-->

pelakon Benjamin Ibrahim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memiliki dadah

Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang terhadap pertuduhan pindaan memiliki dadah, Jun lepas.
Turut mengaku tidak bersalah ialah empat rakannya iaitu Imran Radzi, 32, pasangan suami isteri Asmanizam Mohamed Akhir, 32, dan Norazila Arzami, 27, serta Afifi Hamidi, 27.




Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman mengekalkan jaminan RM3,800 dengan seorang penjamin bagi kelima-lima tertuduh dan menetapkan 11 Okt depan untuk sebutan kes.

Seorang lagi rakan mereka Zain Amir Zainal Khairi, 37, yang mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan itu, didenda RM4,000 atau dua bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Zain Amir membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pindaan itu, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama memiliki beg mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat 2.99 gram di Oakleaf Park Condo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Taman Bukit Jaya, Hulu Kelang pada 11.30 pagi 26 Jun lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, kesemua mereka didakwa atas pertuduhan sama tetapi berat dadah berbeza iaitu 4.7 gram dan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene meminda pertuduhan.

Terdahulu, peguam P.G Cyril yang mewakili Zain Amir memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga, tidak mempunyai rekod lampau dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis sepanjang siasatan selain pengakuan bersalahnya itu menjimatkan masa mahkamah.

Goh pula memohon hukuman setimpal kerana masalah dadah semakin berleluasa dan hukuman yang diberikan boleh memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.


-- BERNAMA
Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.



NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar