Akibat Tarik Diri - Rita Rudaini Diarah Bayar Ganti Rugi RM100,000
Rita Rudaini |
KUALA LUMPUR: Tindakan Rita Rudaini menarik diri selepas hanya empat hari penggambaran membawa padah apabila artis tersebut diminta pihak produksi untuk membayar ganti rugi mencecah RM100,000.
Rita membuat keputusan itu selepas merasakan janji yang dipersetujui tidak dipatuhi sebuah syarikat produksi.
Tambahnya, syarikat produksi terbabit tidak professional kerana tidak mampu menyusun jadual pelakon dan kostum dengan betul dan efektif.
Pelakon drama dan filem ini juga menyifatkan tuntutan pihak produksi tidak masuk akal berikutan dia diminta untuk menampung kos pembikinan semula drama terbabit.
“Bagi saya memang tak masuk akal diminta membayar wang tuntutan sebanyak itu, tambahan saya baru melakukan beberapa babak dalam penerbitan produksi,” kata Rita.
Justeru, Rita bertindak meminta bantuan Persatuan Seniman Malaysia untuk mewakilinya kerana gagal untuk bersemuka dengan penerbit secara baik.
“Saya harap Persatuan Seniman mampu menjadi orang tengah sekaligus menyelesaikan kemelut ini dengan baik,” tambahnya - Astro Awani
sumber