Anda meminati seseorang tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan perhatian dari dia. Ikuti langkah-langkah berikut untuk membantu anda mendapatkan perhatian dari lelaki yang anda puja.
1. Yakin
Lelaki sukakan gadis yang merasa yakin 
tentang diri mereka. Jadi walaupun anda mungkin kaget atau malu apabila 
berada di hadapannya, jangan biarkan dia melihat kegugupan anda. Anda 
perlu percaya pada diri sendiri. Lelaki akan melihat bahawa anda yakin 
dan tenang diajak berbual.
2. Menjadi ceria
Anda perlu ceria dan kelihatan gembira 
tetapi dalam masa yang sama jadilah diri sendiri. Anda perlu ketawa dan 
bercakap dengan rakan-rakan anda seperti anda selalu lakukan. Itu 
menunjukkan yang anda disenangi oleh rakan-rakan anda dan mudah untuk 
didekati.
3. Jangan terlalu gedik
Jika anda ingin mendapatkan perhatian 
dari seorang lelaki, rasanya anda tidak perlukah kelihatan mengada-ngada
 atau gedik. Tetapi anda boleh jadi sedikit manja dan lemah lembut. 
Kebanyakkan lelaki sukakan gadis yang manja dan lemah lembut.
4. Senyuman
Salah satu perkara  yang lelaki suka 
tentang perempuan adalah cara mereka tersenyum. Senyum seberapa kerap 
yang anda boleh. Senyum juga boleh mencairkan hati sesiapa sahaja jika 
senyuman itu ikhlas!
5. Menjadi rakannya
Satu lagi perkara penting yang anda 
perlu anda lakukan adalah menjadi rakannya. Dengan cara ini, anda akan 
mula mengenali dirinya dengan lebih dekat.. Manalah tahu rupa-rupanya 
anda berdua tidak serasi ke kan. Tetapi kalau serasi, sambil-sambil tu 
bagi dia beberapa hint yang anda sukakannya.
6. Bercakap tentang minat masing-masing
Jika anda berbual dengannya,pastikan isi
 perbualan itu bukan hanya tertumpu kepada anda. Pastikan anda juga 
bertanya mengenai kisah hidupnya, minat, hobi, dan segala-gala mengenai 
dirinya. Jika dia percayakan anda, dia akan mula bercerita mengenai 
dirinya secara lebih peribadi dengan anda.
7. Membuat keputusan sendiri
Lelaki lebih suka perempuan yang tahu 
membuat keputusan sendiri. Apa yang perlu dilakukan jika anda mahu 
keluar dengan dia, beritahu dia dan berterus terang. Tetapi jangan 
terlalu dominan.
8. Buat dia berasa istimewa
Sama seperti anda mahu berasa istimewa,,
 anda juga perlu melakukan perkara yang sama untuk lelaki. Sebagai 
permulaan, anda boleh memberinya petunjuk tidak langsung yang anda 
berminat di dalam dia. Anda harus membiarkan dia tahu bahawa anda suka 
kepadanya dan ingin dia tahu dengan cara yang lebih baik.
9. Kelihatan cantik
Kecantikan adalah perkara pertama yang menarik seorang lelaki. Jadi mungkin anda boleh memakai sedikit solekan, memakai pakaian yang sesuai semasa berjumpa dengannya.
Kecantikan adalah perkara pertama yang menarik seorang lelaki. Jadi mungkin anda boleh memakai sedikit solekan, memakai pakaian yang sesuai semasa berjumpa dengannya.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan maklumat pada anda.Terima kasih kerana sudi baca blog ini.Post dari-Wansite
sumber-wanista