-->

Ketahui kenapa cinta anda tidak tahan lama

Ketahui kenapa cinta anda tidak tahan lama

Ketahui kenapa cinta anda tidak tahan lama - anda dan si dia sudah merancang sehabis baik dalam meneruskan hubungan itu sehingga ke jinjang pelamin. Namun malangnya hubungan itu tetap berakhir dengan sebuah perpisahan. Apa yang harus anda lakukan selepas ditimpa masalah ini? Terus mencari pengganti?

Sebelum anda bertindak untuk mencari pengganti, ada baiknya anda beri ruang kepada diri anda. Tanyakan pada diri anda, ‘“apakah yang perlu diperbaiki dalam diriku?” “adakah masih terdapat kekurangan pada diriku?”. Jawab pada pertanyaan itu terlebih dahulu sebelum anda memulakan langkah baru.


Niat

Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa anda bercinta dengan si dia? Adakah sebab suka sama suka? Adakah kerana anda berasa tercabar apabila rakan sekeliling anda sudah mempunyai kekasih? Adakah ianya hanya sekadar untuk mengisi masa lapang anda? Atau kerana si dia cantik/tampan?

Inilah yang dimaksudkan dengan ‘niat’. Apa niat anda sebenarnya? Kalau niat anda bersama dengannya hanya sekadar suka-suka, ianya jelas anda tidak serius. Maka tidak hairanlah cinta anda hanya separuh jalan sahaja. Namun apa pula sekiranya anda menyatakan niat anda benar-benar ikhlas untuk berkahwin dengannya? Bagaimana pula dengan si dia? Adakah si dia juga memasang niat seperti itu?


Terlalu obses


Ada individu yang terlalu obses pada pasangannya. Sehinggakan setiap gerak geri pasangan dikawalnya. Hal inilah yang mengakibatkan pasangannya terasa seperti dikongkong dan mereka seperti tidak bebas. Pasti ada sahaja halangannya.

Lelaki atau wanita, mereka juga mahukan kebebasan berbanding kongkongan. Malah tidak dinafikan juga masih terdapat individu yang menyukai perkara ini. Mereka rasa seolah-olah dihargai dan disayangi. Ianya bergantung kepada penerimaan individu itu sendiri. Bagi mereka yang tidak suka akan kongkongan ini, mereka akan mudah berasa jemu. Lalu mereka memilih untuk mengakhiri hubungan itu.


Mendesak


Ada segelintir individu yang terlalu mendesak pasangannya terutama kaum wanita. Mereka mahukan itu ini walhal permintaannya itu di luar kemampuan si lelaki. Kalau si lelaki itu seorang jutawan, minta apa pun pasti ditunaikannya. Namun bagaimana pula sekiranya si lelaki orang biasa-biasa sahaja?

Sayang macam mana pun tetapi kalau dah luar dari kemampuannya, pasti si dia akan berasa rimas. Tambahan pula desakan itu jugalah akan menganggu keharmonian sesebuah perhubungan. Lalu mereka memilih untuk berpisah sahaja. Siapa yang rugi?


Tidak serasi

Banyak yang perlu diambil kira dalam soal keserasian terutama antara lelaki dan wanita. Antaranya latar belakang pendidikan, pekerjaan, taraf kehidupan, kepercayaan dan personaliti yang perlu dititikberatkan dalam mencari pasangan. Mungkin ianya nampak remeh tetapi apabila sudah berumah tangga kelak, persoalan inilah yang akan timbul antara si lelaki dan wanita. Malah melalui soal keserasian ini jugalah mampu menjadi punca kepada sesebuah perbalahan.

Perbezaan yang wujud antara anda dan pasangan haruslah perbezaan yang saling melengkapi antara satu sama lain.


Orang ketiga

Umum sudah mengetahui bahawa rata-rata punca keretakan sesebuah hubungan adalah disebabkan oleh orang ketiga. Orang ketiga termasuklah kaum keluarga, sahabat handai dan orang sekeliling. Campur tangan orang ketiga dalam membuat apa-apa keputusan boleh mengakibatkan hubungan itu menjadi renggang. Salah faham antara pasangan dan akhirnya hubungan menjadi tidak kesampaian.


Kesimpulan

“Tiada siapa yang dapat menjamin kekalnya sesuatu perhubungan itu melainkan Allah SWT”

Pada saat awal percintaan, semuanya nampak indah belaka. Malah hati juga sering berbunga-bunga. Namun pada saat keretakan ibarat seperti dunia sudah berakhir. Seolah-olah itulah penamat. Usah berduka dengan apa yang terjadi, kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Perbaiki kelemahan yang ada pada diri anda dan cuba untuk menjadi yang terbaik.



Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel (1) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Air Minuman (2) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (21) Himpunan Resepi Masakan (36) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (66) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (121) Kongsi Tips (10) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (8) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (8) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Tonton Video (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar