-->

Filem Highland Tower adakah filem ini meyeramkan


Filem "Highland Tower" ini diarahkan oleh pengarah terkenal dengan filem seram iaitu Pierre Andre yang sebelum ini mengarahkan filem "Al Hijab" dan kali ini beliau tampil dengan buah tangan terbaru yang terbukti berjaya, cukup mendebarkan dan seram.

Filem ini diterbitkan oleh Metrowealth dan merupakan filem ke 84 yang akan ditayangkan di pawagam.



Filem ini sepenuhnya menggunakan konsep "found footage" dan ianya sememang sesuatu yang seram apabila setiap gerak-geri sekeliling tempat gelap dirakam dan tambah mencemaskan apabila kita boleh nampak pengerakan objek entiti itu bergerak dan muncul di hujung bangunan dan muncul dengan rambut panjang mengurai.

Sejujurnya penulis acap kali tutup mata kerana filem ini padat dan penuh elemen suspen, kejutan dan aspek bunyi yang menambahkan lagi keseraman filem ini.


Seperti yang diperkatakan pengarah, adalah benar dan cuma diolah dan disunting sedikit untuk memperkemaskan jalan cerita bagi mengekal keaslian rakaman dan dirakam di lokasi sebenar kejadian Highland Tower terkenal dengan kisah tragis yang mengorbankan 50 nyawa yang berlaku pada tahun 1993.

Filem "Highland Tower" ini membariskan para pelakon baru yang ternyata berjaya menjiwai watak dengan sempurna dan kadangkala kita boleh lihat ada elemen kelakar cuba diselit bagi mengurangkan ketakutan dan ianya juga memberi gambaran yang filem ini bukan sahaja seram gila tetapi kita juga boleh tercuit dengan gelagat pelakon baru Eddy Rauf yang menunjukkan dia boleh membawa watak kelakar dan pada masa serius apabila berdepan situasi panik ketika kawannya dirasuk.



Antara pelakon baru yang membitangi filem ini ialah Mikail Andre, Niezam Zaidi, Eddy Rauf, Atikah Suhaime, Shima Anuar, Adibah Yunus dan Zairi Zainal yang diberi watak sebagai sekumpulan paranormal yang mempunyai minat dan obses terhadap benda-benda mistik ini.

Kesimpulannya filem ini tidak rugi untuk ditonton kerana filem ini boleh dikatakan sebuah filem mencari hantu kerana setiap babak yang kelihatan adalah benar, bukanlah rekaan ataupun CGI. Kepada peminat filem seram yang mahu menonton filem yang menjanji seribu satu debaran dan membuatkan jantung anda berdegup kencang, "Highland Tower" adalah jawapan untuk anda.



Filem ini bakal mengegarkan pawagam dan menghantui anda pada 31 Oktober 2013 ini. Akhir sekali sokonglah filem tempatan dan industri filem Melayu.




 Kredit
 Post by: Wansite
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar