-->

Tanda-tanda pasangan anda curang


Hari ini admin nak cerita tanda-tanda bagaimana untuk mengentahui pasangan kita curang pada kita :)
Sakit hatikan bila orang yang kita cintai berlaku curang pada kita..



.hmmm dibawah ini admin kongsikan untuk kita jer...


1)Selalu resah melihat jam tangan apabila bersama.
Selalunya korang dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama korang dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.


2)Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating.
Sedang asyik berdating dan masa tu korang tengah sedang berseronok, tiba-tiba si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah. Ada-ada saja sakitnya..sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! Itu mungkin antara alasan yang diberi mungkin ada lagi alasan yang lain. Hehe


3)Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.
Dulu lain sekarang dah lain.. Oke jika dulu, si dia ceria apabila korang mengajaknya keluar samada menonton wayang , makan-makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan. Mungkin juga beratus ribu alasan. Bila orang tak suka dengan kita macam2 alasan yang akan diberi. Betul tak?


4)Menjadi  cpanas baran dan sering mencari kesilapan anda
Berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan korang yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan korang sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.
Walaupun korang cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba
mencari kesilapan korang. Kadang2 walaupun korang tak buat salah pun dia akan akan tetap salahkan korang. Habis madu sepah dibuang. 

 
5)Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya
Yang ini sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit
pasangannya. Tak kira yang muda atau yang dah tua. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan korang, sudah pasti dia membenarkan korang melihat kandungan memori telefon bimbitnya
samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya.


6)Tidak lagi rajin menelefon anda
Fuss di awal percintaan, si dia asyik menelefon korang sehingga berkali-kali dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon korang walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika satu hari tidak mendengar suara korang, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak
lagi rajin menelefon korang dan ada kalanya tidak menelefon korang langsung.


7)Berubah sikap dengan ketara
Jika dulu dia romantik bersama korang, sekarang dia hambar. Jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan. Jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang
dia lebih banyak membisu.


8)Asyik lewat ketika temujanji
Korang sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah
berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya.


9)Menerima panggilan telefon secara rahsia
Sedang makan-makan bersama kekasih korang, tiba2 dia menerima panggilan telefon atau SMS.
Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan korang, kini dia menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan. Uh!...


10)Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda
Korang pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama korang sedangkan dahulu dia tidak begitu. Apabila korang bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu mengganggu masanya bersama korang.


Pesanan : setialah pada pasangan kita dan bersyukurlah sebab kita dah ada pasangan.Kat luar sana tu ramai lagi hidup solo memanjang :)


NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar