Beranikah anda memeluk hantu hanya ingin menjadi kaya? Bagiku tidak sama sekali. Biarlah aku tidak menjadi kaya. Untuk emmeluk lembaga yang menyeramkan itu tidak sama sekali. aku tak berani! Aku dibesarkan disbuah kampung dijalan Greja, Bedok Road. Disana memang terdapat beberapa kawasan tanah perkuburan. Oleh itu, boleh dikatakan ian sentiasa berhantu.
Aku memang suka merayap malam bersama teman untuk bermain ditepi laut, berhampiran dengan Bedok Rest House, tidak jauh dari sebuah kubu jepun. Disitulah kami sering bermain main hingga jam 9 atau 10 malam sebelum pulang ke rumah. Pada suatu malam jumaat, setelah penat bermain dikubu itu, kami pulang kerumah. Rumahku jauh dipendalaman. Pada masa itu rumah rumah hanya diterangi dengan lampu pam atau lampu pelita.
Lorong tempat aku berjalan pulang tidak berlampu, Ia hanya diterangi oleh cahaya bulan yang baru hendak mengambang. Selepas sebuah, sebuah rumah aku lintasi . Penghuni rumah kebanyakkannya sudah lena dibuai mimpi. Aku kemudian melintasi sebuah kawasan perkuburan lama. Sedang aku berjalan jalan tiba tiba aku direjam dengan pasir. Mulannya aku tidak pedulikan gangguan itu kerana sangkaku ia hanyalah gurauan teman teman. Aku terus berjalan.
Tiba tiba pokok buluh dipinggir kawasan perkuburan itu bergoyang walaupun tanpa ditiup angin. Kemudia aku terdengar sesuatu bergolek dibelakangku. Aku berhenti seketika dan menoleh kebelakang. Dibawah cahaya bulan yang samar samar dilindungi oleh pokok pokok aku terlihat seperti bantak peluk terguling guling. Aku tidak menghiraukannya dan terus berjalan. Benda itu terus berguling. Aku menoleh dan terus menuju ke arah benda itu.
Anehnya benda itu bergolek ke belakang. Apabila aku berhenti benda itu berhenti juga sambil bergolek golek kedepan dan kebelakang. Entah macam mana, tiba tiba bulu romaku tegak berdiri, aku berundur perlahan lahan dan membuka langkah seribu. Benda itu terus berguling dan mengejarku. Sampai kerumah aku mengetuk pintu dapur dengan kuat. Arwah nenekku membuka pintu dan berasa hairan melihat telatahku. Veliau bertanya mengapa aku meluru masuk dan apakah benda yang mengejarku. Aku menceritakan pada nenek apa yang terjadi.
Nenekku tidak pulak menunjukkan rasa cemas atau taut, malah katanya, aku bodoh, menolak tuah. Aku hairang dengan kata kata nya itu. Menurut beliau benda yang terguking itu adalah hantu gulung. Hantu itu tidak manggangu orang. Malah kalau aku berani memeluk hantu itu kuat kuat hantu itu akan minta dilepaskan.
Sebelum melepaskannya, orang yang memeluk hantu itu boleh meminta apa saja dan hantu itu aklan memberinya. kalau hantu itu dikerat kerat dengan parang akan bertukar manjadi emas.
Sejak peristiwa itu aku tidak keluar rumah dalam beberapa hari.
kreadit