OOO rasanya di malaysia belum ada lagi kan menu masakkan ini...
"Ini bentuk pembangunan kepelbagaian makanan tempatan yang tidak bergantung import. Sebagai sumber makanan yang kaya protein, nugget belalang diharapkan membantu pengambilan pemakanan untuk masyarakat miskin, kerana harganya yang berpatutan," katanya.
Proses pembuatan belalang nugget tidak terlalu rumit. Pertama, belalang dibersihkan dan dikukus setengah masak. Kemudian digiling kasar dan dicampur dengan tepung kandum yang telah diayakkan. Bahannya terdiri dari bawang putih, lada, garam dan serbuk perisa, tepung sagu, air, dan telur ayam.
Selanjutnya belalang halus dicampur dengan adunan rempah dan tepung, dikukus dalam loyang dan dikukus hingga masak selama 15 minit. Kemudian disejukkan dan dipotong-potong segi empat, disalut dengan putih telur dan tepung jagung."Setelah itu digoreng hingga kuning keemasan. Nugget belalang siap dimakan," kata Ridho
Cari artikel lagi >>