PETUA MENCEGAH RAMBUT BERUBAN DI USIA MUDA - berikut 10 petua mencegah rambut beruban yang anda boleh dilakukan, paling elok diamalkan seawal usia muda.
1. GUNA MINYAK KELAPA
Ratakan minyak kelapa pada rambut dan urut perlahan-lahan.
Minyak kelapa memberi kelembapan pada rambut, menguatkan akar rambut serta kandungan antioksidannya melindungi rambut daripada berubah warna.
2. KURANGKAN STRES
Stres dan terlalu banyak berfikir boleh menyebabkan seseorang itu berdepan dengan rambut beruban. Bukan itu sahaja, stres juga boleh memendekkan hayat.
Cuba kurangkan stres dalam kehidupan seharian.
3. KATAKAN TIDAK PADA MEROKOK
Kajian perubatan membuktikan merokok bukan sahaja merosakkan paru-paru malah memberi tekanan pada rambut, menyebabkan penghisap rokok terutamanya mudah mengalami masalah rambut beruban.
4. MINUM BANYAK AIR
Kekurangan cecair dalam badan bukan sahaja menyebabkan dehidrasi dan kulit kering malah menghalang nutrisi sampai ke folikel rambut.
Apabila rambut tidak menerima nutrisi yang sepatutnya, ia menyebabkan rambut mudah bertukar warnanya.
Kurangkan makan makanan bergoreng, pedas dan berasid kerana ia mempercepatkan kekurangan air dalam badan. Banyakkan juga minum air.
5. BANYAKKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI KUPRUM
Copper atau kuprum merangsang peningkatan melanin yang mengekalkan rambut berwarna hitam.
Makanan yang kaya dengan kuprum adalah kacang walnut, kacang almond, keladi, sawi, daging, buah beri hitam, nanas, delima dan biji labu.
Boleh juga mengambil vitamin yang tinggi kuprum.
6. MASUKKAN LOBAK DALAM PENGAMBILAN SEHARIAN
Untuk rambut yang hitam berseri, makan lobak dan sawi yang kaya dengan iodin yang membantu mendapatkan rambut hitam, ikal, serta sihat.
7. TINGKATKAN JUGA PROTEIN
Protein baik untuk kesihatan kulit dan rambut. Telur adalah salah satu contoh sumber protein yang bagus untuk rambut.
8. AMALKAN B12
Kurang pengambilan vitamin B12 menyebabkan rambut mudah berubah warna.
Amalkan makan makanan yang mengandungi B12 seperti keju, daging lembu, pisang, ikan, telur dan daging kambing.
9. DAPATKAN TIDUR SECUKUPNYA
Selain pemakanan, petua mencegah rambut beruban juga adalah dengan mengelakkan kekurangan tidur.
Tidur yang cukup membuatkan seseorang itu mudah relaks, tenang, segar dan mengurangkan stres.
10. BERSENAM
Pengaliran darah yang sempurna dapat mengelakkan rambut beruban sebelum waktunya.
Untuk meningkatkan pengaliran darah, selalulah bersenam.
Jangan lupa juga untuk urut kepala selama 5 hingga 10 minit setiap hari untuk merangsang pengaliran darah di kepala.
bersenam
MESKIPUN UBAN TAK DAPAT DIELAKKAN,
Namun diharapkan petua mencegah rambut beruban di atas dapat mengatasi masalah uban yang berlaku sebelum waktunya.
Sumber: Portal Health
Visit: Wansite