perkahwinan pula berhujah bahawa mak nyah terbabit tidak boleh mengahwini teman lelakinya kerana sijil kelahirannya menyatakan dia lelaki dan fakta itu tidak boleh diubah di bawah undang-undang Hong Kong.
“Adalah sesuatu yang bertentangan dengan prinsip jika hanya memberi tumpuan kepada ciri biologi ketika dilahirkan,” kata mahkamah dalam satu penghakiman bertulis oleh panel lima hakim.

Jejas hak asas berkahwin

Ia menambah, undang-undang sedia ada menjejaskan asas hak W untuk berkahwin. Mahkamah berkata, corak alam perkahwinan sebagai sebuah institusi sosial sudah banyak berubah dalam suasana pelbagai budaya Hong Kong hari ini.

“Kesan keputusan ini adalah W akan dibenarkan berkahwin dan perlu dibenarkan kahwin dengan teman lelakinya,” kata peguam kepada W, Michael Vidler kepada pemberita di luar mahkamah selepas perintah mahkamah terbabit. - AFP
sumber : http://www.mytrueinfo.net
 
 
 
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar