-->

Formula keharmonian rumah tangga nora

Formula keharmonian rumah tangga nora-lebih dua dekad bergelar penyanyi meletakkan Nora Ariffin, 41, di liganya tersendiri. Segala asam garam anak seni sudah ditempuh dan kini kehidupannya lebih menjurus kepada keluarga serta reda Ilahi.
Biarpun kurang mendapat publisiti, pemilik nama sebenar Wan Norafizah binti Ariffin ini tetap menjadi perhatian.
Terbaru, ibu kepada empat cahaya mata ini bersyukur apabila ditawarkan menjadi duta produk kecantikan Avon.

Formula keharmonian rumah tangga nora

“Alhamdulillah, rezeki tahun ini. Tawaran daripada Avon sebenarnya saya terima tahun lalu, tapi kontrak bermula tahun ini.
“Program Ummi pun masuk musim kedua dan menanti tayangan saja. Terbaru, kami terbitkan program Tales of Wisdom yang mula bersiaran di TV9 hari ini,” kata Nora.

Selain itu, Nora turut ditawarkan berlakon dan ia bukan kali pertama. Rezeki di luar jangkaan itu mendapat ‘lampu hijau’ suaminya, komposer terkenal Johan Nawawi namun bagi Nora, banyak perkara perlu difikirkan.
“Saya kena tengok dulu kesesuaian keadaan dan watak. Buat masa ini tak berani nak sahkan.

“Bila difikirkan semula, kelakar pula sebab saya tak ada bakat sebagai pelakon.

“Suami sudah bagi ‘lampu hijau’, cuma katanya, watak kena sesuai dengan imej saya sekarang,” katanya seraya ketawa kecil.
Meskipun dilimpahi pelbagai tawaran, dia tidak mahu terlalu teruja kerana ia mungkin satu ujian untuknya mengurus keadaan.
Baginya, keluarga tetap menjadi keutamaan dan wajar didahulukan.
“Syukur tetap syukur, tapi saya tidak mahu terlalu seronok. Apabila ada banyak tawaran, saya bimbang jika tidak boleh bahagikan masa dengan baik.
“Selama ini komitmen utama saya adalah terhadap suami dan anak. Kalau boleh, biar ada keseimbangan antara kerjaya dan keluarga. Itu formula keharmonian rumah tangga,” jelas Nora.

Sambung penyanyi yang popular dengan lagu Persimpangan Dilema dan Hanya Satu ini, atas permintaan peminat dia bakal muncul dengan single baru.
Jelasnya, bukan mudah mencari material yang sesuai dengan statusnya kini dan adakah ia akan diputarkan stesen radio tempatan apabila siap kelak.
“Walaupun ada nama, saya tetap gusar memikirkan adakah lagu baru saya nanti diterima radio tempatan. Artis yang terikat dengan syarikat rakaman mungkin tiada masalah tetapi bagi kami yang tidak terikat dengan mana-mana label, sukar nak dapatkan perhatian.

“Suka atau tidak, kita kena akur dengan kehendak stesen radio tetapi tidak boleh patah semangat dengan kena juga bergantung dengan medium itu,” katanya.

Dalam diam, Nora menyimpan hasrat mahu bekerjasama dengan komposer muda, Edry Abdul Halim, Omar K, AG Coco atau Yuna yang disifatkan berbakat besar.
Bukan bermakna penyanyi kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu jemu menyanyikan lagu suami tercinta, sebaliknya dia ingin meluaskan ruang berkarya.

“Sebagai senior dalam bidang muzik, saya lihat muzik mereka boleh pergi lebih jauh. Industri muzik tanah air memiliki ramai komposer muda berbakat besar tetapi untuk cari sesuai dengan kita masih terhad.
“Jika ada komposer muda mahu berikan lagu, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan,” katanya.

Bekas pengacara program majalah Keluarga Di 9 ini tidak ketinggalan meluahkan rasa rindunya untuk kembali mengacara.
Biarpun program berkenaan tidak lagi bersiaran di TV9, peminat masih menjemputnya berkongsi mengenai ilmu kekeluargaan dan penjagaan anak.
“Undangan menyanyi tidak pernah putus, malah ada penganjur minta saya selitkan ceramah ringkas mengenai kekeluargaan.

“Ia secara tidak langsung buat saya rasa rindu untuk kembali mengacara. Kalau diberi peluang dan program itu kena dengan saya, insya-Allah saya akan buat,” katanya yang tidak pernah menghalang anak menurut jejak langkahnya dan juga suami.

Semoga nora berjaya :)

 Artikel
Terkini
Visit: Wansite
Kredit
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
Ads (3) Agama (33) Aplikasi (6) Artikel Hangat (9) Artis (2) Berita (325) Berita Hiburan (33) Bicara Agama (34) Bicara pelbagai (4) Blogger Pilihan (1) Dari Facebook (2) DRIVER WIRELESS (1) Duit Online (11) Dunia Blogger (6) Free Download (13) Gambar Pilihan (35) Games Online (1) Hiburan (244) Himpunan Cerita (20) Himpunan Gambar (22) Himpunan Lagu (1) Himpunan Petua (7) Himpunan Resepi Kueh Dan Kek (17) Himpunan Resepi Masakan (25) Himpunan Tips handfon (1) Himpunan Tips Kenderaan (4) Info (2) Info Agama (6) Info Kesihatan (65) Info Kewangan (1) Info Masakan (2) Info Pancing (3) Info Pelbagai (213) Info Perniagaan (2) Info Pertanian (6) Info Rumahtangga (13) Isu (4) Isu Semasa (8) KOLEKSI PERISTIWA TAHUN 2015 (1) Kongsi Gambar (3) Kongsi Maklumat (113) Kongsi Tips (4) Kongsi Video Ceramah Agama (2) Kongsi Video Lagu (1) Kreatif (1) Lawak (4) Maklumat tanaman getah (3) Maklumat Terkini (1) Nuffnang (3) Panduan Agama (3) Panduan bisnes (1) Panduan Blogger (2) Panduan memasak (1) panduan Pertanian (2) Panduan Ternakan (3) Pelbagai (2) Pelik (143) Peluang niaga online (2) Pengetahuan (17) PERISTIWA TAHUN 2016 (1) Permohonan Online (7) Permotoran (9) Pertanian (1) Popular (9) Produk Jiksoo (1) Rahsia (2) Rehat Minda (3) Ruang Bicara (3) Santai (283) Serius (53) Sinopsis filem (11) Sponser (9) Sukan (11) Teknologi (9) Tips Berguna (11) Tips Berniaga (1) Tips dan Petua (2) Tips Keluarga Dan Rumahtangga (16) Tips Masakan (1) Tonton Drama Melayu (1) Topik (2) Trafik Blog (5) Trending (5) Tutorial Blog (10) Tutorial Komputer (2) Tutorial Pelbagai (27) Video kreatif (2) Video teladan (1) Wajib Tahu Hal Agama (12)

Sila masukan email anda dibawah kemudian tekan hantar