-->

EINA AZMAN mahu ibu Afiq memohon maaf kepadanya


EINA AZMAN (kanan) mahu ibu Afiq memohon maaf kepadanya.


DRAMA Melayu tanah air sudah terlalu kerap memaparkan pergaduhan di antara anak dengan ibu bapa ataupun dalam kalangan ahli keluarga yang lain. Di luar tabir drama mahupun filem fiksyen itu, para artis tanah air sendiri tidak kurang hebatnya mempamerkan episod pergaduhan mereka bersama ahli keluarga termasuklah bersama ibu bapa sendiri.
Sekitar tahun 1980-an dahulu, Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini sendiri mempunyai rekod bergaduh dengan ibu kandungnya sendiri sehingga berlaku kes saman-menyaman di mahkamah. Persada hiburan tanah air juga pernah dihebohkan dengan kes saman yang difailkan oleh bapa kandung Nasha Aziz kepada pelakon serta peragawati popular itu pada tahun 2004. Kes pergaduhan antara Nasha bersama bapa kandungnya, Abdul Aziz Mohd. Ali berlanjutan sehingga tahun 2009.
Seorang lagi pelakon tanah air yang terjebak dengan pergaduhan dengan bapa sendiri ialah Wan Nor Azlin yang disaman oleh bapanya Wan Mohd. Husain Wan Ibrahim, 76. Dramatis itu disaman oleh bapa sendiri pada 5 Februari lalu kerana didakwa menghalang bapanya daripada menjual hartanah dan enggan keluar dari sebuah rumah milik bapanya di Taman Sri Keramat.
Pada 20 Mac lalu, pelakon yang pernah menggondol trofi Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Sri Angkasa 2001 menerusi itu pula memfailkan permohonan untuk mengetepikan saman berkenaan.
Tidak hanya Wan Nor Azlin dan Nasha, tidak lama dahulu penyanyi popular Ning Baizura juga pernah berdepan episod perang dingin selama 10 tahun dengan bapanya sendiri, Sheikh Hamzah Sheikh Muhammed, namun semua itu pulih apabila Ning sendiri sudah berubah dan menyesali peristiwa lalu.
Sebelum ini, peminat industri hiburan juga sedia maklum dengan pergaduhan antara pengarah muda, Syamsul Yusof dengan bapanya, Datuk Yusof Haslam manakala Siti Fazurina berperang dingin dengan ibu kandungnya. Itu antara sedutan kepada beberapa kes pergaduhan di antara artis bersama ibu atau bapa yang sampai ke pengetahuan semua.
Terbaharu, pelakon yang sedang meningkat naik Afiq Muiz, 21, memasuki senarai panas gara-gara pengakuan ibu kandungnya, Hasliza Mohd., 48, membuka pekung yang tersimpan di dada. Luahan Hasliza bersulam kekecewaan yang sudah tidak mampu ditahan lantaran memikirkan anak yang selama ini mendengar kata, tiba-tiba berubah sikap.
IBU Afiq Muiz, Hasliza Mohd.


Di mata ibunya, Afiq bukan lagi Afiq yang pernah hidup susah dan ringan tulang membantu ibunya berniaga burger demi sesuap nasi. Malangnya, rayuan seorang ibu dibalas si anak dengan sebuah penafian secara terbuka.
Dia memanggil sebuah sidang media tergempar untuk membersihkan nama. Tidak cukup seorang diri, pelakon baru naik yang dikaitkan sebagai kekasihnya, Eina Azman, 18, turut berkompromi memulangkan paku buah keras kepada si ibu yang sedang berdukacita.
"Saya tidak keluar rumah dan tidak pernah buang keluarga tetapi Umi (ibu) yang halau saya keluar dari rumah.
"Saya juga tidak tahu apa motif Umi cakap saya anak derhaka, apa salah saya? Umi (ibu) sudah tidak sayangkan saya lagi," jelas Afiq menafikan kata-kata ibunya yang menyifatkan Afiq sudah membuang keluarga.
Terdahulu ibu Afiq, Hasliza mendakwa Afiq sudah berubah menjadi panas baran, biadap dan hilang perasaan sayang kepada adik-adiknya.
"Saya tidak tahu adakah tindakan membuat kenyataan kepada media itu akan memulihkan kami sekeluarga atau menjauhkan lagi hubungan saya dan Afiq.
"Tetapi rasanya inilah saja cara untuk Afiq membuka mata dan hati bahawa apa yang dilakukannya sekarang adalah salah. Dia menderhaka terhadap ibunya. Afiq cukup penyayang orangnya tetapi sejak dia mempunyai kekasih kelakuannya tidak lagi seperti dulu," demikian kata Hasliza dalam satu portal berita.
Seperti kata ibunya, sama ada tindakan bertemu media itu akan memulihkan hubungan mereka sekeluarga atau menjarakkan lagi jurang kasih sayang mereka, semua tahu bahawa Afiq tetap dengan pendiriannya. Ditambah pula dengan sokongan yang ditunjukkan oleh wanita yang paling baik dengannya iaitu Eina Azman, bara antara Afiq dan ibu nampak kian marak.
Afiq turut menggunakan saluran media meminta ibunya supaya berhenti memburuk-burukkan namanya dan Eina. Begitu juga dengan Eina yang memberi amaran agar ibu kandung Afiq itu memohon maaf daripadanya dalam tempoh tujuh hari selepas Isnin lalu.
Sidang media yang sepatutnya menjadi medan hebahan acara seni itu bertukar menjadi mahkamah kepada pertelingkahan anak beranak.
Seperti hukum di antara peniaga dengan pembeli, pembeli tetap raja. Kisah Afiq dan ibunya juga begitu, anak tetap anak dan syurga seorang anak itu di bawah telapak kaki ibunya.
sumber : http://www.kosmo.com.my
 
 
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar