-->

Kisah sedih bayi mengidap penyakit kanser

Tanggal 13 April 2011, jam 12.50 tengah hari, lahirlah bayi lelaki seberat 3.6 kilogram. Biarpun perlu melalui kelahiran melalui kaedah pembedahan, perasaan gembira dan terharu yang dirasai Syahirah bersatu. Rasa syukur dipanjatkan sementelah melihat bayinya, Muhamad Rayyan Uqail, sihat dan cukup sifatnya. 


Bayi diuji kanser hati
 
Kasih sayang dicurahkan sepenuhnya buat Rayyan. Kebetulan cuti semester hampir empat bulan lamanya, memberi peluang kepada Syahirah memberi lebih tumpuan kepada puteranya. 
 
Benarlah kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentu segala-galanya. Biarpun telah siap segala persiapan, pakaian telah dikemas masuk ke dalam beg dan hanya menunggu hari untuk bergerak pulang ke kampung, berlaku peristiwa yang tidak terjangka.
 
“Sementara menunggu suami pulang daripada kerja, saya memandikan Rayyan. Selesaikan memandikannya, saya perasan sesuatu yang tidak kena pada perutnya. Perut Rayyan sedikit membengkak di sebelah kanan. Lama saya perhatikan untuk memastikan keadaan tersebut kerana bimbang jika hanya mainan perasaan.
 
“Selepas berbuka puasa, saya meluahkan kerisauan mengenai perut Rayyan kepada suami. Katanya mungkin Rayyan mengalami kembung perut. Namun sebagai ibu, perasaan saya tidak tenteram lalu saya meminta suami membawa Rayyan ke klinik berdekatan. 
 
“Tiba di hospital, Rayyan diperiksa di bahagian kecemasan. Melalui ujian ultrasound, doktor mendapati ada kelainan pada hati Rayyan. Namun kami perlu merujuk kepada doktor pakar. Kami pulang dengan hati luluh,” tuturnya lagi.
 
Sembunyi kesedihan
 
Ekoran itu, pasangan ini membuat keputusan tidak pulang ke kampung yang terletak di Kuala Kangsar, Perak, pada keesokan harinya seperti yang dirancang. Sebaliknya mereka membuat keputusan ke hospital.
 
“Saya tambah tertekan kerana klinik pakar di hospital kerajaan tutup. Lalu saya mencadangkan suami ke hospital swasta. Sekali lagi ujianultrasound dilakukan dan pakar radiologi memaklumkan kepada kami bahawa terdapat ketumbuhan namun tidak dapat dipastikan sama ada ia kanser atau ketumbuhan yang tidak berbahaya.
 
“Doktor mencadangkan kami merujuk Rayyan ke HKL. Sebaik keluar dari bilik doktor dengan kaki menggigil, saya seperti mahu menangis sepuasnya tetapi saya menahan air mata daripada dilihat keluarga abang ipar.
 
“Sedihnya tidak terungkap mengenangkan Rayyan baru berusia empat bulan. Di HKL, Rayyan dimasukkan ke wad di Institut Pediatrik. Seharian berada di sana, saya hilang arah. Mendengar tangis Rayyan tatkala sampel darah diambil menyusuk perasaan saya,”ungkap Syahirah lagi.
 
Memandangkan Rayyan dibawa pada hari Ahad, hari bercuti, anaknya tidak dapat terus periksa. Namun dia dan suami mendesak agar Rayyan diberikan perhatian segera.
 
Memandangkan minggu tersebut umat Islam meraikan Aidilfitri maka tidak banyak yang boleh dilakukan kerana cuti umum. Doktor menyarankan mereka pulang berhari raya terlebih dahulu. Tidak mahu berlaku sesuatu yang buruk Syahirah dan suami nekad berada di wad.
 
“Walaupun Rayyan masih lagi kecil tetapi kekuatan kami menjadikan Rayyan lebih kuat. Saya memaksa diri menjadi lebih kuat tetapi di sebalik langsir, saya menangis sepuas-puasnya apabila mendengar takbir raya.
 
“Pada 1 Syawal itu, kami sekeluarga memakai baju raya. Di hati kecil, saya meminta maaf kepada Rayyan kerana terpaksa menyambut hari raya pertamanya di hospital. Rayyan pula seperti biasa; tertawa dan sangat suka tersenyum.

“Dalam minggu itu, ujian biopsi dan imbasan dilakukan. Debar menanti keputusan dan setelah seminggu menanti, Rayyan disahkan menghidap kanser hati peringkat ketiga dan memerlukan rawatan kemoterapi dilakukan segera,”imbas ibu ini.

 
Jelas Syahirah kanser yang dihadapi Rayyan dikenali sebagai Hepatoblastoma, sejenis kanser yang aktif, membesar dan oleh merebak pada bila-bila masa. Boleh membunuh dan itulah yang amat ditakuti. 
 
“Pembedahan kecil dilakukan untuk memasang tiub bagi memasukkan ubatan. Tiub ini kekal berada di badan Rayyan sehingga tamat rawatannya. Sedih melihat anak kesayangan saya sebegitu. Rayyan perlu menjalani 10 kitaran kemoterapi; empat sebelum pembedahan dan bakinya selepas pembedahan. 
 
“Akibat itu, rambut Rayyan mulai gugur. Kulitnya juga semakin gelap. Rayyan sangat kuat melalui kemoterapi, jarang demam atau terkena jangkitan. Cuma ada masanya Rayyan muntah, tiada selera makan, cirit-birit dan suhu badan sedikit tinggi," tambahnya.
 
Doa termakbul
 
Saat yang dinantikan Syahirah dan suami tiba jua. Rayyan yang ketika itu berusia tujuh bulan akan menjalani pembedahan. Sebanyak 35 peratus hati Rayyan perlu dibuang.
 
“Lega apabila doktor memberitahu pembedahan berisiko itu selamat akhirnya. Malah kami bersyukur kerana menurut doktor sepatutnya 70 peratus hati Rayyan yang harus dibuang.
 
“Rayyan perlu melakukan enam kitaran kemoterapi bagaimanapun melalui pemeriksaan, doktor memaklumkan bahawa Rayyan tidak perlu melakukan kitaran yang terakhir kerana kanser telah tiada. Hingga ke hari ini, Rayyan masih memerlukan pemeriksaan susulan setiap tiga bulan.
 
“Di usia dua tahun lima bulan, Rayyan membesar seperti kanak-kanak seusia dengannya. Bagaimanapun kami mengawal pemakanannya kerana bimbang sel kanser kembali menyerang kerana menurut doktor, Rayyan hanya disahkan bebas dari kanser selepas lima tahun,” akhirinya

Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.
Kredit



NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar