-->

Mengapa wanita kerjaya tinggi sukar dapat pasangan


 sukar dapat pasangan

Mengapa wanita kerjaya tinggi sukar dapat pasangan - pada artikel kali ini, saya akan senaraikan 5 sebab mengapa wanita berkerjaya tinggi sukar untuk mendapat pasangan.

 

1. Meletakkan ‘Standard’ Tertentu

Setiap wanita yang berkerjaya tinggi biasanya mempunyai standard atau kriteria yang mereka mahukan pada pasangan hidupnya. Sebagai contoh, lelaki yang ingin mengahwini mereka mestilah mempunyai pekerjaan yang lebih baik daripadanya. Lelaki yang biasa-biasa, mungkin tidak layak atau tidak mencapai standard golongan wanita sebegini.
Apabila mereka meletakkan standard tertentu, maka lelaki yang akan mendekati golongan seperti ini akan semakin berkurang kerana merasakan mereka tidak layak. Meletakkan syarat pada hukum asal adalah dibolehkan. Rasulullah S.A.W. bersabda dalam suatu hadis yang bermaksud:
“Orang Islam itu berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui oleh mereka, melainkan syarat yang mengharamkan perkara yang halal atau menghalalkan perkara yang haram.”
(Hadis Riwayat Al-Tirmizi)
Berdasarkan hadis di atas, meletakkan syarat adalah harus namun memberi syarat yang berlebihan akan mengundang keburukan sendiri kepada golongan wanita tersebut. Jadi, para wanita harus berusaha untuk mengelakkan perkara sebegini agar mudah mendapatkan jodoh.

 

2. Berasa Tidak Perlu Bergantung Kepada Lelaki

Selain itu, sikap yang berasa tidak memerlukan lelaki di dalam hidup juga mungkin akan menjadikan wanita tersebut sukar mendapatkan jodoh. Biasanya wanita yang berasa tidak memerlukan lelaki di dalam hidup ini sudah mempunyai segala-gala yang mereka perlukan.
Mereka ada pekerjaan yang baik, kewangan yang kukuh serta boleh berdikari melakukan pelbagai pekerjaan. Oleh sebab itu, mereka tidak terlalu bergantung kepada lelaki untuk menguruskan kehidupan mereka.  

 

3. Terlalu Banyak Komitmen

Wanita yang berkerjaya tinggi juga adalah sinonim sebagai seorang wanita yang sibuk dan aktif. Mereka mempunyai banyak komitmen lain yang terpaksa mereka uruskan seperti urusan kerja, hobi, persatuan dan pelbagai aktiviti-aktiviti lain. Mungkin dengan asbab inilah mereka tiada masa untuk mencari jodoh.

 

4. Tidak Mahu Terikat Dengan Tanggungjawab

Oleh sebab golongan wanita sebegini senantiasa hidup berdikari, ada antara mereka yang mungkin tidak selesa terikat dengan tanggungjawab. Hal ini termasuklah tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak mereka kelak. Perkara seperti ini akan menyebabkan mereka tidak serius di dalam sesuatu perhubungan dan seterusnya akan melambatkan jodoh mereka.   

 

5. Fobia Menerima Arahan Dan Taat Kepada Suami

Golongan yang berkerjaya tinggi biasanya mempunyai jawatan yang tinggi di dalam sesuatu organisasi syarikat. Di dalam organisasi syarikat, merekalah yang akan memberi arahan kepada pekerja bawahan namun dalam dunia realiti sikap sebegini harus dibuang ke tepi. Ada sesetengah daripada golongan ini mungkin fobia dengan perkataan ‘isteri’ kerana memikirkan apabila menjadi isteri, maka perlu taat dan patuh kepada suami.  
Taat kepada suami bukanlah bermaksud taat yang tidak boleh dibantah. Ketaatan yang tidak boleh dinafikan hanyalah kepada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. Namun Islam mewajibkan isteri untuk taat kepada suami selagi si suami tidak menyuruh melakukan perkara yang mungkar.
“Apabila seorang isteri mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (menjaga kehormatannya), dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk Syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya."
(Hadis Riwayat Ahmad)
Berdasarkan hadis di atas, taat kepada suami adalah salah satu ciri-ciri yang membolehkan wanita untuk masuk syurga melalui pintu yang mereka syurga. Alangkah mudahnya seorang wanita itu masuk syurga berbanding dengan tanggungjawab seorang lelaki. Oleh sebab itu, tidak perlu takut untuk menjadi seorang isteri kerana Islam menjaga kedudukan martabat seorang wanita.

 

Kesimpulan

Berkerjaya tinggi bagi wanita bukanlah suatu kesalahan bahkan ia adalah sesuatu yang baik. Ini kerana dengan pekerjaan yang bagus ia adalah salah satu jaminan bagi mendapatkan kehidupan yang lebih sempurna. Pandangan saya terhadap isu ini bukanlah mengatakan semua wanita yang berkerjaya tinggi ada masalah mencari pasangan hidup.
Namun, ia mungkin boleh dirujuk bagi mengenal pasti mengapa golongan wanita seperti ini susah untuk bertemu jodoh dan seterusnya mencuba untuk merubah kepada perkara yang lebih baik.

Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar