-->

Seorang anggota polis maut bergelut dengan pencuri besi buruk

MELAKA, 23 Sept (Bernama) -Seorang anggota polis maut dalam pergelutan dengan seorang suspek yang cuba mencuri besi buruk dalam Ops Lejang di Taman Teknologi Cheng di sini.

Dalam pergelutan itu, Kopral Zal-Azri Abdul Somad, 31, dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, cedera di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata Zal-Azri menyertai operasi itu bersama seorang pegawai dan tiga anggota lain dari bahagian itu untuk menangkap sekumpulan lelaki yang disyaki cuba mencuri besi buruk di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Cheng awal.


Anggota polis maut

Pada mulanya polis berjaya menahan tiga lelaki masing-masing berusia 17, 22 dan 23 tahun dan kira-kira pukul 8.30 pagi, bagaimanapun salah seorang daripada suspek itu cuba melarikan diri.

"Zal-Azri cuba menahan suspek berusia 17 tahun itu dan ketika itu berlaku pergelutan yang menyebabkan anggota kami cedera di kepala," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Raja Shahrom berkata ketika pergelutan suspek dapat meloloskan diri, tetapi akhirnya dapat ditahan di Krubong kira-kira dua jam kemudian.

Beliau berkata serbuan itu dilakukan apaila polis mendapat maklumat tentang sebuah lori curi yang digunakan untuk kegiatan mencuri besi buruk berada di kawasan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

"Zal-Azri telah berkhidmat selama 15 tahun sebagai anggota polis dan baharu dua bulan ditukarkan ke bahagian itu berdasarkan perkhidmatan cemerlangnya sebelum ini di Alor Gajah," katanya.

Zal-Azri yang berasal dari Pulau Pinang meninggalkan seorang balu dan dua anak.

-- BERNAMA. Gambar myMetroSemoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.


NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar