-->

Apakah virus zika

Apakah virus zika -ramai yang ingin tahu apa itu Virus Zika yang kini dikesan menular di negara Amerika Latin terutama di Brazil, Colombia dan beberapa negara lagi termasuk seramai 4 juta penduduk Amerika Syarikat yang kemungkinan besar bakal dijangkiti sehingga akhir tahun 2016 ini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa juga telah mengeluarkan senarai 12 negara yang disarankan untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di Caribbean dan Amerika Latin. Nyamuk aedes penyebab demam denggi adalah punca penyebaran demam Zika.

  • Informasi Penting : Senarai Hospital Yang Menyediakan Perkhidmatan Ujian Pengesahan ZIKA - Klik Senarai Hospital Di Malaysia

Apakah virus zika

Apa Itu Virus Zika

Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ianya boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau 'mikrosefali' sekiranya dijangkiti. Virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan bukan penyakit baru bagi negara seperti Afrika. Wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 dimana ianya bermula di Brazil.

Terdapat kemungkinan atau risiko yang virus Zika ini akan menular ke Malaysia dan orang ramai harus mengambil tindakan sewajarnya dengan membersihkan kawasan rumah dan persekitaran dengan kerap supaya tempat pembiakan nyamuk Aedes dapat dihapuskan.

Info Virus Zika


Berikut adalah maklumat ringkas mengenai Virus Zika :-

  1. Mula menular di negara Afrika dan Asia sejak tahun 2007
  2. Virus disebarkan oleh Nyamuk Aedes dan bergantung kepada spesis.
  3. Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.
  4. Antara simptom dijangkiti adalah pening, ruam, demam dan sakit belakang
  5. Dikesan menular di daerah Camacari Brazil pada April 2015
  6. Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

Apakah virus zika


Simptom & Tanda-Tanda Demam Zika

Berikut dikongsikan simptom utama demam Zika yang memberikan tanda-tanda apabila pesakit telah dijangkiti :-

  1. Sakit kepala
  2. Ruam pada kulit
  3. Sakit sendi
  4. Mata kemerahan

Cara Rawatan


Untuk merawat demam Zika ianya seperti demam denggi di mana sehingga kini masih belum terdapat vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.



Gejala Dan Cara Mencegah Daripada Jangkitan Penyakit Zika


Apakah virus zika


Kesan Virus Zika



Apakah virus zika
 
Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

Status Terkini Virus Zika Di Malaysia


3 September 2016 : Kes jangkitan virus Zika tempatan yang pertama di Malaysia telah dilaporkan pada 2 September 2016. Pesakit adalah seorang lelaki berbangsa Dusun berusia 61 tahun menetap di Taman Public Jaya Likas, Sabah.

Berita Harian Online melaporkan yang Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ketika dihubungi bagaimanapun berkata, mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung dan bukan disebabkan kesan virus berkenaan.

1 September 2016 : Seorang wanita dari Bandar Botanik, Klang dikenalpasti dijangkiti virus zika selepas pulang dari melawat anaknya di Singapura.

Januari 2016 : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan yang tiada virus Zika dikesan di negara ini, namun Malaysia mempunyai densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.

Sehingga kini, terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika iaitu virus dari gigitan nyamuk aedes buat masa ini.

Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S., Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.

Sumber Astro Awani dan FB KKM

Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar