-->

Tips kempiskan perut

Tips kempiskan perut- Ketahui 5 langkah untuk elak perut borai...

Tips kempiskan perut



5 langkah untuk mengelakkan perut boroi:

1. Senaman Kardio - Anda perlu melakukan senaman kardio untuk menyingkirkan lemak degil yang terkumpul. Seelok-eloknya lakukan senaman berintensiti rendah terlebih dahulu. Jangan terus melakukan senaman berintensiti tinggi kerana dikhuatiri anda tidak mampu mengikutinya atau mudah bosan dengan aktiviti latihan kardio. Bila anda mula berasa bosan, anda akan berasa malas untuk melakukannya kerana menganggap ianya membebankan!

2. Cari Masa Untuk Banyakkan Pergerakan - Mulakan dengan menetapkan jumlah langkah yang perlu dicapai setiap hari. Anda boleh cuba menggunakan tangga berbanding lif untuk meningkatkan pergerakan dan kiraan langkah anda setiap hari.

3. Pilih Menu Sihat - Titikberatkan jumlah dan keperluan kalori yang diambil. Anda boleh tentukan keperluan kalori anda dengan formula berikut: Berat badan semasa (kg) didarabkan dengan faktor seperti Jadual 1 mengikut status berat badan dan aktiviti fizikal.
Contoh pengiraan:

4. Makan Sajian Serat Tinggi dan Protein Rendah Lemak - Penting untuk anda memakan buah-buahan, sayuran-sayuran, bijirin penuh dan protein yang mengandungi rendah lemak. Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan mengandungi gula, tepung gandum yang diperkaya dan lemak tepu.

5. Rehat Secukupnya - Jika badan anda tidak mendapat rehat yang secukupnya, kebarangkalian proses penyingkiran lemak akan menjadi lebih sukar. Jadi, amatlah penting untuk mendapatkan tidur yang cukup (sekurang-kurangnya 8 jam sehari) supaya badan anda dapat menyingkirkan lemak sepanjang ia berehat.



5 makanan untuk mengatasi perut boroi:

1. Tomato - Tomato bukan saja bertindak sebagai penambah perisa makanan, malah ia membantu mengurangkan lemak pada perut. Ini kerana fungsi tomato dapat mengurangkan air yang merebak di sekitar bahagian bawah perut. Selain itu, tomato juga diperkayai sumber vitamin A, C dan K serta mempunyai tahap potasium yang tinggi.

2. Tembikai - Buah tembikai bukan sekadar sedap dan menyegarkan, ia juga menyihatkan badan kerana kandungannya dipenuhi nutrisi dan mineral dengan jumlah kalori yang sedikit. Anda mahukan tips untuk makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi masih boleh kenyang? Makanlah tembikai sebelum makan. Kandungan air di dalam tembikai yang tinggi boleh mengurangkan lemak dan mengisi perut anda yang lapar seterusnya mengelakkan anda dari makan terlalu banyak.




3. Betik - Betik bukan sahaja murah, ia juga mudah untuk diperolehi di kedai atau pasar raya. Kandungan enzim papain di dalam betik dapat memperbaiki sistem pencernaan. Enzim ini juga membantu menghadam makanan dengan cepat seterusnya mengurangkan lemak di perut anda.

4. Minyak Zaitun - Kandungan asid di dalam minyak zaitun yang dikenali sebagai asid oleik membantu menghapuskan lemak berlebihan dalam badan. Asid lemak di dalam minyak zaitun juga boleh mengekalkan paras gula dalam darah. Jadi mulai hari ini, gantikan minyak masak dengan minyak zaitun dalam penyediaan makanan anda untuk menu yang lebih sihat.

5. Pisang - Potasium di dalam pisang membantu anda menghilangkan rasa lapar dan anda boleh menikmatinya sebanyak mungkin tanpa risaukan berat badan meningkat.



Visit: Wansite
Kredit : https://www.aia.com.my/
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (33) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (120) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (6) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar