Nissan Livina X-Gear |
Kualiti diberi membuatkan Grand Livina mencapai kejayaan membanggakan selepas dinobatkan sebagai MPV bukan nasional paling laris di Malaysia.
Kesinambungan kejayaan itu, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Sdn Bhd memperkembangkan barisan produknya selepas memperkenalkan Nissan Livina X-Gear sebagai model ‘crossover’ dengan pemasangan tempatan (CKD) dalam segmen B.
Istilah ‘crossover’ merujuk kepada kenderaan yang menggabungkan pemanduan sebuah kereta sedan dengan gaya kenderaan sport utiliti (SUV).
Bahagian Dalaman Meter |
Ruangan Enjin |
Nissan Livina X-Gear lebih pendek kerana ia dipadankan dengan lima tempat duduk dan ruang luas pada bahagian belakangnya.
Ia mempunyai ukuran badan kira-kira 0.15 meter lebih pendek daripada Grand Livina, tetapi jarak roda masih sama dan ketinggian dari tanah juga dikekalkan.
Walaupun secara mekanikal model ini berasaskan Grand Livina 1.6 liter, gaya luarannya lebih menarik dan eksklusif untuk Livina X-Gear.
Tempat Duduk |
Bentuk luarannya nampak lebar sedikit apabila dipadankan kit badan yang sporty, sekali gus membuat–kannya kelihatan garang.
Bonet dan bampar belakang jelas nampak bergaya sebagai kenderaan ‘cross–over’ untuk mereka yang gemarkan aktiviti lasak.
Selain itu, jentera ini dilengkapi palang pada bumbungnya untuk meletak barang dan mampu menampung beban seberat 25 kilogram (kg).
Bahagian dalamnya, papan pemuka dan panel meter tampak sama dengan Nissan Grand Livina selain masih mengekalkan ruang dalaman luas dan selesa.
Ia juga diserlahkan dengan tempat duduk serta kemasan pintu menggunakan fabrik Tartan.
Sementara itu, prestasi dan pengendaliannya tidak menghampakan kerana dibekalkan HRDE16 bersesaran 1.6 liter empat silinder aluminium dan mampu menjana kuasa sehingga 105 PS serta tork 150 Nm.
Bagi penulis, enjin ini cukup untuk pemanduan santai, di mana ia sesuai digunakan di dalam bandar atau pengangkutan ‘rasmi’ untuk pulang ke kampung.
Bagaimanapun, kuasa dibekalkan kepada jentera ini bertindak balas dengan cepat dan terasa ‘ringan’ sebaik saja pedal minyaknya ditekan.
Jadi penulis tidak perlu bimbang atau teragak-agak ketika mendaki bukit atau memotong kenderaan lain.
Suspensinya ditala sedikit lembut untuk memberi keselesaan kepada penumpang, tetapi ia terasa melambung apabila melalui di laluan tidak rata ketika kelajuan
tinggi.
Penulis juga tertarik de–ngan sistem stereng berkuasa elektriknya apabila terasa ringan untuk memulas tanpa memerlukan tenaga yang banyak.
Bagi mereka yang kerap pulang ke kampung, jentera ini adalah pilihan tepat kerana menawarkan keselesaan, terutama ruang kepala dan kaki.
Malah, ia disempurnakan lagi dengan tempat duduk belakang yang boleh dilipat melalui konfigurasi 60:40.
Keadaan itu menggandakan lagi ruang kargo daripada 383 kepada 769 liter apabila kerusi belakang dilipat dan ia cukup luas untuk mengisi beg serta barangan lain.
SPESIFIKASI:
ENJIN: HR16DE dengan bersesaran 1.6 liter
KUASA MAKSIMUM: 104hp pada 5,200rpm
TORK MAKSIMUM: 150Nm pada 4,400rpm
TRANSMISI: Automatik empat kelajuan dengan mengunci penukar tork
CIRI-CIRI KESELAMATAN: Beg udara berkembar, ABS, EBD dan BA
HARGA: RM84,813.50 atas jalan termasuk insurans
myMetro
sumber