-->

Wanita masak dan makan sambil tidur


Pernahkah anda mendengar orang yang tidur dan berjalan-jalan melewati setiap bilik di dalam rumah? Atau seseorang yang terbangun di tengah malam dan pergi ke tandas dengan mata terpejam? Lesley Cusack bukan sekadar berjalan sambil tidur tetapi juga makan dan memasak dengan mata terpejam. 


Dikutip dari Dailymail Rabu (24/4/2013) Lesley mengaku dirinya memiliki 'pesta' tengah malam yang membuatnya mengambil 2,500 kalori. Namun 'pesta' itu dijalaninya sambil tidur. Lesley yang berusia 55 tahun itu menyebut keadaannya mengambil makanan dan snek setiap malam dari peti ais dalam keadaan tidur adalah sebuah keadaan perubatan yang jarang berlaku.Ibu tiga anak ini berkata pada pagi hari dia akan memungut sisa-sisa makanan dan bungkus kosong yang bertaburan di sekitar rumahnya. Itulah sisa makanan dan bungkus makanan yang dimakannya semalam dalam keadaan tidur. Tak hanya makan, Lesley juga memotong sayur-sayuran, menyalakan dapur gas, dan memasak makanan sambil tidur.Anehnya lagi, Lesley juga sempat cuba memakan cat, Vaseline, dan detergen. Kerana pengambilan kalori itu, berat badan Lesley kini membesar hingga 102 kilogram. 

 Agar tak semakin gemok, dia hanya makan buah-buahan dan salad di siang hari dan menyertai kelab arobik.Doktor belum boleh memberikan penjelasan atas keadaan Lesley, namun Lesley percaya dia menderita sindrom yang disebut Nocturnal Sleep-Related Eating Disorder (NSRED). "Saya mencari banyak sampah di bawah tangga, tetapi saya tak menyedari kalau itu perbuatan saya. Sementara itu, ketika saya menyedarinya, saya merasa malu dan bersalah," ujarnya.Lesley mendedahkan ada saat di mana ia sangat tertekan dan cuba menyembunyikan penyakitnya selama bertahun-tahun. Namun baru-baru ini Lesley memutuskan untuk memberi tahu keluarga dan mencari bantuan perubatan.Akibat melakukan beberapa aktiviti di malam hari sambil tidur, beberapa gigi Lesley patah dan bahkan dia kerap mencari lebam di tubuhnya lantaran melanggar mesin pendingin di rumahnya."Saya sangat ketakutan ketika membayangkan membiarkan pintu terbuka dan mengalami kemalangan di luar rumah," ujarnya.Menggunakan dapur, cerek, dan pisau yang tajam sambil tertidur tentu bukan pekerjaan yang selamat. Dia yakin bahaya serius tinggal menunggu waktu."Saya mencari tin-tin atau bungkus-bungkus makanan yang telah terbuka dan saya benar-benar bingung apakah saya telah memakan beberapa dari makanan tersebut," tambahnya.

Untuk mengatasi kebiasaannya itu, Lesley telah memasang penggera di pintu rumah. Dia berharap akan terbangun saat penggera berbunyi. Tapi rupanya secara automatik ia mematikan penggera itu dalam keadaan tertidur.
Hal terburuk yang ia tahu adalah ketika ia memakan cat, Vaseline, sirap ubat batuk, kentang mentah dan serbuk detergen. Saat terbangun dia pun terkejut melihat sisa-sisa barang yang dimakan itu di mulutnya.Terjaga di malam hari, terbangun kerana kerana perut, merasa sakit dan akhirnya mencari makanan ketika tidur adalah hal biasa. Tetapi untuk kes Lesley, dr Paul Reading, Pemimpin dari The British Sleep Society dan seorang perunding saraf di James Cook University Hospital, Middlesbrough, berkata ini adalah kes yang jarang berlaku tetapi tidak banyak diketahui."Proporsi orang dewasa ketika mengalami 'sleep-walkers' adalah ia akan mengambil bahkan memasak selagi tidur, malahan seringkali megonsumsi makanan yang biasanya tidak mereka sukai," ujar dr Paul. 


Peningkatan berat badan dan rasa bersalah adalah akibat umum dari keadaan tersebut. Saat ini Lesley sedang menunggu untuk bertemu seorang pakar yang ia harapkan dapat mengesahkan penyakit NSRED-nya."Hidup dengan sesuatu yang tak seorang pun tahu tetapi memberi kesan pada hidup saya itu terkadang seperti sesuatu yang tak mungkin dapat diatasi," ucap Lesley yang percaya bahawa ada banyak orang yang mengalami sama
sumber


NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar