-->

Misteri wanita berlumuran darah

Satu kisah seram untuk anda...




Bunyi dentuman petir yang kuat diikuti dengan kilat sabung menyabung mengejutkan Mazni yang sedang leka mengulang kaji pelajaran. Pucat lesi muka anak dara berusia 17 tahun itu kerana terperanjat. Mazni bingkas bangun. Rasa takut menyelubungi segenap sanubari gadis manis berambut ikal mayang itu. Bunyi desiran air hujan dimalam hari tu tambah meresahkan hatinya menyebabkan mazni berasa tidak betah berlama lama biliknya . Tanpa menutup lampu bilik dia terus ke ruang tamu dan duduk memeluk tubuh disofa. , matanya nerenung jauh entah ke mana.


 Malam itu mazni sendirian dirumah. Ibu dan ayah serta dua orang adiknya ke rumah Pak Langnya ada kenduri doaselamat pada malam itu. Mazni enggan pergi dengan alasan hendak mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan Sijil Peoeriksaan Malaysia sudah hampir. Sebelum pergi, ibunya mengingatkan bahawa mereka mungkin pulang agak lewat kerana mahu menolong apa yang patut. Ibunya jugak berpesan agar mazni tidak lupa mengunci semua pintu dan tingkap . Sebaik sahaja mereka pergi, mazni segera mengunci pintu dan tingkap. Kemudia dia terus berkurung didalam bilik nya dan mengulang kaji pelajaran. Ketika sedang asyik menelaah, hujan turun dengan lebatnya diselangi kilat sabung meyabung. Kesunyianyang begitu mencengkam tiba tiba mengubdang resah dan takut dihati mazni. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam .


 Mazni masih berteleku di sofa. Hendak menonton televisyen bagi menghilangkan kesunyian, kilat dan petir yang masih berdentum dan sabung menyabung menyebabkan hasratnya itu terhalang. Saat itu timbul rasa kesal kerana menolak pelawaan ibu dan ayah nya tadi. "AH kenapalah lambat sangat ayah dan ibu balik ni." keluhnya untuk sekelian kali. Untuk menghilangkan rasa takut, mazni membaca ayat kursi dan beberapa ayat al-quran yang lain. Namun rasa cemas yang tak kunjung hilang itu menyebabkan dia akhirnya mengambil keputusan untuk tidur. Baru sahaja hendak merebahkan badan Mazni terdengar satu dentuman yang sangat kuat. Untuk menyedapkan hati dia membuat andaian itu adalah bunyi petir. Tiba tiba telinganya menangkap bunyi pintu rumah diketuk orang. Apabila dibuka tiada sesiapa diluar.

 Mazni menutup semula pintu tetapi ketuka berbunyi lagi. Sebaik sahaja pintu dibuka, mazni melihat seorang wanita berusia dalam lingkungan dua puluhan berdiri didepannya. Wanita itu basah kuyup dan dia mengendong seorang bayi. Bajunya koyak dan ada kesan darah. "Maaf, kereta kakak rosak terlanggar pembahagi jalan disimpang sana. Boleh kakak tumpang berteduh sebentar dik?" kata wanita itu memecah kesunyian. Suaranya begitu perlahan hampir tak kedengaran. "EH, masuklah kak," kata mazni seolah olah baru tersedar dari khayalan. Setelah mepersilakan wanita itu dududk disofa, mazni lantas kebilik ibunya mancari pakaian untuk mengantikkan pakaian wanita itu yang lencun dek hujan. Juga mencari tuala bagi membalut tubuh anak wanita itu. Sementara wanita itu bersalin pakaian mazni bergegas kedapur menyadiakan minuma panas untuk mereka. "Maaf menyusahkan adik," kata wanita tadi sebaik sahaja mazni meletakkan secawan nescafe panas didepannya. "Tak apa. Sekurang kurangnnya saya ada kawan," jawab mazni sambil mengerling bayi wanita itu yang senyap sahaja sejak tadi. Mungkin sudah tertidur agaknya. Tidak banyak yang dibualkan oleh mereka berdua. Biar pun banyak yang ingin ditanyakan oleh mazni, tetapi mulutnya bagaikan terkunci. Sedangkan wanita itu seolah olah lebih senang menyendiri.

 Mungkian dia ada masalah. apabila melihat wajah wanita itu yang seolah olah dalam kesedihan. Tiba tiba," Maaf dik. Kakak kena pergi sekarang." kata wanita itu sambil meluru keluar. Mazni tidak sempat menahan dan hanya mampu memandang sambil terpinga pinga. Beberapa minit kemudia kedengaran daun pintu diketuk orang. "Mesti kakak tadi. Ha itulah. Hujan belum berhenti dah nak pergi," omel mazni dalam hati sambil berlari mahu mambuka pintu. Namun alangkah terkejutnya mazni apabila melihat seorang wanita berlumuran darah sedang mendukung bayi yang pecah kepalanya tercegat didepannya. Wajahnya amat menakutkan. Dia seolah olah berada dalam kesakitan dan inginkan bantuan. Tubuh mazni menggeletar dan akhirmya dia rebah tidak sedarkan diri . Ketika membuka mata, sayup sayup mazni mendengar suara ibu bertanyakan apa yang sudah berlaku. Tetapi mazni tidak mampu menjawab. Dia hanya memeluk erat ibnunya sambil menagis semahu mahunya. Keesokan pagi, sambil bersarapanpagi ibunya menceritakan satu kemalangan ngeri yang berlakudekat simpang berhampiran rumah mereka.

 "Kasihan pemandu wanita dan bayinya meninggal. Tu sebab kami terlewat semalam.." Hati mazni berdebar debar mendengar kata kata ibunya. Dan debarab itu tambah kencangbila ayahnua menyampuk. "Berita kemalangan tu ada dalam akhbar hari ini. Gambar perempuan itu dengan anaknya pun ada. Nah tengok," katanya sambil menghulurkan suratkhabar itu kepada mazni. Denga tangan menggeletar akhbar itu disambut. Tidak salah lagi memang itulah wanita dan anaknya yang datang berkunjung kerumahnya malam tadi. 

+++
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar