-->

9 Cara supaya blog kita loading cepat


Hari ini saya nak kongsi tips bagaimana cara nak cepatkan loading blog kita.
Dibawah ini dinyatakan cara-caranya:

1. Jangan letak terlalu banyak gadget.
 Tahu ke tidak mempunyai terlalu banyak gadget akan memakan masa untuk loading sesebuah blog. Pastikan hanya gadget yang perlu dan berkepentingan sahaja diletakkan. 

2.
Ketahui aksesori tambahan mana yang penting atau lambat loading
Aksesori tambahan ini merujuk kepada tambahan gadget yang tidak tersenarai dalam blogger. Biasanya untuk aksesori tambahan ini melibatkan penggunaan kod html/javascript. Contoh aksesori tambahan ini seperti player lagu, shoutbox, feedjit dan banyak lagi untuk disenaraikan. Dan juga seperti gadjet, pastikan hanya yang penting sahaja diletakkan. Dan juga kenalpasti aksesori manakah yang memakan masa untuk load.

3.
Header pastikan sesuai ( Saiz atau dimensi )
Header memainkan watak penting dalam sesebuah blog. Boleh dikatakan header merupakan pengenalan pertama kepada sesebuah blog. Jadi memang penting untuk pastikan header yang digunakan dapat load dengan cepat, kebiasaannya bergantung kepada saiz gambar dan juga pixel header tersebut.

4.
Jangan terlalu banyak gambar pada side bar.
Terlalu banyak gambar pada sidebar juga menggangu masa untuk loading sesebuah blog. Biasanya untuk mempunyai 1-5 gambar pada sidebar boleh lagi dianggap normal. Tapi jika lebih dari itu dibimbangi akan mengambil masa yang lama. Jika gambar yang diletakkan pada sidebar mempunyai link kepada website lain, biasakan untuk membuat link perkataan berbanding gambar, kecuali gambar penting yang dapat menarik perhatian pengunjung.

5.
Background jangan terlalu besar.
Bagi sesetengah blog, akan mempunyai gaya tersendiri. Elakkan untuk menggunakan background yang bersaiz dan berdimensi terlalu besar. Tanpa kita sedari boleh juga menyebabkan laoding untuk  blog jadi lambat memakan masa.

6.
Entri jangan terlalu banyak gambar.
Ini merupakan antara masalah utama kenapa sesebuah blog lambat loading.
Apabila sesebuah blog dibuka, keseluruhan blog akan sempurna dibuka apabila keseluruhan entri dapat dibuka sepenuhnya untuk bacaan pengunjung. Cuma bayangkan sebuah entri mempunyai 3 keping gambar berbanding entri yang mempunyai 20 keping gambar. Sudah tentu entri dengan gambar yang sedikit akan dibuka dengan lebih cepat.



7.
Entri jangan mempunyai gambar yang terlalu besar (Size atau dimensi).
Ada sesetengah blogger yang menggunakan link dari gambar lain untuk dimasukkan ke dalam blognya. Pastikan gambar yang dimasukkan tersebut tidak bersaiz besar.
Contohnya anda mengambil link gambar dari blog lain yang bersaiz 1000x200 pixel, kemudian anda kecikkan menggunakan command width="300", ianya tetap akan mengambil masa yang lama untuk gambar tersebut berbanding anda menggunakan gambar dengan saiz asal 300px.

8.
Utamakan gambar berformat jpeg/jpg berbanding format lain.
Jenis-jenis gambar yang biasa dilihat adalah jpeg/jpg, gif, png dan bmp. Untuk gambar biasa, biasakan untuk save hasil kerja dan upload ke blog dalam format jpeg/jpg.
Jika melibatkan animasi atau transparent, barulah guna format png/gif.
Kenapa ye?, format jpg/jpeg memberi saiz gambar yang lebih kecil berbanding format png/gif dan seterusnya dapat menjimatkan masa untuk loading gambar.

9.
Jangan terlalu banyak post pada muka depan.
Apabila berada di muka depan, sesebuah blog akan load mengikut bilangan post yang ditetapkan oleh anda. Bilangan post pada muka depan yang sesuai adalah antara 2 hingga 6 entri. Tidak perlu untuk meletakkan sampai 30 entri. Semakin banyak entri pada muka depan, semakin lama masa untuk sesebuah blog dibuka sepenuhnya. Contoh Am hanya letak 3 entri sahaja. Salah satu cara yang paling sesuai untuk menunjukkan entri terbaru adalah dengan menggunakan gadget 'recent post'.

Semoga tips ini memberi manfaat pada anda :)


NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar