-->

Kepah Emas lebih bahaya dari ikan pirana


Kepah Emas lebih bahaya dari ikan pirana

Kepah Emas lebih bahaya dari ikan pirana -Kepah Emas, suatu spesis kepah asing  yang telah menakluk perairan dan tebing Sungai Amazon di Brazil. Seakan dilihat seperti ianya tidak merbahayakan, akan tetapi pada hakikatnya ia adalah ancaman terbesar.

Spesis Kepah Emas mulai memasuki benua Amerika pada awal tahun 1991 yang tanpa disedari mengikuti kapal-kapal dari negara China.

Dalam hanya sedekad, populasi kepah ini telah berkembang dengan jumlah yang sangat besar, seakan telah sepenuhnya menakluki sepanjang perairan Amazon.

Tidak seperti  pemangsa semulajadi yang lain, Kepah Emas ini hanya melakukan tiga perkara iaitu makan, tidur dan mengawan.

Semenjak kedatangannya ke dalam Sungai Amazon, kepah emas ini telah mulai menukar alam sekitar dan telah membunuh beberapa spesis habitat yang wujud di situ.

Kepah ini tidak boleh dimakan kerana beracun, akan tetapi dimakan oleh spesis ikan di sungai itu.

Kepah ini seperti parasit menjadikan ikan sakit dan akhirnya mati. Kewujudannya kini mengancam kehidupan di Sungai Amazon, yang mana menjadi habitat kediaman beberapa spesis ikan air tawar terbesar di dunia.

Ahli Biologi Brazil, Marcela Uliano da Silva telah menjalankan kajian untuk menyelamatkan perairan Amazon dari dicemari kepah emas. Beliau menyifatkan yang Sungai Amazon adalah sangat berharga.

Semenjak kepah emas ini mula menakluki dan merosakkan paip-paip yang ditanam sekitar sungai itu, beliau  telah menganggarkan kerugian yang dialami adalah lebih kurang $20,000 sehari.

Pendekatan Uliano da Silva adalah untuk menghentikan kepah emas ini dari melakukan lebih kerosakan pada Sungai Amazon. Suatu yang dianggap sebagai menimbulkan kontroversi dalam bidangnya.

Tidak seperti pendekatan biasa seperti memperkenalkan pemangsa baru itu pada alam sekitar, menyembur klorin atau bahan kimia yang lain, atau menekankan pada pertukaran polisi, beliau telah beralih kepada pertalian dan perkaitan DNA dan menumpukan arah kajian gen yang menjadi penyebab pertumbuhan pesat spesis kepah ini.

Strateginya ialah menjalankan ujian di makmal dengan menyuntik kepah ini dengan molukel dipanggil silencing RNAs, yang mana akan mengenalpasti dan mematikan gen kepah ini dari berkembang biak.

Kepah-kepah yang telah diubahsuai gennya ini nanti akan dilepaskan kembali ke sungai tetapi pada masa hadapan spesis ini tidak akan sama dengan gennya yang dahulu. Kurang gen untuk membiak.

Hanya baru-baru ini kaedah yang dipanggil DNA sequencing ini telah menjadi murah dan mesra pengguna cukup untuk digunakan ke atas spesis yang menakluk ini.

Saintis lain berkata tidak mustahil yang kepah diubahsuai gen ini akan berubah sifatnya apabila ia dilepaskan di sungai kelak, dan adalah diharapkan untuk mendapat keputusan yang diingini.

Kata Uliano da Silva “Setiap hari saya berasa resah. Tetapi anda tidak boleh selalu hidup dalam kebimbangan. Jika tidak anda tidak dapat melakukan benda yang hebat. Tidak boleh sentiasa berasa selesa, anda perlu mengambil risiko.”

Projek Uliano da Silva ini telah dirakamkan dalam video bagi memberi kesedaran akan bahayanya ancaman kepah emas ini pada ekosistem dan alam sekitar di Amazon.



Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar