-->

Tips persediaan mengundi

Panduan Mengundi 
Syarat-syarat mendaftar sebagai pengundi ialah: 
• Warganegara Malaysia  • Berumur 21 tahun ke atas.  • Bermastautin di mana-mana bahagian pilihan raya  • (Mengikut alamat dalam kad pengenalan)  • Tidak hilang Kelayakan sebagai pemilih sebagaimana diperuntukkan di dalam undang-undang 
 

Tip Mengundi  • Memeriksa nama anda dalam daftar pemilih sebelum ke tempat mengundi. Semakan boleh dibuat melalui Daftar Pemilih di Tempat Mengundi atau di Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri atau melalui laman web SPR dua minggu sebelum hari mengundi. 
Laman Web SPR- http://www.spr.gov.my
• Datang awal ke tempat mengundi dan bawa salah satu dari dokumen-dokumen berikut :  - Kad Pengenalan atau  - Pasport Terhad atau  - Pasport Antarabangsa atau  - Resit Kad Pengenalan Sementara Bergambar (JPN 1/9) atau  - Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan Bergambar (JPN 1/11) atau  - Lesen Memandu.  • Undi anda amat dihargai. Dalam pemerintahan demokrasi, tiada sesuatu atau seseorang pun yang  boleh menghalang anda dari membuang undi.  • Dalam pusat mengundi, semak nama anda dengan Kerani Penyemak Daftar Pemilih dan tunjukkan Dokumen Pengenalan Diri seperti Kad Pengenalan dan sebagainya.  • Apabila disahkan anda adalah pemilih berdaftar, anda akan diberi slip menyatakan nombor siri daftar dan saluran mengundi anda.  • Terus ke saluran mengundi. Tunjukkan slip anda kepada kerani pengundian pertama yang akan meneriakkan nama dan nombor Kad Pengenalan atau nombor siri anda. Kerani kedua akan mengeluarkan kertas undi anda yang telah terlipat dua dan menyerahkannya kepada kerani ketiga yang akan menindik kertas undi tersebut. 
• Setelah diberi kertas undi, maju ke petak undi dan turunkan tanda “X” pada petak kosong di atas kertas undi anda bersebelahan nama dan simbol calon yang anda pilih.  • Lipat kertas undi anda dan masukkan ke dalam peti undi  • Keluarlah melalui pintu yang disediakan.  • Peraturan Mengundi  • Beratur  • Sentiasa senyap di kawasan pusat mengundi  • Mengundi hanya sekali  • Bagi Pemilih yang cacat penglihatan atau cacat anggota boleh mengundi. Mereka mesti hadir ke pusat mengundi dengan ditemani oleh ibu, bapa, abang, adik, suami atau isteri yang telah diberikan kuasa untuk mengundi bagi pihak mereka. Wakil ini mesti menandatangani 
Perisytiharan identiti.  • Pemilih cacat penglihatan dan cacat anggota yang tidak ditemani saudara juga juga boleh mengundi.  Mereka boleh meminta pertolongan Ketua Tempat Mengundi untuk membantu mereka membuang  undi. 
Yang Tidak harus Dilakukan  • Jangan menerima sebarang imbuhan berupa wang atau barangan  • Jangan masuk ke pusat mengundi memakai lencana atau simbol parti yang besar.  • Jangan berbual-bual atau bertanya ketika di dalam saluran mengundi. Dapatkan pertolongan Ketua Tempat Mengundi sekiranya anda perlukan bantuan.  • Jangan mengambil masa terlalu lama untuk membuang undi.  • Jangan bazirkan kertas undi anda.  • Jangan tunjukkan kertas undi kepada sesiapa setelah anda selesai mengundi.  - Anda hanya mengundi sekali sahaja dalam satu-satu pilihan raya.  • Jangan mengundi lebih dari sekali kerana tindakan itu adalah satu kesalahan yang besar. 
Pendaftaran Pemilih  Pendaftaran pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu membolehkan 
Pemilih Berdaftar yang bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam daftar pemilih yang sudah disahkan. 
Mendaftar Sebagai Pemilih  Untuk mendapatkan hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara. 
Tempoh Pendaftaran Pemilih  Melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (SPPST), pendaftaran pemilih boleh dibuat sepanjang tahun. 
Bagaimana Untuk Mendaftar  Pergi ke pusat-pusat pendaftaran:  • Bawa bersama Kad Pengenalan ( My Kad) anda;  • Mengisi borang permohonan (Borang A ).  • Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang  • Simpan satu salinan borang berkenaaan sebagai bukti pendaftaran  • Pusat-pusat Pendaftaran pemilih  i) Kaunter Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya  ii) Kaunter pejabat-pejabat pilihanraya negeri  iii) Kaunter pejabat-pejabat pos berkomputer 
Unit Bergerak  i) Unit Bergerak Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri  ii) Penolong Pendaftar (Wakil-wakil Jabatan kerajaan)  iii) Penolong Pendaftar (Wakil-wakil parti politik) Nombor Telefon Pejabat Pilihanraya Negeri  Negeri Nombor Telefon  Perlis 04 - 9761180 Kedah 04 - 7331332  Kelantan 09 - 7482510  Terengganu 09 - 6221218  Pulau Pinang 04 - 2617692  Perak 05 - 2544195  Pahang 09 - 5165025  Selangor 03 - 55194273  Wilayah Persekutuan 03 – 26811050  Negeri . Sembilan 03 - 7639975  Melaka 06 - 2824124  Johor 07 – 2243516  Sabah 088 – 488588  Sarawak 082 - 254867  Laman Web : www.spr.gov.my  E- mail : spr@spr.gov.my 
Bagaimana Hendak Menyemak Status Pendaftaran Anda:  Seseorang pemilih boleh menyemak status pendaftaran melalui cara-cara berikut: 
• Melalui laman web SPR di http://www.spr.gov.my
• Melalui semakan itu, pemilih akan memperolehi maklumat-maklumat berik
• Melalui semakan itu, pemilih akan memperolehi maklumat-maklumat berikut:  i) Nama,  ii) Nombor K/P ( baru dan lama; jika ada) :  iii) Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri, daerah mengundi dan lokaliti.  • Datang sendiri ke Ibu Pejabat SPR atau ke Pejabat Pilihan Raya Negeri  • Menyemak Buku Daftar Pemilih yang dijual oleh SPR  • Menelefon ke Ibu Pejabat SPR atau Pejabat Pilihan Raya Negeri  • Melalui Unit Bergerak SPR 
Untuk makluman lanjut, sila layari laman web SPR di http: //www.spr.gov.my atau hubungi:  Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia  Aras 4 – 5 Blok C7  Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan  62690 Putrajaya  Tel : 03-88856500 
Sumber Maklumat: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia 

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar