-->

2 Resepi untuk masak daging korban


2 Resepi untuk masak daging korban



1. Resepi Nasi daging utara

Bahan bahan:

1.5 kg daging lembu - potong sederhana besar menjadi ketulan dan rebus bersama halia, bawang besar belah dan garam. Rebus sampai lembut. Simpan air rebusan untuk nasi sebanyak 5 cawan.
6 sudu besar Minyak masak / marjerin untuk tumis
4 sudu besar rempah sup
1 helai Daun pandan disimpul
2  sudu besar tomato puree ( boleh gantikan dengan buah tomato dicincang atau dikisar atau tak letak pun tak apa)
Garam secukupnya
Rempah 3 sekawan - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga lawang

Bahan Kisar :

2 inci halia 
2 ulas bawang besar
8 ulas bawang putih

Cara buat :

Tumis bahan kisar bersama rempah 3 sekawan, masukkan rempah sup dan daun pandan sampai wangi. Tumis sampai pecah minyak.

Masuk air rebusan yang dah sukat untuk beras dan daging rebus serta tomaro puree. Masuk beras. Tambah garam dan perasa. Kacau rata.  

Masak macam biasa sampai nasi kering. Jangan kacau, biar air kering sendiri. Bila dah kering tutup periuk dan perlahankan api. Biar sehingga masak. Siap.

Nak senang lepas tumis bahan kisar dan rempah guna kuali kecil, terus masukkan bahan tumis, air beras serta bahan bahan lain ke dalam periuk nasi eletrik. Masak seperti biasa. 

Hidangkan dengan air asam tomato kerisik dan sup tadi. Boleh juga nak buat lauk sampingan lain seperti dalca, dan sebagainya.


Resepi Air Asam Tomato Berkerisik

Bahan-bahan:

2 sudu besar belacan bakar - dilarutkan bersama sedikit air dan sedikit cuka
2 sudu besar kerisik (tanpa minyaknya)
1/2 cawan air asam pekat
4-5 biji tomato - dihiris nipis
2-3 ulas bawang besar - dihiris nipis
10 biji cilipadi - dihiris nipis atau ditumbuk pecah pecah 
3-4 biji cili merah - dihiris nipis


Cara buat:

Larutkan belacan bakar dengan sedikit air dan sedikit cuka. Biar sehingga betul betul larut. Masukkan cili padi yang dipotong. Picit-picit atau tekan sedikit cilipadi dengan sudu untuk keluarkan rasa pedas. Kalau nak senang boleh tumbuk atau kisar sekejap

Campur cili merah,  bawang besar, tomato, dan air asam. Masukkan campuran belacan dan cilipadi tadi. Masukkan kerisik. Gaul rata. Masukkan sedikit garam dan gula dan adjust sehingga rasanya balance. 


2 Resepi untuk masak daging korban


2.Resepi Daging Goreng Ala Thai

Bahan-bahan:

Bahan perap Daging Goreng Ala Thai
600gm daging dipotong nipis sedikit memanjang
1 sudu besar lada hitam tumbuk
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk ketumbar

Bahan perasa:

4-5 batang cili padi di cincang kasar - boleh kurangkan
5 ulas bawang putih dicincang kasar
4-5 sudu besar sos ikan
1/2 sudu besar pes asam jawa
2 sudu besar gula perang atau gula nise Thai
5-6 sudu besar perahan limau / lemon atau jus limau dalam botol

2 ulas bawang besar dipotong nipis
1 cekak daun ketumbar di potong kasar-kasar

Cara buat:

Perap daging dengan bahan perap selama 1 jam

Dalam satu mangkuk campurkan semua bahan perasa daging dan kacau rata.

Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan daging yang dah diperap dan goreng kilas sehingga daging keluar air dan empuk. Bila daging dah empuk, masukkan bahan perasa yang dah digaul.

Tabur bawang besar dan daun ketumbar

Kacau rata dan siap, 

selamat mencuba...


Visit: Wansite
Kredit : www.enyabdullah.com 
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar