-->

Elfira Loy hanya rakan artis zizan


Begitulah nasib insan yang bergelar artis apbila setiap sudut perilaku mereka diperhatikan dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai gosip.
Begitu juga dengan pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak yang terpaksa melalui pahit manis dalam mengecapi populariti yang datang seiring dengan kerjaya yang kini berada di puncak.
Dalam masa kurang daripada sebulan, tiga orang selebriti muda dan cantik telah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengannya.
Daripada pasangan duetnya, Kaka Azraff ke Emma Ma'embong dan yang terbaru digosipkan pula dengan aktres Elfira Loy.
Malah ketika dihubungi portal murai.com.my, pengacara Melodi itu menafikan dakwaan bahawa dia dan Elfira Loy mempunyai hubungan istimewa.
"Saya tidak dapat menghalang orang ramai atau sesiapa saja yang mahu mengaitkan saya dengan mana-mana wanita.
"Itu semua hak mereka untuk membuat andaian dan meneka.
"Selagi nama sebenar tidak keluar dari mulut saya, maknanya itu adalah andaian semata-mata.
"Semua tahu, artis adalah milik masyarakat dan kami diperhatikan.
"Mungkin andaian itu menyumbang kepada cerita-cerita yang kurang tepat.
"Saya mengenali Elfira Loy sebagai rakan artis dan memang dia seorang gadis yang baik.
"Personalitinya pun menarik dan saya senang mempunyai teman seperti dia,"jawab Zizan tentang gosip cinta dia dan Elfira Loy.
Mengenai hadiah harijadi daripada wanita misteri yang didakwa kekasih hati Zizan dan nama Elfira disebut ketika mula cerita ini tersebar, Zizan memilih untuk merahsiakan perkara tersebut.
"Hadiah telefon bimbit itu siapa yang memberinya? Saya terpaksa rahsiakan siapa yang memberinya.
"Saya tidak kata bukan dari Emma atau Elfira atau sesiapa. Biarlah rahsia,"ujar Zizan sambil berseloroh.
Dikaitkan dengan ramai selebriti cantik dan top, Zizan tidak menolak jika dipertemukan jodoh dikalangan mereka.
Zizan turut menjelaskan sekali lagi mengenai wanita yang telah disebut-sebut sebagai kekasihnya.

"Saya memang ada menyebut berkenaan seorang wanita.
"Tetapi saya tidak sebut pula siapakah orangnya. Sama ada artis atau tidak, Habis di situ sahaja.
"Mungkin ketika itu pelbagai soalan dikemukan dan jawapan saya sudah bercampur- baur. Maka jadilah begitu.
"Tetapi tidak mengapa, kerana memang betul kalau boleh saya mahu tamatkan zaman solo sekitar usia 30.
"Ketika ini juga saya memang ada berkenan dengan seorang perempuan.
"Itu sahaja yang dapat saya kongsikan,"tambah Zizan yang ketika dihubungi sedang sibuk untuk raptai Raja Lawak 7.
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar