Oleh-Ustaz Mohammad Elias
Pengenalan Istihadhah
Istihadhah dari sudut bahasa mengalir dan berterusan. Dari sudut syara`: Darah penyakit yang keluar dari hujung urat di bawah rahim perempuan melebihi masa sebanyak-banyak haidh dan masa sebanyak-banyak nifas sama ada keluar mengiringi darah haidh atau tiada.
Kata setengah ulama` istihadhah ialah darah yang berhubung dengan darah haidh, semantara yang lainnya ialah darah pasad / rosak, seperti darah yang keluar dari pada perempuan yang belum sampai umur kedatangan haidh. Kata Syeikh Ibnu Hajar perselisihan itu hanya pada lafas jua tidak pada makna.
Istihadhah adalah hadas yang sentiasa, seumpama air kencing, wadi atau maziyang yang sentiasa keluar.
Dengan itu ia tidak menegah daripada sembahyang, puasa, bersetubuh dan sebagainya, maka tidak diharamkan atas perempuan yang istihadhah dan orang yang sentiasa keluar air kencing, mazi atau wadi pekara yang diharamkan atas perempuan yang berhaidh atau yang bernifas.
Jenis-jenis Istihadhah
Darah istihadhah terbahagi kepada empat.
- Darah yang keluar sebelum umur haidh.
- Darah yang keluar kurang dari tempoh haidh
- Darah yang keluar melebihi tempoh haidh.
- Darah yang keluar melebihi tempoh nifas.
Langkah-langkah Yang Wajib Diambil Apabila Hendak Mengerjakan Solat
Wajib keatas perempuan yang isthadhah membasuh farajnya dan menyumbatnya
dengan umpama kapas, jika tidak kesakitan dan tidak berpuasa.
kewajibpan menyumbat disebab darahnya mengalir keluar, jika darahnya
tidak keluar, tidak perlu menyumbatnya. Jika tidak memadai dengan sumbat
sebab banyak darah dan tiada tertahan darah melainkan dengan cawat,
maka wajib ia mencawatnya apabila tidak kesakitan.Adapun jika kesakitan dengan sumbat atau cawat, tiada wajib kedua pekara itu. Dan jika ia berpuasa maka wajib atasnya meningalkan sumbat pada siang hari. Kemudian jika keluar darah setelah disumbat dan bercawat dengan ketidan cuai pada menyumbat dan mengikat cawat maka tidak mengapa, jika ada keluar darah.
Selepas itu hendaklah ia mengambil wuduk atau tayamum, jika ia memerlukan tayamum. Hendaklah kesemua ini dilakukan didalam waktu sembahyang. Tidak memadai dilakukan pekara ini sebelum masuk waktu. Dan wajib empat pekara ini dengan tertib seperti yang tersebut itu dan hendaklah dilakukan dengan segera.
Kemudian hendaklah ia bersegera sembahyang, kerana mengurangkan hadas semungkin yang boleh. Tidak mengapa terlambat sedikit kerana maslaha sembahyang / pekara yang bergantung dengan sembahyang, seperti menutup aurat, menanti sembahyang berjemaah, menjawab orang bang dan ikamah dan baranng sebagainya daripada segala kesempurnaan sembahyang yang dituntut mengerjakannya. Jika dia terlambat bukan kerana maslaha sembahyang seperti makan batal wuduknya atau tayamum maka wajib dia mengulangi prkara di atas yani membasuh faraj, sumbat, cawat dan wuduk.
Wajib pula dia ulang membasuh farajnya, sumbat serta cawat dan berwuduk atau tayamum apabila ia hendak sembahyang fardu yang lain, demikianlah seteusnya pada sembahyang yang lain, sekalipun tidak tangal cawatnya dan tiada kesan darah pada tepi cawat. Adapun sembahyang sunat, tida perlu dia mengulang pakara yang tersebut itu.
Semua itu wajib diulang sekiranya darah ada pada cawat. sekiranaya tiada darah sama sekali maka hendaklah dia mengikat cawatnya sahaja dan jika ada darah tetapi darah itu dimaafkan maka dia wajib mengikatnya dan wajib mengambil wuduk.
Cara Membezakan Sifat Darah
Darah haidh dapat dibezakan daripada darah istihadhah dengan beberapa sifat
- Perbezan pada warna maka warna yang terlebih kuat adalah hitam kemudian merah kemudian keemasan bercampur merah kemudian kuning kemudian keruh.
- Perbezan pekat atau cair darah maka yang pekat terlebih kuat daripada yang cair.
- Perbezan pada bau maka yang berbau busuk terlebih kuat daripada yang kurang baunya.
- Yang bersifat dengan dua sifat seperti hitam lagi pekat atau bau busuk terlebih kuat daripada yang bersipat dengan satu sifat seperti hitam sahaja.
- Yang bersifat dengan tiga sifat seperti hitam, pekat lagi berbau busuk terlebih kuat daripada yang bersifat dengan dua sifat.
- Apabila bertembung dua darah yang sama kuatnya seperti darah hitam serta pekat bertembung dengan hitam serta bau busuk maka yang terlebih dahulu itulah yang kuat.
Jika berhimpun darah yang kuat seperti hitam dan yag dhaif seperti merah dan yang terlebih dhaif seperti kuning maka kesemua darah itu dikira haidh dengan tiga syarat
- Terdahulu darah yang kuat daripada yang dhaif.
- Hendaklah berhubong sekelian darah itu.
- Tidak melebihi perhimpunan sekelian darah itu daripada lima belas hari.
Apabila sifat darah yang berlainan melebihi lima belas hari, maka sifat yang melebih lima belas hari bukanlah haidh. Seperti melihat mereka itu aka darah berwarna hitam lapan hari kemudian enam belas hari berwarna merah, maka darah hitam adalah haidh dan darah merah bukannya haidh. Dengan itu mereke kedatangan haidh hanya lapan hari. Lagi akan datang keterangannya pada tajuk Masalah masalah yang boleh terjadi semasa seorang wanita berhaidh, إن شاء الّلة تعالى
Syarat Tamyiz (Membezakan Sifat Darah)
Seorang wanita yang kedatangan darah berterusan dan darahnya berlainan sifat seperti hitam kemudian merah maka jika kita hukumkan darah yang kuat sebagai haidh hendaklah dengan tiga syarat.
- Tidak kurang darah yang kuat daripada sehari semalam
- Tidak melampau darah yang kuat daripada sebanyak-banyak haidh
- Tidak kurang darah daif daripada sekurang-kurang suci / lima belas hari lima belas malam serta berturut.
Syarat yang ketiga tempatnya apabila berkekalan darah, adapun jika putus ia seperti melihat perempuan darah hitam sepuloh hari kemudian darah merah sepuloh hari kemudian berhenti darahnya maka hendaklah ia mengamalkan perbezan darah.
Keadaaan-keadaan Wanita Mustahadhah
Apabila seorang wanita kedatangan darah melebihi sebanyak-banyak haidh maka padanya jadi bercampur antara darah haidh dan istihadhah yang memungkinkan salah satu daripada tujuh keadan;
- Wanita yang pertama kali kedatangan haidh dapat membezakan sifat darahnya. Contohnya seorang perempuan kedatagan darah yang kuat seperti berwarna hitam sepuloh hari kemudian bertukar darah yang lemah seperti merah untuk beberapa lama maka darah hitam adalah haidh dan darah merah darah istihadhah dengan syarat tidak kurang darah yang kuat daripada sekurang-kurang haidh, tidak melebehi ia sebanyak-banyak haidh dan tidak kurang darah yang daif daripada sekurang-kurang suci.
- Wanita yang pertama kali datang haidh tidak dapat membeza darah yang keluar / tidak ada syarat tamyiz seperti merah sekeliannya hinga beberapa bulan maka haidhnya sehari semalam sahaja dan darah yang lain istihadhah
- Wanita yang pernah datang haidh / beradat datang haidh, kemudian datang darah beterusan dan dia dapat membezakan sifat darahnya maka hendaklah ia mengira haidhnya mengikut sifat yang tidak melebehi sebanyak-banyak haidh. Seperti hitam lima hari pada permulannya kemudian tujuh hari darah berwarna merah dan mengiringi darah berwarna kuning beterusan, maka darah hitam dan merah adalah haidh dan darah yang berwarna kuning darah istihadhah.
- Wanita yang pernah kedatangan haidh sebelum berlaku istihadhah dan ia tidak dapat membezakan sifat darah yang keluar, tetapi ia Ingat tempoh haidh seperti tiga hari, tujuh hari atau sebagainya dan ingat masanya, seperti awal bulan, pertengahan bulan atau akhirnya maka Ia dikehendaki mengikut adat hidh dan sucinya pada kadar dan waktunya. Misalnya perempuan yang kedatangan darah lima hari pada awal bulan, bulan yang pertama, kemudian pada bulan yang kedua darahnya berterusan / isthadhah, maka darah haidhnya lima hari pada tiap-tiap awal bulan sementara baki darah yang keluar adalah isthadhah. Yang dikehendaki dengan adat disini memada sekali datang haidh atau berulang-ulang adatnya. Wanita yang adatnya berkekalan lima hari pada tiap-tiap bulan kemudian berpindah adatnya kepada enam hari pada satu bulan sebelum isthadhah, kemudian isthadhah ia maka dihitungkan haidhnya mengikut bulan sebelum dia kedatangan isthadhah iaitu enam hari. Adapun jika adatnya berlain-lainan lagi teratur dan berulang duakali tiap-tiap satu, seperti berhaidh ia pada bulan yang pertama tiga hari, bulan ke dua lima hari,bulan ke tiga tujuh hari, bulan ke empat tiga hari bulan ke lima lima hari, bulan ke enam tujuh hari dan bulan seterusnya isthadhah, Maka bulan yang ke tujuh dihukumkan haidhnya tiga hari, bulan ke lapan lima hari dan bulan yang ke sembilan tujuh hari begitu lah seterusnya pusingan hukumnya. Maka jika tidak berulang dua adatnya, seperti mula isthadhahnya pada bulan yang ke empat seperti misal di atas hendaklah dikira haidhnya bulan yang sebelum datang isthadhah yaitu tujuh hari, jika tahu seorang masanya.
- Perempuan yang ingat tempoh haidh tidak ingat masa kedatangan haida maka ia dipangil mutahairah, lihat pada tajuk mutahairah.
- Perempuan yang ingat masa tdak tempuh, lihat pada tajuk mutahairah
- Perempuan yang tidak ingat tempuh dan masa di pangil mutahairah mutlaqah. Lihat pada mutahayyirah
Ringkasan: Keadaan Perempuan Yang Musthadhah
Permulan datang darah terbahagi kepada dua;
- Dapat membezakan sifat darah, maka haidhnya mengikut perbezan darah.
- Tidak dapat membezakan sifat darah, maka haidhnya sehari semalam
- Dapat membezakan sifat darah, haidhnya mengikut perbezan darah
- Tidak dapat membezakan sifat darah ada empat
- Ingat kadar dan waktu, haidhnya mengikut adat kedatangan darah
- Ingat kadar lupa waktu, mutahayyirah ( نَسِيئَة ) lalai
- Ingat waktu lupa kadar, mutahayyirah ( نَسِيئَة ) lalai
- Lupa keduanya, mutahayyirah ( مُطْلَقَة ) mutlakah
Dengan semata-mata melihat perempuan akan darah pada masa yang patut haidh, Wajib atasnya meningalkan sembahayang, puasa dan sebagainya dari pada suatu yang haram dikerjakan pada ketika haidh.
Kemudian jika putus darahnya sebelum sehari semalam, nyatalah darah yang keluar itu bukan haidh, maka wajib atasnya mengqada`kan sembahayang dan puasa yang luput semasa kedatangan darah. Adapun jika putus darah itu kemudian daripada sehari semalam, maka nyatalah darah yang keluar itu adalah haidh.
Dengan semata-mata putus darah wajiblah dia mandi kerana mengarjakan ibadah seperti sembahayang dan sebagainya.kemudian apabila kembali darah sebelum genap lima belas hari serta malamnya wajib pula ia meningalkan sembahayang dan sebagainya dari pada pekara yang mensyaratkan bersuci.
Jika putus pula wajib ia mandi dan sembahayang dan puasa hinga melebehi lima belas hari; pada ketika itu ia kembali kepada kebiasan haidh jika ia pernah kedatangan haidh sebelum ini atau pun dihukumkan darah haidhnya sehari semalam sahaja.
Jika dia belum pernah kedatangan haidh,adapun darah yang tidak melebihi lima belas hari nyatalah bahawa tiap-tiap daripada darah dan selang-selang yang tidak ada darah dikira perempuan itu dalam haidh, maka bulan seterusnya hendaklah dikerjakan hukum haidh seperti sebelumnya. Maknanya perempuan itu hendak lah meningalkan sembahayang, puasa dan sebagainya walau pun pada ketika suci yang menyelangi antara dua haidh. Waallahu'alam.
sumber