-->

Komplek Beli Belah Pavilion ada cubaan perkosa wanita

Berita tentang satu kes cubaan merogol di Komplek Beli Belah Pavilion, Kuala Lumpur agak hangat diperkatakan.


jenayah, rogol, pavilion, kompleks beli belah, kuala lumpur, berita  

Ia dipercayai bermula dengan satu status yang dimuatnaik seseorang di Facebook mendakwa rakannya menjadi saksi kejadian tersebut di pusat beli belah Pavilion, Kuala Lumpur pada jam 8 malam, Rabu lalu.
Ia dikatakan berlaku di parkir kereta tingkat B2, di mana seorang wanita cuba dirogol. Ketika diselamatkan wajahnya berdarah, dipercayai ditumbuk di muka oleh penyerang.

Sebelum itu jeritan mangsa berjaya menarik perhatian orang ramai dan anggota keselamatan yang tiba untuk membantu dan memberkas suspek yang melakukannya.

Bagaimanapun sejak status berkenaan insiden ini tersebar, ia agak sukar dipercayai sesetengah orang memandangkan terdapat banyak kes palsu sengaja diada-adakan sejak kebelakangan ini.
Adalah bijak untuk tidak mempercayai setiap berita yang disebarkan daripada sumber tak sahih, namun kejadian cubaan rogol ini ternyata benar apabila disahkan pihak pengurusan Pavilion KL menerusi  laman Facebook mereka sendiri.

Dalam status tersebut, wakil Pavilion menyatakan mangsa telah berjaya diselamatkan walaupun mengalami sedikit kecederaan manakala penyerangnya diberkas.
Kes kini sedang berada dalam siasatan polis.

Selain itu, Pavilion menegaskan keselamatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan mereka.
Antara usaha bagi memastikan hal tersebut termasuklah pengawasan kamera litar tertutup 24 jam sehari, penyediaan butang panik di setiap level parkir, mempunyai 160 pengawal keselamatan beruniform dan polis bantuan.


Pasukan keselamatan pusat beli belah tersebut juga dijamin sentiasa bersedia untuk menemani pelanggan ke kereta mereka apabila diperlukan




Sumber: Malaysian Crime Awareness Campaign
 Post by: Wansite
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads Agama Aplikasi Artikel Artikel Hangat Artis Berita Berita Hiburan Berita pelbagai Bicara Agama Bicara pelbagai Blogger Pilihan Dari Facebook Diy Diy kenderaan Diy pelbagai Diy pertanian DRIVER WIRELESS Duit Online Dunia Blogger Free Download Gambar Pilihan Games Online Hadis Hiburan Himpunan Cerita Himpunan Gambar Himpunan Lagu Himpunan Petua Himpunan Resepi Air Minuman Himpunan Resepi Kueh Dan Kek Himpunan Resepi Masakan Himpunan Tips handfon Himpunan Tips Kenderaan Info Info Agama Info kenderaan Info Kesihatan Info Kewangan Info Masakan Info Pancing Info Pelbagai Info permohonan Info Perniagaan Info Pertanian Info Rumahtangga Info semasa Isu Isu Semasa Khasiat Buahan Khasiat herba Kisah KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 Kongsi Gambar Kongsi Maklumat Kongsi Tips Kongsi Video Ceramah Agama Kongsi Video Lagu Kreatif Lawak Maklumat tanaman getah Maklumat Terkini Nuffnang Panduan Agama Panduan bisnes Panduan Blogger Panduan memasak panduan Pertanian Panduan Ternakan Pelbagai Pelik Peluang niaga online pengentahuan Pengentahuan agama Pengetahuan PERISTIWA TAHUN 2016 Peristiwa tahun 2025 Permohonan Online Permotoran Pertanian Petua rawatan Popular Rahsia Rawatan herba Rehat Minda Resepi biskut Resepi cucur jagung rangup Resepi Kek Resepi Kueh Resepi Masakan Resepi nasi lemak sambal ikan bilis Ruang Bicara Santai Serius Sinopsis filem Sponser Sukan Teknologi Tips Berguna Tips Berniaga Tips dan Petua Tips Keluarga Dan Rumahtangga Tips Masakan Tips rumah tangga Tonton Drama Melayu Tonton Video Topik Trafik Blog Trending Tutorial Blog Tutorial Komputer Tutorial Pelbagai Video kreatif Video lagu Video teladan Wajib Tahu Hal Agama

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar