CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT - Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana 
solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun yang telah 
disyariatkan itu.  Perbezaannya cuma pada perkara-perkara berikut:
1. Lafaz dan niat:

“U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Daku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
2. Bacaan selepas Al-Fatihah
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi  (satu kali atau 11 kali)

“ALLaahu la ilaaha illa huwal 
hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun 
lahu maa 
fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa 
biidznih, 
ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna
 bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati 
wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa 
wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”
“Allah, 
tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus 
mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. 
Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat 
memberi syafaat  (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah 
mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi
 langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan 
Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar 
(kekuasaanNya).” [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas  (sekali atau 11 kali)
“Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”
“Katakanlah
 : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula
 diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”
*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat ‘Surah Al-Fatihah’, ‘ayat Al-Kursi’ dan ‘Qulhu wallaahu Ahad’.
3. Membaca Tasbih
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.” 
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
b.  Atau Tasbih berikut 1 kali:

4. Wirid Selepas Solat Hajat
       a. Istighfar (10 / 100 kali)

“As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.
      b. Zikir
“Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.” 
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
     c.  Selawat (10 / 100 kali)

“Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.”
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.
5. Doa Solat Hajat
Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:

AL-La-Hum-ma in-ni as-a-lu-ka bi-ma-‘aa-qi-dil ‘iz-zi min ‘ar-shi-ka, wa-mun-ta-Har rah-ma-ti min ki-ta-bik, wa-bis-mi-kal ‘a-zo-mi, wa-waj-Hi-kal ‘a-la, wa-ka-li-maa-ti-kal tam-mah. La-’i-la-ha ‘il-laL-Laa-Hul ha-lii-mul ka-riim, sub-ha-naL-Laa-hi rab-bil ‘a-zhim, al-ham-du LiL-La-Hi rab-bil ‘a-la-miin. as-a-lu-ka muu-ji-baa-ti rah-ma-tik, wa-‘a-zaa-i-ma magh-fi-ra-tik, wal-‘is-ma-ta min kul-li zhan-bi, wal-gha-nii-ma-ta min kul-li birr, was-sa-la-ma-ta min kul-li ‘ithm. Laa-ta-da’ li zhan-ba ‘il-la gha-far-tah, wa-laa Ham-man ‘il-la far-raj-tah, wa-laa dai-nan ‘il-la qo-dhai-tah, wa-laa ma-ri-dhan ‘il-la sha-fai-tah, wa-laa fa-qii-ran wa-laa mis-kiy-nan ‘il-la agh-nai-tah, wa-laa jaa-hil-lan ‘il-la ‘al-lam-tah, wa-laa ‘a-duu-wan ‘il-la kha-zal-tah, wa-laa ‘ai-ban ‘il-la sa-sar-tah, wa-laa maiy-yi-tan ‘il-la ra-him-tah, wa-laa haa-ja-tan Hi-ya la-ka ri-dhan ‘il-la qha-dhai-tah. AL-La-Hum-ma in-ni a-ta-waj-ja-Hu bi-ka i-la rab-bi fii haa-ja-tii Ha-zhi-Hi li-tuq-dha lii Haa-ja-tii yaa-‘ar-ha-mar roo-hi-min. aa-miin.
FADHILAT SOLAT HAJAT
- Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
 - Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
 - Permohonan dimakbulkan Allah SWT.
 
PANDUAN SOLAT HAJAT
Sekiranya dilakukan selepas terjaga dari 
tidur pada sebelah malam, sebelum melakukan Solat Sunat Hajat, hendaklah
 bersugi dan mandi terlebih dahulu kemudian berwuduk bagi membersihkan 
diri dan menyegarkan diri. Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya 
berwarna putih.
Alhakim berkata,“Sesiapa
 yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam 
Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur 
dengan niat mohon dipenuhi hajatnya.”
Sebaiknya dirikanlah Solat Sunat Wuduk dan Tahajjud terlebih dahulu sebelum melakukan Solat Sunat Hajat.
.
Sslamat Beramal…!
Kredit
