Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang 
malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit 
kronik.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan 
dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan 
Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan 
cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak 
melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua 
sekali,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 353 pelajar 
cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah 
Rendah bagi kawasan Parlimen Bentong di sini, hari ini.
Beliau berkata, sekalipun salah, namun penjualan rokok e-elektronik itu 
sukar dikawal berikutan orang ramai didapati melakukan pembelian 
menerusi internet.
“Rokok e-elektronik atau e-rokok ini kononnya bertujuan membuang tabiat 
merokok secara beransur-ansur, tanpa disedari mereka yang menggunakannya
 terdedah kepada kepada pelbagai jenis penyakit kronik,” katanya.— 
BERNAMASemoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.