-->

Kereta Peugeot akan masuk di malaysia pada tahun 2013



Nasim Sdn Bhd, Pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia bakal membawa masuk model pertamanya untuk tahun 2013 ini menerusi Peugeot 208 pertengahan bulan ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Nasim, Datuk Samson Anand George, model serba baharu 208 itu menggantikan ikon sebelumnya seperti 205 dan 206 yang didatangkan dengan dua varian iaitu lima pintu atau tiga pintu.

“Menerima anugerah Car of the Year di Eropah, kami menjangkakan kejayaan 208 di pasaran Malaysia dengan sasaran jualan 8000 unit di mana mewakili 30 peratus peningkatan berbanding 2012,” katanya.

Kedua-dua varian 208 dilengkapi enjin 1.6 liter VTi yang menghasilkan kuasa 122PS dan tork 160Nm. Kereta hatchback berkenaan dikatakan menghasilkan kecekapan bahan bakar pada 6.7 liter per 100 kilometer .

Model terlaris tersebut dilengkapi ciri-ciri standard aktif dan pasif di mana kereta pertama dalam segmennya yang meraih 5 bintang EURO NCAP serta didatangkan dengan enam beg udara, ABS, EBA, EBD, ESP, DSC dan ASR.
Sementara itu bagi yang memilih model premium, pelanggan akan menerima lampu signatur LED untuk hadapan dan belakang, skrin sentuh HD berwarna 7 inci, paparan LCD panel berwarna, pendingin hawa dua zon automatik digital dan tidak lupa sambungan Bluetooth, USB, iPod, iPhone dan Android dengan sistem audio Arkamys 3D.

Model baru Peugeot 208 berkenaan akan dipamerkan pada Nasim Let Your Body Drive Tour bermula di Queensbay Mall, Pulau Pinang pada 3 hingga 7 April dan pusat membeli belah One Utama di Petaling Jaya (10 hingga 14 April).
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar