Pramugara MH17 menyanyi lagu Dendang 
Perantau-rakaman lagu Dendang Perantau oleh seorang pramugara MH17 pasti 
menyentuh hati ramai orang yang mendengarnya.  Shaikh Mohd Noor 
merakamkan lagu Aidilfitri tersebut sebelum berlepas dari Amsterdam 
menuju ke negara kelahirannya, Kuala Lumpur.
Artikel
Visit: Wansite
Kredit
Adik Shaikh Mohd Noor, Siti Noradziah berkata apa yang paling terkesan 
dalam kalangan mereka adik-beradik ialah apabila Shaikh Mohd Noor 
menghantar klip suara nyanyiannya menerusi aplikasi WhatsApp.
"Masa hari jadi mak 14 Julai lepas, abang ada nyanyi lagu 'happy birthday' untuk mak dan hantar dalam group WhatsApp kami adik-beradik. Abang juga ada hantar lagu 'Dendang Perantau' dendangan P.Ramlee yang dia nyanyi kepada kami."
"Masa hari jadi mak 14 Julai lepas, abang ada nyanyi lagu 'happy birthday' untuk mak dan hantar dalam group WhatsApp kami adik-beradik. Abang juga ada hantar lagu 'Dendang Perantau' dendangan P.Ramlee yang dia nyanyi kepada kami."
Menurut keluarganya di Klang, Selangor - Shaikh Mohd Noor antara kru 
yang sepatutnya menaiki pesawat MH 370 ke Beijing 8 Mac lalu. Namun 
perubahan jadual menyebabkan Sheikh Mad Nor tidak menaiki pesawat 
berkenaan.
Antara bait-bait ungkapan abangnya yang masih diingat Noradziah ialah : “kenapalah
 abang tiada dalam pesawat MH370 tu..kan best kalau meninggal (dunia) 
dalam kapal terbang, satu dunia akan sedekahkan Al-Fatihah untuk abang.”
Tetapi kali ini, kepulangannya dari Belanda ke tanah air bertukar tragedi apabila dia berada dalam pesawat MH17.
Kredit