-->

Kasih kami pada ayah tak pernah pudar

Kuala Lumpur: “Kasih kami pada ayah tak pernah pudar. Walaupun dia ditempatkan di pusat jagaan ini, kami selalu berhubung untuk bertanya khabar.
“Saya akan berbincang dengan abang, kakak dan adik-beradik lain untuk membawa ayah pulang ke rumah dalam masa terdekat tapi tarikhnya belum diputuskan lagi,” kata Norma, anak pelakon drama radio terkenal 1970-an dan 1980-an, Ibrahim Othman.

Norma, 48, yang menetap di Kota Bharu, Kelantan, ditemani anaknya, Naimul Akmal Che Nazir, 20, menjenguk bapanya di Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia (Fikrah) di Taman Sekamat, Kajang, semalam, selepas lima bulan berada di pusat jagaan berkenaan.

Menurutnya, kesibukan mengurus anak yang masih bersekolah menghalangnya melawat bapanya yang terlantar di pusat jagaan itu dan masalah sama dihadapi adik-beradik lain kerana masing-masing sudah berkeluarga.

“Apapun, saya gembira melihat ayah makin sihat sepanjang tinggal di sini mungkin kerana dijaga dengan baik oleh kakitangan pusat ini.


Bekas pelakon drama radio yang terkenal dengan watak Seman dalam Kebun Pak Awang dan turut berlakon dalam drama Nombor 5 Persiaran 1 yang pernah mencetus fenomena tersendiri pada awal 1970-an dan awal 1980-an yang mesra disapa Pak Berahim, kini sudah mampu bergerak menggunakan kerusi roda.


Foto
NORMA (kanan) melihat anaknya, Naimul Akmal mencukur janggut Pak Berahim yang terlantar di Fikrah, Taman Sekamat, semalam.
Sementara itu, pengerusi rumah berkenaan, Mohd Azmi Mohd Zain berkata, dia seronok melihat dua beranak itu bertemu selepas lama tidak berhubungan serta bertanya khabar masing-masing.

Apa yang membuatkan hati Mohd Azmi tersentuh apabila Norma dengan penuh kasih sayang membelai mesra bapanya sambil memenuhi permintaan bapanya agar mencukur janggut.


Baginya, dia tidak menghalang jika anak Pak Berahim berhasrat mengambil bapa mereka keluar dari pusat jagaan itu.

Katanya, sejak ditubuhkan beberapa bulan lalu lebih 75 penghuni sudah dibantu dan kebanyakan mereka pesakit kronik, terdampar tanpa waris, orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan mualaf.


Buat masa ini, katanya, pusat jagaan itu mempunyai 16 penghuni tetapi jumlah itu sentiasa bertambah dari semasa ke semasa dan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mereka secara sukarela membantu meringankan beban keluarga penghuni.


“Bagi saya, sepanjang menjaga Pak Berahim di sini, yang membanggakan dia menunjukkan perubahan. Kalau dulu hanya terlantar di katil, kini dia sudah boleh bangun dan berkerusi roda. Dia juga tak sukar diurus kerana ceria serta suka berbual dengan kakitangan dan penghuni lain. Ini berbeza sewaktu mula-mula datang dulu, dia amat pendiam,” katanya.

sumber




NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar