Tips melatih anak-anak berpuasa-
1. Terangkan kepada 
anak-anak kelebihan berpuasa. Sungguhpun belum wajib bagi kanak-kanak 
tetapi mendatangkan pahala jika dilaksanakan dengan sempurna. Amalan 
puasa juga amat bermanfaat kepada kesihatan.
2. Mulakan dengan setengah hari bagi umur 4-6 tahun.
 Biarkan waktu berbukanya setelah azan zohor bagi minggu pertama. Minggu
 berikutnya, waktu berbuka adalah apabila azan Asar. Manakala minggu 
ke-3, waktu berbukanya sama seperti orang dewasa iaitu ketika azan 
Maghrib. In sya Allah berhasil dengan perlahan-lahan, terutama tahun 
pertama puasa.
3. Bagi anak-anak berumur 7 tahun
 ke atas, lazimnya mereka sudah mampu berpuasa seperti orang dewasa. 
Namun pastikan mereka memakan sahur. Sebaiknya terdapat kurma sebagai 
salah satu hidangan ketika sahur bagi membekal tenaga yang lebih lama in
 sya Allah.
4. Memberi galakan bukan
 paksaan. Dorongan dan kata-kata semangat untuk memotivasi mereka. 
Apabila mereka berpuasa dengan rela hati, mereka tidak rasa tertekan 
sebaliknya redho dengan susah payah mengharungi seharian berpuasa.
5. Janjikan hadiah atau 
ganjaran, sekiranya mereka berjaya berpuasa dengan cemerlang. Hadiah 
disampaikan setelah tamat bulan Ramadhan.
6. Seluruh ahli keluarga perlu tunjukkan ‘support’. Jangan pula ada orang yang lebih tua daripada mereka, tidak berpuasa.
7. Ajak mereka sekali bangun sahur. Untuk memudahkan mereka bangun sahur bersama kita, haruslah pastikan mereka tidur awal..
8. Sediakan mereka menu 
kesukaan, tanya mereka apa yang mereka nak makan kektika berbuka dan 
bersahur nanti.. Ini akan menambahkan semangat mereka untuk berpuasa.
9. Elakkan daripada 
mereka nampak makanan kegemaran seperti ais krim atau sebagainya semasa 
berpuasa. Sembunyikan dahulu pada waktu siang. Ini dapat mengurangkan 
kecenderungan mereka berbuka puasa sebelum tiba masanya.
10. Sibukkan mereka 
dengan aktiviti-aktiviti berfaedah terutama pada waktu petang seperti 
beriadah, bacaan ringan, bermain, melukis lukisan yang bertemakan 
kegembiraan berpuasa  dan seumpamanya. Oleh itu mereka kurang berfikir 
pasal makan atau lapar.
11. Pastikan makan tidak
 terlalu kenyang semasa berbuka. Makan buah dahulu. Ini juga point untuk
 melatih mereka supaya tidak berlebih-lebihan mengikut nafsu di samping 
mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Lepas solat Maghrib boleh sambung 
makan, itu pun jangan berlebih-lebihan.
1. Inisiatif seperti menceritakan 
kelebihan-kelebihan bulan Ramadan dan pahala orang berpuasa sedikit 
sebanyak boleh digunakan dalam bentuk kiasan yang mudah untuk 
difahami. Contohnya, kaitkan hadis yang mengatakan ‘akan dibuka segala 
pintu syurga ketika bulan puasa.
2. Ibu bapa tetap perlu bijak memainkan 
peranan dalam memikat anak-anak untuk berpuasa seperti dengan cara 
membawa mereka bersama-sama membeli juadah berbuka. Cara ini mampu 
menarik minat mereka untuk terus berpuasa keesokan harinya.
Kita boleh tanya sendiri menu apa yang 
mereka suka untuk berbuka dan ini akan membuatkan mereka seronok untuk 
berpuasa lagi,” tambahnya. Pensyarah Psikologi Fakulti Pendidikan 
Universiti Malaya(UM), Profesor Madya Dr. Mariani Md.Nor pula berkata, 
bagi memujuk anak-anak belajar berpuasa mula-mula ibu bapa perlu 
beritahu apa maksud puasa, ganjaran, pahala dan dosa.
Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak 
sangat gemarkan permainan dan menonton kartun. Oleh itu, galakkan mereka
 untuk menonton rancangan kartun berunsur keislaman seperti Upin dan 
Ipin yang banyak memberi teladan dan pengajaran,” katanya.
3. Ibu bapa harus diingatkan bahawa 
kanak-kanak tidak boleh dipaksa untuk berpuasa. Oleh yang demikian, 
mereka boleh diajar berpuasa mengikut peringkat demi peringkat. Sebagai 
contoh, berpuasa dua jam, lima jam dan seterusnya mampu berpuasa 
penuh. Tambah Dr. Mariani lagi, ganjaran memberi duit sebagai hadiah 
apabila mereka berpuasa penuh harus cuba dielakkan kerana tidak ada 
istilah tawar-menawar antara anak-anak dan ibu bapa.
Katanya, ibu bapa harus memahami di mana
 anak-anak itu adalah tetap kanak-kanak yang harus dilentur secara 
perlahan-lahan. Selain daripada itu, ibu bapa perlu mengelak anak-anak 
daripada aktif bermain di luar kerana mungkin boleh meletihkan 
mereka. Tidak hairanlah jika ini menjadi salah satu faktor mereka untuk 
berbuka puasa awal daripada waktu yang sepatutnya.
4. Ibu bapa turut perlu melengkapkan 
diri dengan ilmu pengetahuan agar mampu menangani kerenah 
anak-anak. Selain daripada memberi motivasi dan semangat, usaha untuk 
menarik perhatian mereka seperti membuat senarai menu kesukaan seperti 
nasi goreng, ayam goreng, hot dog dan sebagainya dapat menaikkan 
semangat anak. Didik anak-anak supaya mengurangkan menonton televisyen 
juga adalah salah satu cara mudah untuk menyuruh mereka berpuasa. Ini 
kerana di televisyen terdapat banyak iklan makanan yang mungkin akan 
menggugat iman si kecil.
Melatih anak-anak 
berpuasa merupakan tanggungjawab ibu bapa. Di samping sebagai latihan 
kepada anak-anak menjadi manusia yang taat, ibu bapa sedang menerima 
ganjaran daripada Allah s.w.t. Cantiknya Islam.
Pada zahirnya 
seolah-oleh membebankan kanak-kanak, tetapi sebenarnya mereka sedang 
dirangka untuk menjadi manusia yang seimbang dan cemerlang dari segi 
rohani, kebijaksanaan dan emosi.
Kredit