Manis dan bahagia apabila lihat daripada foto-foto yang dimuat naik oleh Abby bersama suaminya yang di dalam laman Instgraram miliknya itu.
 
 
 
Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.
Selamat berbahagia Abby :)
Jika
 pada tanggal 1 September lalu, Abby Abadi dan suami, Farhan  telah 
selamat diraikan dalam majlis persandingan di kediamannya di  sekitar 
ibu negara, kelmarin pasangan ini diraikan  pula 
oleh keluarga pihak lelaki dalam satu majlis persandingan di  kampung 
suaminya di Tumpat, Kelantan.
 Meskipun pasangan ini bersanding dengan cara yang agak
  sederhana, tetapi terpancar kebahagiaan di wajah mereka apabila  
anak-anak Abby turut bersama meraikan.
 Pasangan merpati dua sejoli itu mengenakan baju kurung dan baju Melayu rona hijau muda.
 Malah, Abby juga sempat memberitahu bahawa baju yang dipakai ketika  bersanding itu dibelinya sehari sebelum majlis kerana baju yang  sepatutnya dipakai pada hari itu, tidak hadir dengan tudung.
 Abby memberitahu lagi, walaupun gaya bajunya tampak seperti majlis perkahwinan zaman 80-an, namun dia sukakan persalinan itu.
 Asalkan dia dapat memakai pakaian lengkap menutup aurat.
 Selain gambar bersama anaknya, Abby sempat berkongsi gambar bersama keluarga besar suaminya di Kelantan.
 Apa yang pasti, kita semua tumpang gembira dengan pasangan ini dan  
berharap agar perkahwinan mereka dapat kekal hingga hujung nyawa.
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.
Selamat berbahagia Abby :)