-->

Cara melakukan qiamullail

Cara melakukan qiamullail - amalan qiamullail bukanlah satu perkara baru, bahkan ianya merupakan ibadah yang sudah menjadi darah daging atau amalan para rasul, nabi-nabi, orang salih dan alim ulama’ sejak dahulu lagi. Ibadat khas sama ada wajib atau sunat semuanya bersandarkan kepada dalil-dalil naqli dari Allah.S.W.T sebagai bukti bahawa ternyata Allah memerintahkan hamba-Nya untuk melakukan ibadat tersebut.

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”

(Surah al-Muzammil ayat 1-4)

- Qiyamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.

- Pada awalnya qiamullail wajib bagi rasulullah dan para sahabat. Semak ayat 1-10 surah al-Muzammil di bawah ini.


1] Wahai orang yang berselimut!.

[2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),

[3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

[4] Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.

[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).





[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.

[7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;

[8] Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

[9] Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.

[10] Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.

- Setelah setahun disyariatkan amalan itu menjadi sunat muakkad pula bagi setiap umat Islam .Namun ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Semak maksud ayat 20 surah al-Muzammil di bawah ini .


"Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang).


Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".


KELEBIHAN QIAMULLAIL

Doa mudah dimakbulkan.

Mendapat ketenangan jiwa.

Dimurahkan rezeki.

Dihormati masyarakat.

Dilindungi Allah daripada khianat manusia.

Jika dia pemimpin akan dihormati dan disegani

Dan lain-lain kebaikan kurniaan Allah.


WAKTU-WAKTU QIAMULLAIL

Waktu untuk solat malam ialah selepas isya’ sehingga sebelum masuk subuh. Bagi solat tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.

Waktu yang paling afdal (utama) ialah sepertiga malam .

Pengisian Qiamullail.

Qiamullail boleh dimulakan sebaik sahaja selepas solat isyak kecuali solat sunat tahajjud dikehendaki atau digalakkan tidur terlebih dahulu.

Di antara aktiviti pengisiannya;

(1) Solat sunat tasbih.

(2) Solat sunat Taubat.

(3) Solat sunat Tahajjud*

(4) Solat sunat Istikharah.

(5) Solat sunat Hajat.

(6) Dan solat sunat yang lain.

(7) Solat sunat witir.( Penutup solat sunat )



*..Sabda Rasulullah.s.a.w. bermaksud;“Solat yang paling baik selepas solat fardhu ialah solat (Tahajjud) di tengah malam.” (Hadith riwayat Muslim).


Semua solat sunat itu ditutup dengan solat Sunat Witir ( Witri ), sekurang-kurang tiga rakaat dengan cara bersolat dua rakaat satu salam dan satu rakaat satu salam.( Tiga rakaat dengan dua salam )

Selepas solat tersebut sementara menunggu waktu Subuh eloklah berzikir seperti yang biasa dilakukan dan membaca al.Quran.

CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT HAJAT

• Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat

• Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian

• Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah

( cara paling ringkas) ialah :

1. Lafaz Niat Solat Hajat :

اصلي سنة الحاجة ركعتين لله تعالي

Maksudnya : Sahaja aku Solat Sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Taala

Bilangan Rakaat :

1. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :

1. Baca doa iftitah

2. Baca Al Fatihah

3. Baca Surah Al Kafirun 1 kali

4. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa

2. Pada Rakaat Kedua

1. Baca Al Fatihah

2. Baca Surah Al Ikhlas

3. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa

4. Membaca Tahiyat Akhir

3. Memberi Salam

4. Berdoa selepas memberi salam :

1. Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.

2. Setelah itu kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.


“Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.”


CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT TASBIH

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.

Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih.

Bacaan tasbih itu ialah :

سُبْØ­َانَ اللَّÙ‡ِ ÙˆَالْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَÙ„َا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡ُ ÙˆَاللَّÙ‡ُ Ø£َÙƒْبَرُ

“Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,

Allah Maha Besar”

Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih

Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:

1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih

2. rukuk - 10 kali tasbih

3. iktidal - 10 kali tasbih

4. sujud - 10 kali tasbih

5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih

6. sujud semula - 10 kali tasbih

7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir - 10 kali tasbih

Jadi jumpah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumpah semuanya 300 tasbih

Niat Solat Tasbih

أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ التَسْبِيحِ Ø£َرْبَعَ رَÙƒَعَاتٍ Ù„ِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta’ala

Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah

1. Rakaat pertama : Surah at-Takasur

2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr

3. Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun

4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas

Doa Sunat Sembahyang Tasbih

“Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat,orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut. Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadahseperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu, jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran. Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami. Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa.”

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Di antara fadhilat solat witir ialah :

1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.

2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain

3. “Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ الوِتْرِ رَÙƒَعَتَÙŠْÙ†ِ Ù„ِلهِ تَعالىَ

“Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala”

Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ الوِتْرِ رَÙƒَعَØ©ً Ù„ِلهِ تَعالىَ

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala”

Zikir Selepas Solat Witir

سُبْØ­َانَ اللَّÙ‡ُ الْÙ…َÙ„ِÙƒِ الْÙ‚ُدُّوسِ

Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :

Doa Solat Witir



“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai.”


------------------

BACA JUGA : Cara Paling Cepat nak Kurus...
Berkesan Buang Lemak Degil & Berat Badan Turun cepat
Berkesan Sepantas 7 Hari sesuai untuk wanita & Lelaki
KETAHUI LEBIH LANJUT KLIK >> SINI <<

------------------

Artikel
Terkini
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar