-->

Khasiat buah tembikai isi warna merah


Khasiat buah tembikai isi warna merah

1.Membantu kekal hidrat
Membuatkan kita kekal hidrat kerana kombinasi air dan serat yang terkandung di dalam buah kekal kenyang dalam satu jangka masa yang lama walaupun ia mengandungi kalori yang sedikit.

2.Bantu melegakan otot yang sakit
Menurut kajian yang oleh Journal of Agricultural Food and Chemistry, minum jus tembikai selepas senaman dapat mengurangkan kadar degupan jantung dan sakit otot yang dialami oleh atlet.
Ia mengandungi asid amino yang dikenali dengan nama L-citrulline, yang akan ditukarkan oleh badan kepada L-arginine, asid amino yang bantu mengendurkan salur darah dan memperbaiki peredaran darah. 

3.Bagus untuk kesihatan jantung
ia mengandungi sitrulina (citrulline), sejenis asid amino yang boleh meningkatkan tahap nitrik oksida dalam badan dan dapat membantu menurunkan tekanan darah dalam badan.
Menurut kajian oleh Florida State University mendapati wanita yang telah mengalami menopaus boleh meningkatkan kesihatan kardiovaskular setelah mengambil suplemen yang mengandungi sitrulina selama 6 minggu.

4.Pelbagai vitamin dan nutrien
Semakin masak buah tembikai,semakin banyaklah vitamin dan nutrien yang terkandung di dalamnya iaitu:
-likopenia
-beta karotena
-vitamin C
-vitamin A
-serat
-antioksidan

Jika ia berwarna merah terang, lebih banyaklah vitamin dan nutrien yang terkandung di dalamnya.

5.Bagus untuk rambut dan kulit
Ada dua vitamin iaitu vitamin A dan C amat penting untuk kesihatan kulit dan rambut.
Vitamin A membantu membuat sel kulit baru dan memperbaiki kulit yang rosak. Vitamin C pula membantu badan membuat kolagen, sejenis protein yang memastikan kulit dan rambut kekal sihat.

6. Bantu melawan kanser
Buah tembikai merupakan sumber likopenia yang amat baik untuk mencegah dan merawat kanser prostat.

Semoga info ini bermanfaat 

Sumber : hellodoktor

#Khasiatbuahan


Visit: Wansite

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar